Posts

Konvoi Guru Dan Keluarga Warga Muslim SMK Rosli Dhoby Ke Kuching

Image
Oleh isma daud Catatan Hari Pertama; 2 April 2010 Usaha konvoi berkereta yang dirancangkan BADAI akhirnya berjaya juga dilaksanakan . Sebanyak 9 buah kereta menyertai konvoi ini. Ini merupakan program yang julung-julung kali diadakan sejak kami menubuhkan BADAI dua tahun dahulu. Objektif program ini ialah untuk menimba ilmu dan maklumat, ziarah dan memupuk rasa ukhwah dan keakraban sesama warga dan ahli keluarga. Setelah penat bekerja, sekurang-kurangnya dengan adanya program seperti ini dapat menghilangkan tekanan bekerja disamping dapat membawa keluarga bersiar-siar bersama mengenal tempat orang. Pada hari pertama semua peserta konvoi kali ini berkumpul di Plaza Tol, Lanang dan mula bertolak ke Kuching jam 7 pagi. Perjalanan Program kali ini diketuai oleh keluarga Ustazah Dayangku Intan dan suaminya Cikgu Damak, manakala ketua rehlah (perjalanan) di pimpin oleh Cikgu Misliah dan suaminya. Dalam perjalanan kali ini kami berhenti dibeberapa tempat seperti Hentian Betong...

Kereta Terbabas Ke Dalam Parit Di Jalan Lurus

Image
Oleh isma daud Semasa balik dari sekolah, saya terserempak dengan satu kejadian kemalangan jalan raya. Kemalangan ini adalah kemalangan sendiri. Sebuah kereta Proton Waja terbabas ke dalam parit, walaubagaimanapun pemandunya selamat dan dibawa oleh orang ramai ke hospital Sibu. Sebenarnya jalan ini lurus saja. Sebelum terjatuh ke dalam parit besar, kereta ini merempuh sebatang pokok di tepi jalan. Masa saya sampai ketempat kejadian, usaha menaikkan kereta ke darat sedang dilakukan. Orang sudah ramai tiba untuk sama-sama melihat kejadian yang berlaku. Saya sempat bertanya orang di situ sebab kejadian, mereka berkata mungkin pemandu hilang kawalan disebabkan jalan licin kerana hujan turun renyai-renyai sebelum itu. Sesungguhnya malang tidak berbau....

Sudah Sekian Lama Menumpang Tuahnya

Image
Oleh isma daud Siapa Ustaz Rosli Dhoby dan siapa pula Ustaz Mohd Isa? Sudah sekian lama saya menumpang tuah itu...Ustaz Rosli Dhoby. Saya bertuah kerana berkhidmat di SMK Rosli Dhoby. Di sinilah saya mula dikenali dengan nama Ustaz Rosli Dhoby. Bagi yang tidak kenal saya ada yang berkata kepada saya sendiri, "Ustaz kenal tak, Ustaz Mohd Isa yang dari Agama (SMK Agama)?" Saya terpaksa menganggukkannya. "Kenal!!!" Orang lebih menyangka Ustaz Mohd Isa itu mengajar di SMK Agama... Tapi bila merujuk kepada saya, "Ustaz Rosli Dhoby". Sampai kawan-kawan isteri saya pun ada panggil saya Ustaz Rosli. Jadi saya bertuah kerana lebih dikenali sebagai Ustaz Rosli Dhoby. Namun siapalah saya...??? Saya rasa cukuplah saya dikenali dengan tuah orang lain. Mengapa saya tidak dikenali dengan nama saya sendiri? Kata orang ada apa pada nama. Sebenarnya besar amanah dan tanggungjawab kepada kita apabila kita membawa sesuatu nama. Nama baik dan maruahnya mesti dijaga. Be...

Erti Kasih Sayang Orang Atasan Dan Orang Bawahan

Oleh isma daud Tazkirah :  sabda nabi saw; " bukan dari kalangan kami, orang yang tidak merahmati orang kecil di kalangan kami dan orang yang tidak mengetahui hak orang besar di kalangan kami " Dari sudut pandang Ustaz Mohd Isa Mat Daud ; ~ orang yang tidak merahmati dengan kasih sayang dan kasihan belas kepada orang yang berada di bawah tanggungannya, tidak akan dirahmati, sabda nabi saw; "bukan dari kalangan kami, orang yang tidak merahmati orang kecil di kalangan kami dan orang yang tidak mengetahui hak orang besar di kalangan kami" ~ kasih sayang tidak boleh datang dari sebelah pihak saja. bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. ~ kasih sayang itu lahir dari rasa persefahaman dan hormat-menghormati, hubungan suci dari dalam hati... bukan sahaja dalam konteks perhubungan dua hati sang kekasih, jua hubungan kemanusiaan termasuk hubungan majikan dan orang bawahnya. ~ pada saya jika tangan atas memberi, tangan bawah menerima, tp jika orang atas bersi...

Panorama Kampung Hilir Sibu.

Image
Oleh Budakli.com Komentar ~ isma daud ~ : Sungguh menakjukkan gambar yang dirakamkan oleh budakli.com , sepupu isteri saya yang berkunjung ke rumah sewaktu cuti sekolah baru-baru ini. Di antaranya gambar Kampung Hilir, Sibu ini. Saya sendiri tidak terfikir betapa cantiknya pemandangan alam ini jika mereka yang pakar mengolahkan gambarnya . Saya bagai tertipu dengan panorama alam semulajadi di sebalik kampung Hilir itu sendiri..... Sesungguhnya sungguh cantik. Hasil Kerja Yang Menakjukkan....

Guru Pedalaman

Oleh isma daud Ehsan dari FB : Mohd Isa Abd Razak melalui Kelab Guru Pensiangan :   Para pendidik dan mantan pendidik wajar menonton video ini. Nota : Terima Kasih atas perkongsian bagi renungan dan perbincangan bersama. Satu tempat yang bernama Saliliran Sekadar Renungan Dan berfikir agar kita lebih bersyukur. Tempat Bukan Alasan ~ Kejayaan Milik Sesiapa Sahaja Yang Rajin Berusaha Dan Tidak Patah Semangat.

Sejauhmanakah Anak-anak Remaja Memahami Dan Mengamalkan Asas Agama?

Image
Oleh isma daud Pelajar-pelajar Muslim Tingkatan 3 baru saja menghabiskan Peperiksaan Pra-PMR(1) 2010 dan masing-masing mendapat markah masing-masing. Namun apa yang merungsingkan saya ialah di mana ajaran guru dan ustaz/ah di dalam kelas berbanding dengan jawapan yang entah apa-apa dijawab oleh pelajar. Secara keseluruhannya pelajar tahu format menjawab tetapi tidak mempedulikan apa yang telah dijelaskan oleh guru. Sikap "pakai hentam je lah labu" seolah-olah memendominasi kumpulan ini. Hanya sedikit sahaja pelajar yang benar-benar serius menjawab peperiksaan. Sebahagian besarnya mengambil sikap sambil lewa sahaja. Pelajar banyak tahu tapi tidak tahu bagaimana dia sepatutnya menjawab dan menyusun jawapan. Salin nombor soalan tidak betul, tertinggal soalan, menjawab seperti sebuah karangan (mahu jimat kertas kot?), tulisan huduh, kecil sehingga sukar dibaca, menconteng kertas jawapan dan pelbagai kesalahan lagi. Ini balik kepada sikap tidak serius dalam menghadapi sesuat...