Posts

Ucapan Salam Aidil Fitri Buat Semua

Image
Oleh isma daud Buat kali ke 8 kami sekeluarga beraya di Sibu , Sarawak. Dalam kesempatan ini saya & keluarga saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Lebaran. Selamat Hari Raya 1433H , Maaf Zahir Dan Batin kepada semua warga SMK Rosli Dhoby khususnya Guru-Guru Muslim, JK PIBG, Pelajar-pelajar Muslim yang tekun berpuasa dan semua yang meraikannya. Kepada semua pengunjung Muslim blog ini. Salam Aidil Fitri juga buat anda semua.  Salah dan silap maaf diminta ,  Semoga diampun segala dosa,  Menjadi insan baru suci hati bersih jiwa, Dari kejauhan Ku ucapkan Selamat Hari Raya. Kullu 'Aamin Wa Antum Bi Khair. Taqabbalallahu To'atakum, Minna WaminKum Taqabbal Ya Kariim!!!. Ramadhan Pergi Hati Sedih, Semoga Berkat dan Rahmat Dapat Diraih.

Masih Di SMK Rosli Dhoby, Sibu

Oleh isma daud Hari ini adalah hari pertama memulakan hari persekolahan bagi penggal ke 2 bagi tahun 2012. Sepatutnya hari ini saya telah memulakan tugas saya di sekolah baru. Sekolah yang mana saya telah dipindahkan. Mengikut surat perpindahan yang telah saya terima, saya sepatutnya melapurkan diri pada 1 Jun yang lalu. Saya memohon perpindahan biasa antara negeri ke Terengganu tapi keputusannya saya dipindahkan ke Johor. Ke Muar Johor. Bukan isu ke Muar atau mana-mana tempat tapi saya mohon ke Terengganu dan mahu balik ke Terengganu. Kalau tidak pindah pun saya senang berada di Sibu. Biarpun pada satu saat, saya bagaikan berputus asa dengan apa yang berlaku kepada saya dengan sikap sebilangan kecil masyarakat Islam di sini. Namun dalam tempoh perkhidmatan saya di sekolah ini, saya sangat berbangga dan gembira di sini. Apapun hari ini saya mendapat kata-kata semangat daripada rakan-rakan sekerja dan saya mengharapkan mereka ikhlas dalam kata bicara mereka. Mungkin dalam situasi...

Konsep "Wa raSa Tak Kisah" Berbanding Konsep Wasatiyyah

Image
Oleh isma daud Kenyataan Datuk Seri Najib mengenai Konsep Wasatiyyah; Kerajaan akan memperjuangkan konsep Wasatiyyah atau kesederhanaan sebagai pendekatan yang boleh membawa kepada keamanan sejagat dan bukan sahaja untuk membina negara bangsa yang harmoni dan bersatu padu. Malah pengenalan konsep itu di negara ini menjadikan Malaysia sebagai antara negara yang layak untuk memperkenalkannya kepada masyarakat dunia. Kerajaan memperkenalkan konsep Wasatiyyah selaras dengan wawasan kepimpinan negara yang mahu mewujudkan keseimbangan dalam membina perpaduan masyarakat berbilang bangsa, agama dan resam budaya. Konsep itu adalah pendekatan yang tidak bersifat keterlaluan atau melampau tetapi tidak pula terlalu longgar atau terlalu mengambil ringan dalam sesuatu perkara. "Ia bukan bermakna melakukan sesuatu yang kurang daripada ajaran Islam," Konsep itu merupakan satu pendekatan yang dilaksanakan secara berterusan dalam dasar-dasar kerajaan sedia ada dan kehidupan seha...

Cikgu Mat Bin Tani ; Sahabat, Guru Dan Rakan Sejawat

Image
Oleh isma daud Maaf Cikgu Mat, saya menulis perihal cikgu dalam catatan Blog Ustaz Rosli Dhoby kali ini. Setahun lepas bila cikgu Mat beritahu saya bahawa cikgu Mat mahu berpindah ke Kabong; saya cukup sedih , cukup terkesan sehinggalah cikgu Mat menintakan dalam mesej bahawa cikgu Mat gagal berpindah. Dalam pada itu anak dan isteri pula dapat berpindah awal tahun ini. Kenangan bersama dengan Cikgu Mat Bin Tani; "Maulidur Rasul 2008". Luka hati saya terubat kerana masih ada rakan dalam meneruskan banyak kerja yang telah kita rancangkan bersama. Selepas itu bila Saudara Shahbandi Bin Han mendapat berita berpindah ke tempat baru, sekali lagi hati saya diduga. Sedih sangat. Sejak itu saya rasa nawaitu saya mahu berpindah perlu diperkukuhkan. Perasaan ingin bersama ibu saya benar-benar menguji hati dan perasaan saya. Saya kuatkan semangat dan saya isi juga borang pindah secara online. Hari ini saya benar-benar rasa kehilangan seorang sahabat, guru dan rakan sejawat. B...

Hari Guru Terakhir Di SMK Rosli Dhoby

Image
Oleh isma daud 25 Mei dijadikan sebagai Hari Guru SMK Rosli Dhoby. Hari ini Hari Guru terakhir saya di sini. Hari yang amat sedih buat saya. Saya tidak pernah membayangkan hari ini menjadi milik saya. Walaupun tiada majlis untuk saya berucap memberi sepatah dua dan memohon maaf kepada semua, saya tetap diraikan oleh warga sekolah. wajah-wajah yang tak mungkin saya lupakan Dalam majlis ringkas di hujung persembahan pelajar saya telah dihadiahkan dengan "Pasu Sarawak" sebagai tanda kenangan-kenangan. Sayangnya saya tiada kamera untuk merakamkan detik itu. Terima Kasih!!! Paling teruja sekali hari ini semua memakai warna hijau. Tema Pakaian tahun ini ialah HIJAU. Warna kegemaran dan kesukaan saya. Turut sama diraikan ialah Cikgu Norlaili dan Ustazah Saadah Nor yang sama-sama dapat berpindah ke negeri masing-masing. Melalui jamuan kelas ke kelas, saya mengambil peluang untuk menyampaikan pesanan dan ucapan kepada pelajar agar mereka terus bersemangat, cekal hati dan...

Selamat Hari Guru , "Terima Kasih Cikgu!!!"

Oleh isma daud 16 Mei diisytiharkan sebagai Hari Guru. Hari keramat buat semua guru, semua cikgu. Siapa Guru Dan Siapa CIKGU? Siapa sahaja yang mencurahkan keringat bakti walau sebaris ayat memberi tunjuk ajar, dia layak digelar guru. Baik dia seorang guru di tadika, di sekolah, di sebuah akademi, di kolej, di pusat pengajian tinggi maupun di padang bola, di kolam renang, di litar lumba, di ladang kuda .... di mana sahaja; dia adalah GURU . Ibubapa kita juga adalah guru kita, dialah guru pertama yang mengajar kita. Dialah yang mengalunkan azan dan iqamah ditelinga kita sejak lahir. Pandainya anak bertutur-kata, merangkak, belajar duduk dan berdiri, setiap kali jatuh dipimpin agar kita mampu bangun, mengajar kita berjalan sehingga mampu berlari; ibubapa kita yang membimbing, merangsang dan membantu kita dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Begitu umumnya watak seorang guru. Tapi yang kita maksudkan di sini ialah " Seorang Cikgu ". Untuk mendapat gelaran cikgu s...

Khutbah Jumaat Sempena Hari Guru 2012

Oleh isma daud Setiap tahun apabila munculnya hari guru, satu aktiviti yang tidak dilupakan ialah Khutbah Jumaat Sempena Hari Guru. Khutbah Jumaat ini mengikut arahan Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah dibaca serentak seluruh negara pada 11 Mei 2012 yang lalu di Surau dan Masjid sekolah yang mendirikan solat jumaat. Alhamdulillah arahan ini telah dapat dilaksanakan di Masjid An-Nadwah, SMK Rosli Dhoby pada hari tersebut. Khatib yang bertugas pada hari tersebut ialah Ustaz Mohd Nazri Bin Ismail dari SMK Agama Sibu. Khutbah Jumaat penuh sempena Hari Guru 2012 tersebut boleh di muat turun melalui pautan di bawah; TEKS KHUTBAH JUMAAT SEMPENA HARI GURU 2012 Tajuk Khutbah Jumaat mengambil tema Hari Guru 2012: " Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara " Berikut isi khutbah tersebut; Wahai hamba-hamba Allah ! Bertakwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru dir...