Posts

Mereka yang memerlukan ayat-ayat yang sesuai digunakan bagi tema "Maulidur Rasul"

Di antara ayat-ayat yang boleh difikirkan sesuai dengan tema Maulidurrasul 1429H; "MENJANA UMMAT GEMILANG" {وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِّتَكُونُواْ شُهَدَاء عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًا } "Dan demikianlah Kami (Allah) menjadikan kamu (Ummat Muhammad) sebagai "ummatan Wasatan" supaya kamu menjadi saksi kepada manusia (yang terdahulu) dan rasul (terdahulu) pula menjadi saksi ke atas kamu". - Surah al-Baqarah ; ayat 143. {وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ} "Dan hendaklah ada di kalangan kamu umat yang menyeru kepada kebajikan, yang menyuruh kepada yang makruf (kebaikan) dan mencegah yang mungkar (kejahatan) dan mereka itu ummat yang beroleh kejayaan". - Surah Aali-I'mran ; ayat 104 {كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ ب...

Siapakah Yang Benar? Sekadar buat Renungan!!!

Dalam Filem Hang Tuah atau Hang Jebat saya dah lupa bila Hang Tuah berkata: "Akukah benar atau Hang Jebatkah yang benar?" Perlukah kita ber istikharah (solat hajat dan memohon Allah menentukan bagi pihak kita akan baik dan buruk) ataupun kita ber mubahalah (bersolat hajat dan berdoa agar Allah menjatuhkan hukuman kepada salah satu di antara mereka yang benar dengan mereka yang salah ). Di antara dua mesti ada satu yang benar. Maka persoalannya siapakah yang lebih benar daripada yang lebih salah? Firaun juga mengaku dia lebih benar daripada Nabi Musa dan Nabi Harun kerana dia dapat mengarahkan negeri Mesir sehingga sungai Nil mengalir mengikut kehendaknya sedangkan Nabi Musa bercakap pun gagap dan hanya memiliki sebatang tongkat. Abu Lahab dan Abu Jahal juga pernah berkata bahawa dia lebih benar kerana dia lebih banyak harta daripada Nabi Muhammad. Hindun isteri Abu Suffian ( sebelum masuk Islam ) juga pernah berkata bahawa dia juga benar kerana satu hari Kaumnya (Quraish) m...

Telah Solatkah Kita?

Emel Dari Sahabatku. Saya postkan disini agar bermanfaat. Bismillahirrahmanir rahim. Percaya ke kita bila disebutkan bahawa hanya 1 atau 2% sahaja umat Islam yang solat? Kalau kita tak percaya maknanya mungkin kita belum faham makna solat. Bila kita tanya budak kecil apa itu solat, dia jawab, sembah Tuhanlah! Betullah tu?, pandai pun dia jawab. Kita tanya pula diri kita yang dah dewasa ini, betul ke kita dah sembah Tuhan bila kita sembahyang? Sebagai panduan, berikut adalah 9 golongan manusia dalam hal sembahyang. Yang betul-betul boleh dikira sembahyang ialah kategori 7,8 dan 9 sahaja. Yang lain itu hakikatnya termasuk dalam golongan 98 atau 99% yang tak sembahyang.. .takut juga kita dibuatnya. 1. Golongan yang langsung tidak bersembahyang dan menolak perintah sembahyang. Mereka ini namanya saja Islam, tetapi memang tak mahu sembahyang. Malah tak tahu pun macam mana hendak sembahyang dan tak ambil peduli langsung tentang sembahyang. Mengikut Hadis, mereka ini dihukum sebagai kufur. Ka...

Ibadah: 6 Perkara Sebelum Solat

Pagi tadi ada seorang saudara seIslam bertanya tentang persediaan solat, jadi saya dah jelaskan kepadanya dan eloklah rasanya saya jelaskan di sini untuk manfaat bersama. Ada 6 perkara penting mesti diambil berat sebelum solat supaya solat kita jadi sempurna dan khusyuk. Perkara Pertama: ILMU Amalan orang berilmu lebih baih baik daripada orang abid tetapi tidak berilmu seperti lebihnya amalan para nabi ke atas para sahabatnya. Sebagaimana lebihnya matahari ke atas bulan. Kedua-duanya bercahaya tetapi cahaya matahari itu asli manakala cahaya bulan itu tempias daripada cahaya bulan sahaja. Rasulullah SAW bersabda: "Satu bab ilmu sehingga dia faqih lebih baik daripada 70 rakaat solat sunat" di dalam satu riwayat lain 100 rakaat. Bagi orang yang hendak solat mestilah dia tahu kaifiat solat(sembahyang). Mengetahui kaifiat solat adalah syarat sah solat. Seseorang itu hendaklah tahu mana yang fardhu, mana yang sunat dan tahu perkara yang membatalkan solat serta tahu segala syarat s...

Sahabat Dan Orang Kampungku

Image
Selamat berjuang menegakkan kalimah Allah di bumi Terengganu dan Malaysia, Insya Allah. Ayuh kita berdoa dan berjuang bagi kelangsungan Islam dan umat Islam. Gambar-gambar di hari penamaan calon di Pejabat Daerah Marang pada 24 Februari 2008 Gambar 1; Anak Kg Tok Dir dalam sejarah di calonkan untuk calon DUN Bukit Payong; Sahabatku Ustaz Mohd Nor Bin Hamzah ( Ustaz Pin) berserban dan berjubah putih. Gambar 2; Kelihatan dalam gambar ; Tok Bilal Da (Muda Bin Abdullah)(kanan), Ustaz Hassan Salleh (sebelah kanan Tuan Guru Hj Abd. Hadi Bin Awang). Lawan Tuan Guru ialah sahabat karib saya; Datuk Dr. Ahmad Ramzi bin Zubir (BN). Gambar 3; Perarakan mengiring calon-calon PAS

Menjana Ummah Gemilang

Apa Modal Insan Yang Kita Ada? Manhaj dan Tajuk (maudhu’) Apa kita Pakai? Setelah saya mendengar ucapan YAB Perdana Menteri Malaysia melalui siaran radio (RTM Sarawak) bertarikh 11 Feb 2008 lalu, semasa merasmikan dewan sekolah St Elizabeth, Sibu; beliau mengulas tentang pelancaran SCORE bagi pembangunan Wilayah Sarawak dan menyebut tentang betapa pentingnya modal insan kepada Negara dan masa depan Negara. Saya cuba meneliti apakah ciri-ciri utama yang akan ditekankan oleh PM kepada warga pendidik dan pelajar dan semua yang hadir atau mendengar siaran langsung ucapannya itu. Setelah selesai ucapannya saya sedikit kecewa kerana PM hanya menekankan bina insan itu seolah mengenakan lipstick pada bibir sahaja kerana acuan yang diterangkan hanya mahu melahirkan manusia yang berilmu dan berakhlak mulia tidak lebih secara luaran sahaja. Hanya sedikit persoalan akhlak tetapi lebih banyaknya bagaimana mahu melahirkan manusia yang mampu bekerja dan tahu membangun dunia ini sahaja. Bagi saya PM g...

Senarai Calon Negeri Terengganu PRU12 : Mereka itu ada yang dulunya seperjuangan dengan saya.

Nama-nama calon yang saya "bold"kan adalah yang akrab dengan saya: Parlimen BESUT Datuk Hj Hussin Awang (PAS) - Datuk Dr. Abdullah Mohd. Zin (BN) SETIU Mohd Fauzi Muda (PAS) -Datuk Mohamed Jidin Shafie (BN) KUALA NERUS Shurimum Shamsuddin(PAS) - Mohamed Nasir Ibrahim Fikri (BN) KUALA TERENGGANU Hj Mohd Sabu (Naib Presiden PAS) - Datuk Razali Ismail (BN) MARANG Datuk Hj Abdul Hadi Awang (PRESIDEN PAS) Datuk Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir (BN)(muka baru) 4 tahun bersama dalam Thanawi, Smaasza, Batu Buruk. HULU TERENGGANU Kamaruzzaman Abdullah (PAS) - Mohd. Nor Othman (BN) DUNGUN Shamsul Iskandar Mohd Akin (PKR) - Matulidi Jusoh (muka baru) (BN) KEMAMAN Sdra Cikgu Faris Musa (PKR) - Ahmad Shaberry Cheek (BN) ______________________ Undangan Negeri KUALA BESUT Nik Mohd Zawawi Hj Salleh (PAS) Dr. A. Rahman Mokhtar (muka baru) (BN) KOTA PUTERA Belum Umum (PKR ) - Belum ada (BN) JERTIH Mohd Hassan Salleh (PAS) Petronas) Datuk Seri Idris Jusoh (BN) HULU BESUT Md. Zin Hassan (PAS) - Naw...