Posts

Showing posts from October, 2012

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?

Oleh isma daud Malam ini malam Raya Adha atau Raya Korban. Maka timbullah persoalan bila mahu mulakan takbir raya? Bila ditanya, ada yang mengatakan mulanya selepas jatuh matahari atau malam raya. Kebanyakannya jawab begitulah.   SEKADAR PENCERAHAN; Bagi Raya Adha kaum muslimin dan muslimat disunatkan bertakbir. Kaum muslimin bolehlah meninggikan suara bagi menghidupkan syiar agama sementara muslimat pula cukuplah dengan suara yang perlahan. Bermulanya takbit Raya Adha ini dari pagi hari Arafah atau 9 Zulhijah dan berterusan pada hari-hari Tasyriq, iaitu hari 10, 11, 12 dan 13 Zulhijah. Ianya berakhir selepas Asar hari ke 13 Zulhijjah. Ini bersesuaian dengan satu hadis yang diriwayatkan dari ‘Ali dan ‘Ammar r.a. yang menceritakan; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. bertakbir bermula dari hari ‘Arafah (selepas) solat subuh dan memutuskannya (yakni berhenti bertakbir) selepas solat asar hari terakhir Tasyriq”. (Riwayat Imam al-Hakim. Menurut Imam al-Hakim; hadis ini sanadnya ...