Posts

Showing posts from October, 2007

Program Penghayatan Fardu Kifayah

Image
Pengurusan Jenazah (Program Pelajar KRK Bersama Jamaah Surau Darul Hijrah Bt 6) BERTEMPAT DI SURAU DARUL HIJRAH, SIBU PADA 30 JUN 2007 / 15 JAMADILAKHIR 1428H DARI JAM 7.30 PAGI HINGGA 4.30 PETANG SASARAN - PELAJAR-PELAJAR KRK TINGKATAN SATU/ DUA DAN TIGA - WARGA SMK ROSLI DHOBY - AHLI JAMAAH SURAU DARUL HIJRAH OBJEKTIF PROGRAM - Mendedahkan pelajar tentang pengurusan jenazah secara amali - Memupuk nilai-nilai murni daripada pengurusan jenazah - Mendedahkan pelajar KRK dengan masyarakat setempat - Memupuk semangat silaturrahim antara sekolah dan masyarakat setempat. AKTIVITI - Ceramah - AMALI - Ramah-Mesra Dengan Masyarakat Setempat & Jamuan GAMBAR-GAMBAR SEKITAR PROGRAM TERSEBUT Pelajar KRK tekun mengikuti ceramah pengurusan jenazah Amali “MATI ADALAH SATU PERINGATAN KEPADA SETIAP YANG BERNYAWA. INGATLAH BAHAWA DARI ALLAH KITA DATANG KEPADANYA KITA SEMUA AKAN KEMBALI”

Doa Jibrail Di Ajar kepada Nabi

بسم الله الرحمن الرحيم دعا جبرائيل مغاجر كفد نبي فد ماس بضيندا برءيسوء سبب جين مغيكوتث دغن أفي دتاغنث جوض أونتوق مغوسير أتاو منجاءوهكن سضالا سترو دان مغوسير جين دري اورغ يغ ترلينتسث أتاو دلينتسث دغن دهمبوس دتليغا اورغ ترسبوت أتاو دماس مسافير أَعُوْذُ بِوَجْهِ اللهِ الْكَرِيْمِ وَبِكَلِمَاتِهِ التَّآمَّاتِ الَّتِيْ لا يُجَاِوزُهُنَّ بِرٌّ وَلاَ فَاجِرٌ مِنْ شَرِّ مَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَآءِ وَمَا يَعْرُجُ فِيْهَا وَمِنْ شَرِّ مَا ذَرَأَ فِي الْأَرْضِ وَمَا يَخْرُجُ مِنْهَا وَمِنْ شَرِّ فِتَنِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَمِنْ شَرِّ طَوَارِقِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ إِلاَّ طَاِرقًا يَطْرُقُ بِخَيْرٍ يَا رَحْمِنُ “Aku berlindung dengan wajah Allah Yang Maha Mulia dengan kalimah yang sempurna yang tidak melampaui mereka itu kebajikan dan tidak juga kejahatan; baik kejahatan itu yang diturun dari langit mahu pun kejahatan yang dinaikkan padanya. Dan (aku berlindung) daripada kejahatan yang mengerbang ke bumi dan apa yang keluar daripadanya. Dan (juga) daripada kejahatan fitnah malam dan siang s...

Gambar Guru SMKRD 07

Image

SUDAH 7 TAHUN 10 BULAN BERKELANA DI SMKRD

Image
Masih ku ingat pada 19 Januari 2000 kakiku kali pertama melangkah masuk ke perkarangan sekolah. Aku melapor diri di sekolah ini. Ini adalah "first posting" buatku setelah aku menganggur selama 7 bulan. Aku bersyukur kerana dalam suasana negara menempuh zaman gawat ekonomi aku masih ada tempat untuk aku menabur bakti dan mencurah ilmu kepada anak bangsaku. Setelah menamatkan diploma pendidikan di UIAM, Gombak; aku menanti-nanti saat ini. Aku tidak pernah kisah di mana aku akan di"posting"kan kerana prinsipku "Dimana Bumi DiPijak DiSitu Langit Dijunjung" . Aku berazam dari hari pertama aku hadir ke sekolah ini aku akan menjadi pendidik yang penuh dedikasi, pengasih dan amanah dengan tugas yang dipikul. Orang pertama aku temui hari itu ialah PK 1; Cikgu Bujang Wen. Setelah merekod namaku dalam buku rekod tetamu aku dibawa bertemu dengan pengetua sekolah En. Nicholas Ugul. Beliau mengalu-ngalukan kedatanganku ke sekolah ini. Sekolah benar-benar berhajat kepada...

Mencari Bahagia!!

Image
Bermusafir Dari Terengganu ke Sibu sejak tahun 2000 hingga kini. Masa datang dulu anak dua. La ni sudah lima. Pejam celik- pejam celek dah masuk hampir 8 tahun berada di Sibu. Sudah tiga buah rumah yang di sewa. Rumah pertama di no 2C, Jalan Sena. Rumah Tuan pengetua SMKRD sekarang; Cikgu Tan Tie Muan. Lepas itu pindah ke Jalan Indah, rumah teres setingkat. Sewa murah sikit. Yalah anak semakin ramai, kena jimat sikit. Rumah ni beralamat no.2E, Jalan Indah 3. Lepas itu pindah lagi ke rumah sewa sekarang. Rumah teres dua tingkat. Rumah ini tidak jauh dari rumah sebelum. Cuma dekat no. 3A, Jalan Indah Selatan. Kena cari rumah luas sedikit kerana anak kian ramai dan membesar. Ekonomi pun agak stabil. Semuanya kerana aku mahu kebahagian buat keluargaku dan sedikit keselesaan buat mereka. Firman Allah SWT: الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ عِندَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلًا (46) سورة الكهف Maksudnya: "Harta benda dan anak p...