Posts

Showing posts from February, 2008

Ibadah: 6 Perkara Sebelum Solat

Pagi tadi ada seorang saudara seIslam bertanya tentang persediaan solat, jadi saya dah jelaskan kepadanya dan eloklah rasanya saya jelaskan di sini untuk manfaat bersama. Ada 6 perkara penting mesti diambil berat sebelum solat supaya solat kita jadi sempurna dan khusyuk. Perkara Pertama: ILMU Amalan orang berilmu lebih baih baik daripada orang abid tetapi tidak berilmu seperti lebihnya amalan para nabi ke atas para sahabatnya. Sebagaimana lebihnya matahari ke atas bulan. Kedua-duanya bercahaya tetapi cahaya matahari itu asli manakala cahaya bulan itu tempias daripada cahaya bulan sahaja. Rasulullah SAW bersabda: "Satu bab ilmu sehingga dia faqih lebih baik daripada 70 rakaat solat sunat" di dalam satu riwayat lain 100 rakaat. Bagi orang yang hendak solat mestilah dia tahu kaifiat solat(sembahyang). Mengetahui kaifiat solat adalah syarat sah solat. Seseorang itu hendaklah tahu mana yang fardhu, mana yang sunat dan tahu perkara yang membatalkan solat serta tahu segala syarat s...

Sahabat Dan Orang Kampungku

Image
Selamat berjuang menegakkan kalimah Allah di bumi Terengganu dan Malaysia, Insya Allah. Ayuh kita berdoa dan berjuang bagi kelangsungan Islam dan umat Islam. Gambar-gambar di hari penamaan calon di Pejabat Daerah Marang pada 24 Februari 2008 Gambar 1; Anak Kg Tok Dir dalam sejarah di calonkan untuk calon DUN Bukit Payong; Sahabatku Ustaz Mohd Nor Bin Hamzah ( Ustaz Pin) berserban dan berjubah putih. Gambar 2; Kelihatan dalam gambar ; Tok Bilal Da (Muda Bin Abdullah)(kanan), Ustaz Hassan Salleh (sebelah kanan Tuan Guru Hj Abd. Hadi Bin Awang). Lawan Tuan Guru ialah sahabat karib saya; Datuk Dr. Ahmad Ramzi bin Zubir (BN). Gambar 3; Perarakan mengiring calon-calon PAS

Menjana Ummah Gemilang

Apa Modal Insan Yang Kita Ada? Manhaj dan Tajuk (maudhu’) Apa kita Pakai? Setelah saya mendengar ucapan YAB Perdana Menteri Malaysia melalui siaran radio (RTM Sarawak) bertarikh 11 Feb 2008 lalu, semasa merasmikan dewan sekolah St Elizabeth, Sibu; beliau mengulas tentang pelancaran SCORE bagi pembangunan Wilayah Sarawak dan menyebut tentang betapa pentingnya modal insan kepada Negara dan masa depan Negara. Saya cuba meneliti apakah ciri-ciri utama yang akan ditekankan oleh PM kepada warga pendidik dan pelajar dan semua yang hadir atau mendengar siaran langsung ucapannya itu. Setelah selesai ucapannya saya sedikit kecewa kerana PM hanya menekankan bina insan itu seolah mengenakan lipstick pada bibir sahaja kerana acuan yang diterangkan hanya mahu melahirkan manusia yang berilmu dan berakhlak mulia tidak lebih secara luaran sahaja. Hanya sedikit persoalan akhlak tetapi lebih banyaknya bagaimana mahu melahirkan manusia yang mampu bekerja dan tahu membangun dunia ini sahaja. Bagi saya PM g...

Senarai Calon Negeri Terengganu PRU12 : Mereka itu ada yang dulunya seperjuangan dengan saya.

Nama-nama calon yang saya "bold"kan adalah yang akrab dengan saya: Parlimen BESUT Datuk Hj Hussin Awang (PAS) - Datuk Dr. Abdullah Mohd. Zin (BN) SETIU Mohd Fauzi Muda (PAS) -Datuk Mohamed Jidin Shafie (BN) KUALA NERUS Shurimum Shamsuddin(PAS) - Mohamed Nasir Ibrahim Fikri (BN) KUALA TERENGGANU Hj Mohd Sabu (Naib Presiden PAS) - Datuk Razali Ismail (BN) MARANG Datuk Hj Abdul Hadi Awang (PRESIDEN PAS) Datuk Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir (BN)(muka baru) 4 tahun bersama dalam Thanawi, Smaasza, Batu Buruk. HULU TERENGGANU Kamaruzzaman Abdullah (PAS) - Mohd. Nor Othman (BN) DUNGUN Shamsul Iskandar Mohd Akin (PKR) - Matulidi Jusoh (muka baru) (BN) KEMAMAN Sdra Cikgu Faris Musa (PKR) - Ahmad Shaberry Cheek (BN) ______________________ Undangan Negeri KUALA BESUT Nik Mohd Zawawi Hj Salleh (PAS) Dr. A. Rahman Mokhtar (muka baru) (BN) KOTA PUTERA Belum Umum (PKR ) - Belum ada (BN) JERTIH Mohd Hassan Salleh (PAS) Petronas) Datuk Seri Idris Jusoh (BN) HULU BESUT Md. Zin Hassan (PAS) - Naw...

Statistik Kemiskinan Tegar: Siapa Lebih Miskin?

Image
Daripada Blog Dr Lo'lo'

MENJANA UMMAH GEMILANG;

AQIDAH ISLAMIAH DAN KEPENTINGANNYA DALAM KEHIDUPAN MUSLIM. Pengertian Aqidah Islamiah Akidah atau disebut juga sebagai Iman ialah satu ikatan atau janji yang kukuh. Ia adalah satu kepercayaan yang tersimpul kukuh di dalam jiwa sehingga tidak boleh terungkai sekali-kali sebagaimana dijelaskan oleh Rasulullah SAW bahawa iman itu bukanlah hanya bercita-cita tetapi apa yang teguh didalam hati dan dibuktikan dengan amal anggota badan. Imam Syafie r.h. menyatakan bahawa iman itu tiga perkara; berikrar dengan lidah, membenar dengan hati dan beramal dengan anggota badan. Ciri-ciri Akidah Islamiah Akidah atau Iman itu jelasnya satu perjanjian rabbaniah yang mengikat manusia dengan tuhannya yang sebenar iaitu Allah SWT. Ia satu perhubungan yang unik dan bersifat istimrariyyah ( berterusan ). Firman Allah SWT yang bermaksud; “Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa sesungguhnya tiada tuhan (yang berhak disembah) melain...

Usaha Yang Dimainkan Oleh Pejabat Belia Dan Sukan Sibu Sangat Murni

Image
Kelas Fardhu Ain; Surau Al-Firdaus, Jalan Apollo, Sibu. Agak terlambat saya “post”kan aktiviti yang saya terlibat pada hari Sabtu, hujung minggu yang lalu. Majlis pelancaran Kelas Fardhu Ain untuk anak-anak di kawasan perumahan Jalan Apollo adalah program bersama antara surau Darul Firdaus dengan Pejabat Belia dan Sukan; telah dirasmikan pada 16 Februari 2008 oleh pegawai Pejabat Belia Dan Sukan Sibu; En Awang Mohd Zakir. Turut berucap dalam majlis itu Penasihat Surau Darul Firdaus; En. Cikgu Mohd Nor (Pengetua SMK Sibu Jaya). Turut hadir dalam majlis itu Pengerusi Surau Al-Firdaus; En Cikgu Mahmud B Hj Ahad, seluruh AJK Surau, ibubapa dan anak-anak yang terlibat secara langsung dengan kelas fardhu Ain seramai 45 0rang. Program hari itu dipengerusikan oleh En Cikgu Mohd Syawal Bin Nor (PK 1 SMK Rosli Dhoby). Doa selamat telah dibaca oleh Tuan Haji Hamzah Bin Beran (Kaunselor SMK Rosli Dhoby). Diakhir majlis diadakan majlis penghargaan dan jamuan ringan. Semoga majlis mendapat keberkata...

Allah kata, orang yang tolak Islam itu binatang

Image
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat Ustaz Rosli Dhoby : (Saya hanya mengenengahkan pandangan Nik Aziz untuk renungan. Ambil yang positif daripada yang nampak negatif) KOTA BARU: "Saya cakap yang betul." Begitulah tingkah Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat apabila ditanya sama ada beliau akan menarik balik panggilan "Orang Utan" yang dilemparkannya kepada Umno baru-baru ini. Mengukuhkan pendiriannya itu, Nik Aziz berkata: "Islam itu dari langit untuk manusia bukan untuk haiwan. Maka orang yang tolak Islam itu serupa dengan makhluk haiwan." Menurutnya, sekurang-kurangnya beliau tidak menggunakan perkataan haiwan, ungkapan yang lebih kesat, terhadap orang Umno, hanya Orang Utan. "Orang putih guna perkataan 'animal'. saya guna 'Orang Utan' tidak 'animal'. Saya minta saudara saya dalam Umno fikir. Jangan cepat melenting kerana sekali sekala kita nasihat, sekali sekala kita rotan," katanya dalam temubual khas di sini. Kat...

Bila Islam sudah jadi Islam Hadhari..

Image
Inikah hasil Multaqa Sedunia Alumni Al-Azhar Dekat KL tu? Jika ulama gagal menjaga adab dan apa yang ditegah agama. Lihatlah siapa lebih berpegang teguh dengan ajaran Islam. Sheikhul Azhar atau Presiden Iran??? Patutlah Sheikh Tantawi paling kuat sokong Islam Hadhari kerana beliau pun dah faham apa itu Islam Hadhari. Golongan sekular akan lebih rasa tidak bersalah selepas ini untuk bersalam antara lelaki dan perempuan ni. Firman Allah: "Jangan kamu cenderung kepada orang yang zalim nanti kamu disentuh oleh api neraka". Renung-renungkanlah!!! Mahukah kita melihat berbagai lagi yang boleh melalui Islam Hadhari?

Menjana Ummah Gemilang: Al-Marhum Sheikh Al-Marbawi Tokoh Yang Saya Kagumi Di alam Melayu

Semenjak saya melangkah kaki ke sekolah Arab pada tahun 1985 ditingkatan Satu di SMA Durian Guling, Marang, Terengganu; saya mula menggunakan Kamus Arab-Melayu susunan Sheikh Al-Marbawi. Kemudian mendalami pula kitab karangan beliau "Bahrul Mazi" yang diolah ke dalam bahasa melayu lama dari karangan Imam At-Tirmizi kitab "Tuhfatul ahwazi". Kini kitab ini kami ustaz-ustaz di Sibu menjadikannya sebagai sukatan dalam usrah dan ia adalah kitab wajib baca setiap dua minggu sekali usrah dijalankan. Berikut adalah sedikit latar belakang dengan tokoh kita yang amat saya kagumi. Al-Marhum Sheikh AlMarbawi; "Allahyarham Syeikh Mohd Idris bin Abdul Rauf al-Marbawi adalah seorang ulamak besar yang tidak asing lagi bukan saja di Nusantara malahan di Mesir dan Makkah terutamanya dalam bidang Bahasa Arab, Ilmu Hadis, Tafsir dan Fiqah. Beliau telah dilahirkan pada tahun 1893 dan secara tepatnya pada tahun 28 Zulkaedah 1313 Hijrah di Makkah. Setelah lama berada di Makkah, kelua...

Rubi'ie Bin 'Umair: Contoh Ummat Terbaik.

Tema Maulidur Rasul tahun ini; "Menjana Ummah Gemilang" mengekalkan tema sama dengan sambutan maal hijrah yang lalu. Saya telah menyenaraikan ciri-ciri ummah cemerlang dan gemilang mengikut kefahaman saya dengan memetik beberapa nas al-quran dan hadis secara ringkas. Elok juga kita melihat kecemerlangan ini melalui contoh sirah para sahabat pula. Antara kisah hebat yang ingin saya kongsikan ialah kisah pertemuan Rib’i bin ‘Umair radhiyallahu ‘anhu dengan Panglima Perang Parsi. Kisah ini sesungguhnya amat meruntun nurani para pejuang dan mereka yang cintakan Islam. Mari bersama kita soroti kisah lampau yang mampu membangkitkan semangat juang dan membangun jiwa mereka yang melaungkan cemerlang hanya dengan Islam. [Nota: Peperangan Al-Qadisiyah terjadi pada masa kekhalifahan ‘Umar bin Al-Khattab radhiyallahu ‘anhu. Ketika dua pasukan saling berhadapan, maka Rustam mengirim seorang pasukannya kepada Sa’ad dan meminta mengirim padanya seorang pegawai untuk diajak berdialog. Maka S...

Bidaahkah menyambut Maulidur Rasul?

Kalau tidak salah ingatan saya, dua atau tiga minggu lepas sahabat saya Cikgu Hamzah mempertontonkan kepada saya satu ceramah agama yang di”download”kannya daripada satu lama web yang menamakan mereka sebagai “salafi”. Dalam ceramah itu semuanya disebutnya bahawa golongan agama yang mengadakan perkara baru dalam agama sebagai golongan pendusta dan dajjal-dajjal sebelum datangnya dajal yang sebenar. Begitu kuat sekali penceramah itu menghentam seorang demi seorang dan menyebut nama-nama orang yang masih hidup hari ini dengan memhalalkannya atas nama mereka ini sebagai “dajjal-dajjal dan asyoghir” sebelum dajjal sebenar. Tapi langsung tidak dihukumkan orang yang menentang Islam yang membawa ideology moden dan sekular ini sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebagai “dajjalun dan asyoghir” kerana pendapatnya “bidaah hasanah” hanya dalam perkara dunia. Adapun bidaah dalam agama adalah sesat dan membawa ke neraka. Sama sekali dia memejam mata terhadap golongan ini dan musuhnya adalah...

Siapa yang patut kita undi?

Pilihlah yang beriman, bertaqwa, berakhlak mulia dan berkaliber. Pilihlah yang ada wawasan dengan Allah bukannya berwawasan dengan kesombongan diri sendiri. Ayuh tegakkan Islam melalui perjuangan Islam dan robohkan sekularisme yang memisahkan agama dengan kehidupan dunia. Berilah peluang kepada Islam untuk memimpin dan cukuplah kita ditipu oleh puak sekular.Kita menang dapat memerintah dengan agama dan hukum Allah dan kalau kita kalah sudah tersediakan rahmat dan pahala di sisi Allah SWT. KIta mengharap apa yang ada pada sisi Allah sedangkan musuh Allah mengharapkan kekuatan diri dan kekayaan yang mereka miliki.Kita berjuang bermodalkan air liur sedangkan musuh Allah berjuang dengan seluruh kemampuan metarial. Ketahuilah jiwa mereka sangat takut dan bimbang sedangkan pejuang Islam tiada ketakutan dan kebimbangan. Allahu Akbar!!!

Pusat Chating Sahabat-Sahabat Dan Media Hiburan Alternatif

Image
Shoutbox - Berhubung Dengan Siapa Sahaja Adab Bertandang. Berilah Salam!!! Terima Kasih. Shoutbox Aku Punya Tinggalkan Jejak Anda!!! <p><p><p><p><br&a...

Sekali Ombak Menghempas; Pantai Pun Turut Berubah...

Setelah agak lama tidak menulis ke halaman ini; baru setelah menerima panggilan daripada abang Zahudin dari Matang Jaya, Kuching bagai menyuntik semangat untuk kembali. Sebenarnya saya bukanlah yang mahir menggunakan kemudahan ICT dan tidak pernah mendapat latihan dan kursus formal tetapi atas keinginan dan tidak mahu ketinggalan dalam kegunaannya; saya mencuba. Terima kasih abang Din atas dorongan dan sokongan. Laman yang kerdil ini adalah cuba-cubaan saja tetapi jika ada sokongan sudah tentu mampu memberi impak besar dan keyakinan baru kepada insan yang kerdil ini. Risalah dakwah boleh disampaikan melalui pelbagai cara. Halaman ini salah satu daripada cara dan pendekatannya. Setelah bercuti ke kampung di Kuala Terengganu hampir dua bulan dan kembali semula ke bumi Sibu; masyarakat di sini bagai kemarut rindu dengan kuliah saya sehingga setiap hari saya diundang untuk menyampaikan kuliah di sekitar bandar ini. Bagi saya ini satu rahmat Allah ke atas bumi Sibu yang penduduk Muslimnya h...