Posts

Showing posts from March, 2011

Majlis Tadarrus Al-Quran (MTQ) Dan Festival Nasyid Bahagian Sibu Meriah!!!

Image
Oleh isma daud Majlis Tadarrus Al-Quran , Hafazan, Syarahan Agama, Bercerita Kisah Al-Quran  Dan Festival  Nasyid Sekolah Menengah dan Rendah Bahagian Sibu Kali ke-37 Meriah!!! Tema MTQ tahun ini ialah : Al-Quran Teras Kesejahteraan Ummah Gemilang . Sementara Tema Festival Nasyid pula ialah : Akidah Kukuh Sahsiah Terpuji . Pada tahun ini saya tidak terlibat secara langsung dengan JK Kehakiman. Tugasan baru saya ialah menyediakan BULETIN MTQ untuk edaran kepada tetamu-tetamu yang hadir ke majlis ini. Tugasan menyediakan buletin yang bersifat semasa ini agak mencabar juga. Percubaan pertama kepada saya dalam menyediakan tapak bagi buletin ini menggunakan Microsoft Publisher. Banyak saya belajar mengenainya. Pengalaman menjadi blogger, membantu serba sedikit tugasan saya dan rakan-rakan dalam jawatankuasa Buletin ini.  Tugasan kali ini dibantu oleh Ustaz Rizal Bin Basiron Dan Cikgu Qibtiyah dari SK Hua Hin dan Cikgu Zurina Dan Cikgu Wan Satini dari SMK Rosli Dhoby....

Ustaz Mahazul Mamat, Kembali Ke Rahmatullah, Al-Fatihah!!!

Image
Oleh isma daud tinggal kenangan : allahyarham masa menuntut di Jordan dulu. Ustaz Mahazul Bin Mamat telah kembali ke rahmatullah pagi tadi jam 2:40 pagi tadi kerana menghidap sakit leukimia di rumahnya, Kpg Kedai Baru diusia 36 tahun. Menurut catatannya di Facebook beliau yang lahir pada 14 Ogos 1975, kini berkhidmat di SMK Kubang Telaga, Bachok, Kelantan . Saya menerima pesanan ringkas berita kematiannya daripada Ustaz Zawadi Che Seman ketika mengikuti Hari Profesional 2011, SMK Rosli Dhoby di Hotel Primer, Sibu, pagi tadi. Kepada teman-teman Allahyarham yang dapat perkhabaran ini agar dapat menghadiahkan beliau dengan doa dan menyampaikan salam takziah kepada ahli keluarganya dan anak-anaknya yang masih kecil. Semoga ruhnya berada di sisi orang-orang beriman. Saya sempat mengenalinya sewaktu belajar di Yarmouk University di tahun-tahun akhir pengajian saya di sana sekitar tahun 1995/96. Sesungguhnya kita ini datang dari Allah SWT dan kepada Allah SWT jua kita semua ak...

Syisya Atau Hogah : Apa Tu? Boleh Sedut Ke???

Image
Oleh isma daud Gambar syisya : Ehsan daripada FB : Wan Syarafi, syukran. Apabila saya ditanya oleh murid saya tentang syisya saya agak terpinga-pinga. Maklumlah saya bukan jenis merokok dan menyedut benda-benda pelik ni. Rupa-rupanya "Hogah". " Syisya" rupa-rupanya "Hogah ". Darat juga ambo nih... Bila saya cari dalam carian google, banyak sudah orang bicara pasal syisya atau hogah ni. Kliklah dekat link atas tu untuk tahu serba sedikit pasal benda ni. Menurut sahabat saya yang bekerja dekat MPKB , yang saya petik dari laman facebooknya; di Kota Bharu sudah ada dikuatkuasakan larangan terhadap syisya ini . Beliau menulis bahawa MPKB-BRI akhir2 ini sedang giat mengambil tindakan merampas perniagaan Syisya di premis2 di dalam kawasan Kota Bharu kerana perniagaan ini tidak dibenarkan oleh MPKB dibawah Undang2 Kecil MPKB Tred Perniagaan Dan Perindustrian 3u(1) . Bagaimana bandar-bandar lain, ada buat tindakkan yang sama ke? Setelah saya membac...

Media Arus Perdana Dan Laman Pro UMNO/BN Jalankan Kerja Fitnah

Image
Oleh isma daud "Lembu Punya Susu , Sapi Punya Nama ; Orang Lain Buat Kerja Orang lain Dapat Nama." Datuk Shaikh Harun   Isu Asal ; 11 Mac 2011, Md Din Jusoh ditangkap berkhalwat dengan Dede Kurniasih (seorang warganegara Indonesia).(Mohd Din) itu tinggal di Kampung Tok Dir, Bukit Payung. Beliau telah mengaku bersalah dan membayar hukuman denda RM2,800 oleh Mahkamah Rendah Syariah Daerah Marang pada 14 Mac 2011. Itu cerita asal. Mana gambarnya??? Orang kampung yang tiada kepentingan berita, mana ada gambar.... siapa mahu ambil gambarnya. Dalam banyak berita disiarkan gambar lelaki ini; bersongkok, berkot dan bertali leher .... Darjat Mohd Din sudah naik.... Sebenarnya ada pihak salah faham terhadap lelaki yang menghias artikiel mengenai khalwat ini. Lelaki yang bersongkok dan berkot ini ialah Persuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail. Isu Yang Dibina : Cubaan Jatuh dan Malukan ADUN Bukit Payong , YB Ustaz Mohd Nor Bin Hamzah (PA...

Janji Allah SWT Kian Nyata; Semua Berada Dalam KekuasaanNya

Image
Oleh isma daud Telah banyak sekali tanda-tanda kiamat dipertontonkan oleh Allah SWT kepada manusia agar mereka sentiasa insaf akan hakikat sebenar diri mereka di dunia ini dan semua alam ini berada di bawah taklukanNya semata-mata. Apabila telah datang ketentuanNya tiada siapa yang dapat menentang dan menolaknya walau sehebat mana pun manusia itu dan semaju mana negara itu. Janji Allah pasti akan berlaku. Peringatan Allah SWT dalam pelbagai rupa dan bentuk semata-mata memperingatkan manusia akan janji-janji Allah SWT agar manusia tidak mudah lupa. Telah banyak bencana berupa gempa bumi dan telah berkali-kali gegaran bumi yang mengakibatkan tsunami dipertontonkan oleh Allah SWT bagi meyakinkan manusia bahawa kiamat pasti berlaku. Terkini gempa bumi paling kuat dalam tempoh 140 tahun dengan ukuran 8.9 pada skala Richter, melanda timur laut Jepun, mencetuskan gelombang tsunami sehingga setinggi 10 meter , jumaat lalu. Subhanallah!!! Manusia yang tidak beriman terus menerus mengan...

Kalau Suami... ??? Berhati2lah!!!

Image
Sebagaimana yang disampaikan oleh seorang perempuan yang bergelar isteri kepada saya. Tidak semestinya benar, tapi boleh jadi benar. Sama-sama kita fikirkan.... Kalau suami mula berahsia, Itu tandanya dia tak setia Kalau suami meninggi suara, Itu tandanya dia dah ada mak we Kalau suami mengaku bujang tua, Itu tandanya dia nak ngurat anak dara Kalau suami selera tak ada, Itu tandanya dia nak pasang dua Kalau suami lambat balik aje, Itu tandanya dia dah syok kat setiausaha Kalau suami tidur di ruang tamu, Itu tandanya dia dah jemu Kalau suami malam jumaat buat tak tahu, Itu tandanya tak lama lagi hidupmu bermadu Kalau suami garang macam singa, Itu tandanya hati dia dah tak cinta Kalau suami asyik komplen aje, Itu tandanya dia dah tak suka Kalau suami mula sepak terajang ke muka, Itu tandanya dia nak memberimu title JANDA.. Jika suami sayangkan isteri, Dapat gaji semua diberi Jika suami sayangkan isteri, Kerja rumah rela dikongsi Jika suami sayangkan isteri, K...

Hidupkan Obor Dakwah, Bawakan Keluarga Bersama

Image
Oleh isma daud Dalam usaha mendidik dan mentarbiyyah diri agar mendekatkan diri kepada Allah SWT, ramai yang hanya memperbetulkan dirinya sahaja tanpa mengheret sama anak-anak dan isterinya untuk sama-sama mendapat redha Allah SWT. Gambar Sekadar Hiasan Kalau seseorang itu baru mula berjinak dengan hal-hal agama setelah sekian lama hanyut dengan bahana dunia  yang memperdaya, baru ada kesedaran untuk kembali dan memperbetulkan diri, adalah munasabah dia seorang saja mula berjinak dengan majlis ilmu dan solat berjamaah dan aktiviti keagamaan lainnya. Tapi apabila seseorang itu sekian lama bergelumang dengan dengan kerja-kerja Islam tetapi dia lupa membawa ahli keluarganya sama dalam apa yang dilakukannya; adalah satu dosa dan termasuk dalam golongan orang-orang yang lalai. Allah SWT menasihatkan kita di dalam ayatnya; " Wahai orang yang beriman, peliharakanlah diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada api neraka, yang bahan bakarnya ialah manusia dan batu-batu yang menjadi...

Jadi Penulis Blog Kena Rajin Dan Beramanah

Image
Oleh isma daud Di sidang pagi semalam,  bersembang dengan rakan yang pernah bersemangat untuk berblog mendengar rintihannya yang blognya sudah "mati" sejak setahun yang lalu. Tanpa pengisian baru, blog sudah tinggal berkulat dan bersawang dek lama terbiar. Di antara "header" yang pernah mewarnai blog Ustaz Rosli Dhoby di awal kemunculannya Kena Rajin Semasa lihat orang lain buat blog, memang masing-masing rasa teruja ingin berblog. Masing-masing sudah fikir dan pilih ruang lingkup dan kemampuan diri untuk menulis. Kalau ikutkan sudah ada objektif untuk berblog tu. Tapi sayang, berblog ini bukan untuk orang yang malas. Blog ini adalah untuk orang yang rajin. Rajin mencari bahan, rajin berfikir, rajin menyelidik, jiwa mesti hidup dan pancaindera mesti peka dengan alam sekeliling. Dan yang penting tu rajin menulis. Seorang sahabat saya berkata; "sejak ada facebook jadi malas menulis. Di facebook selalunya kita tulis dalam bentuk santai, mudah dan ri...

Kembalikan Fungsi Masjid Dan Surau Atasi Masalah Perceraian Kalangan Umat Islam Di Malaysia

Image
Oleh isma daud Perceraian Di Kalangan Umat Islam Berlaku Setiap 15 Minit " Statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada tahun 2009 menunjukkan, berlaku satu perceraian pada setiap 15 minit di kalangan umat Islam, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim. Beliau berkata, jumlah itu meningkat daripada tahun ke tahun akibat daripada kurangnya penghayatan agama di kalangan suami isteri termasuk mengabaikan solat. "Jika solat lima waktu sehari semalam tidak dapat dilaksanakan, sudah tentu dapat kita bayangkan mereka juga sukar untuk melaksanakan peranan dan tanggung jawab sebagai suami dan isteri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar sempena Maulidur Rasul : Rasulullah Ikon Keluarga Bahagia. " Sumber - mStar ( 3/3/2011) Cukupkah Dengan Sekadar Berkursus Beberapa Jam Dan Hari??? Jakim telah buat tidak kurang daripada 900 kursus dan seminar kemasyarakatan saban tahun bagi menjelaskan isu kekelua...