Posts

Showing posts from December, 2010

Saiz Isi Rumah Paling Tinggi, Paling Subur

Image
Oleh isma daud Kenyataan Akhbar : " Sabah, Kelantan dan Terengganu merekodkan saiz isi rumah paling tinggi berbanding negeri lain, masing-masing mencatatkan kadar purata 5.88 peratus, 4.86 peratus dan 4.78 peratus. "- Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. Kelantan, Terengganu Dan Sabah; 3 negeri miskin di Malaysia tapi paling subur warganya. Dulu pernah saya siarkan kajian JAKIM bahawa Kelantan negeri paling banyak mengamalkan hidup berpologami dan kini ia di antara 3 negeri yang subur dengan pertumbuhan penduduknya. gambar : sekadar hiasan Selain isu penerimaan kepada poligami, saya berpendapat bahawa mungkin beberapa faktor ini  menjadi sebab utama kepada pertambahan penduduk di negeri-negeri tersebut; 1.  Kahwin Awal Usia ; ramai yang kahwin awal  seawal umur 19 tahun. Berbanding di negeri-negeri tertentu ramai yang mengejar kerjaya, di sini mereka lebih kepada mengukuhkan institusi keluarga. Bapa suka anak gadis mereka berkahw...

3 Negeri Paling Subur

Image
Sumber : Harian Metro  Baca Bersama - Penduduk Malaysia Kini 27,565,821 Orang Baca Bersama - Nisbah lelaki 105:100 melebihi wanita PUTRAJAYA: 23 Dis 2010 - Masyarakat Kelantan, Terengganu dan Sabah mencatatkan kadar kesuburan paling tinggi berbanding negeri lain di negara ini berdasarkan saiz isi rumah paling tinggi dicatatkan Laporan Kiraan Permulaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia (BPP) 2010 lalu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, BPP 2010 menunjukkan trend purata isi rumah makin mengecil iaitu 4.31 peratus berbanding 4.62 peratus pada BPP 2000. Bagaimanapun, katanya, Sabah, Kelantan dan Terengganu merekodkan saiz isi rumah paling tinggi berbanding negeri lain, masing-masing mencatatkan kadar purata 5.88 peratus, 4.86 peratus dan 4.78 peratus. “Peningkatan kadar saiz isi rumah itu menunjukkan tahap kesuburan masyarakat di negeri berkenaan meningkat. “Trend kesuburan global antara 2000 dan 2010 menunjukkan pengurangan iaitu ...

Insya Allah !!! Bismillah !!! Alhamdulillah!!! Penghayatan Cacamarba Orang Melayu

Image
Oleh isma daud Orang Melayu terkenal dengan keislaman mereka sebab lahir saja sudah jadi Islam. Dalam kehidupan  seharian sedari kecil diajar begini dan begini oleh ibubapa dan guru mereka; bila nak buat sesuatu baca "Basmalah" , tidak lupa baca "isti'azah", jika akan buat sesuatu kata "Insya Allah" dan bila dah buat atau dah dapat sesuatu kata "Alhamdulillah". Begitulah hebatnya orang melayu. Dalam semua hal jangan tinggal itu. Sebab itu malam tadi suatu anugerah - apa entah - dekat TV3, berkaitan dengan drama, filem gitulah, penuh dengan ucapan-ucapan tersebut , masih ingat Tuhan , itulah artis kita. Semuanya itu adalah hasil didikan guru dan ibubapa mereka di rumah sejak kecil. Yang mereka lupa nak didik diri ialah bagaimana nak tutup aurat yang wajib dan diperintahkan oleh Allah SWT, nak jaga batas pergaulan di antara ajnabi, solat fardhu ditunai atau tidak... dan sebagainya. Yang ramai orang Islam lupakan ialah  yang haram itu  te...

Dr Juanda Jawab Isu Pluralisme Agama

Image
isma daud : komenter ini telah saya tulis seawal pagi tadi, dek kerana talian internet yang lembab, asyik loading saja, saya simpan dalam draf sahaja. Alhamdulillah malam ni laluan internet elok sahaja. Saya nak sebut sikit saja. UMNO/BN sudah habis modal nak burukkan pembangkang termasuk serangan-serangan terhadap peribadi tanpa adab susila lagi. Nampak di sini UBN tersepit sangat dalam memenangi hati rakyat menjelang PRU ke 13 nanti. Sekali lagi isu-isu agama digembar-gemburkan sehingga menggunakan puak-puak bertitle "ulama umno" ini bagi membuktikan mereka adalah juara pembela agama pula biarpun ramai tahu sikap talam dua muka mereka terhadap agama. Mereka sudah muak dengan "Amanat Hadi" biarpun puak ini akan terus hidupkan isu ini bila2 masa menguntungkan mereka. Kini amanat itu tidak menjadi kudis dan gatal lagi kerana bila dimainkan akhirnya orang faham UMNO ini pejuang sekularisme sepanjang masa.... Juara Agama? Itu ubat baru untuk menarik jiwa orang mela...

Wanita Sarawak Pasca Merdeka - KM Sarawak Pilih Wanita Lubnan

Image
isma daud :  "Selamat Pengantin Baru Buat KM Sarawak, TAHNIAH!!!" KUCHING: 19 Dis 2010 - Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, selamat dinikahkan dengan seorang wanita Lubnan berusia 28 tahun dalam majlis tertutup yang diadakan di kediaman rasminya, di sini, malam tadi. Terdahulu, anggota keselamatan yang bertugas di kediaman Taib memaklumkan satu majlis tertutup diadakan dengan pihak media tidak dibenarkan memasuki kawasan berkenaan. Majlis itu hanya dihadiri orang kenamaan dan ahli keluarga terdekat bermula dengan majlis tahlil dan doa selamat yang turut dihadiri kira-kira 200 tetamu khas. Antara orang kenamaan yang dilihat masuk seawal jam 6 petang ialah Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar, Datuk Amar Abang Johari Openg; Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan; Penasihat Khas Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem; Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Mohd Naroden Majais dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ...

Nasib Guru

Image
Oleh isma daud Berita mengenai guru ni bolehlah saya petik dari TV3, kalau pasal politik tu dengar boleh... percaya tu tengok2 jugaklah... Berita TV3 16/12/2010; Seramai 100 guru di Selangor terlibat dalam penyusunan semula tidak mahu berpindah ke daerah lain. Alasannya, tiada elaun mahupun pampasan, selain kawasan yang dihantar sehingga 100 kilometer dari jarak sekolah asal. Malah menurut Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan, NUTP, Lok Yim Pheng, guru merintih notis yang diberi oleh Jabatan Pelajaran Negeri Selangor tidak sampai 24 jam. Selain itu, pergerakan guru-guru ke daerah lain turut melibatkan kos perbelanjaan dan pengangkutan yang tinggi. Justeru, Kementerian disaran mengambil kira faktor usia, penyakit serta masalah keluarga dalam menimbang rayuan oleh semua 100 guru yang diarah pindah daerah. Begitulah nasib "seorang" guru, bukan sekadar lilin, kekadang dibuat macam bola, dilambung ke sana-sini dan di sepak sesuka hati. Suara hat...

Sketsa ; Gagal SPM (ubahsuai dari Filem Hang Tuah)

Oleh isma daud Tertarik juga saya dengan usaha yang cukup kreatif ni.... " Hang Tuah Gagal SPM ". Pengisian santai... senario yang banyak berlaku kepada anak-anak didik kita. Semoga semua warga SMK Rosli Dhoby yang sedang mengambil SPM ataupun STPM  2010 beroleh kejayaan dalam peperiksaan yang dihadapi sekarang. Sketsa ini sekadar hiburan dan teladan. He..he...

Cinta terlarang kerana Allah s.w.t...???

Image
Cinta terlarang kerana Allah s.w.t...??? (sebuah cerpen) oleh Jom Tutup Aurat dan jaga akhlak pada pada 02hb Disember 2010 pukul 11.18 ptg Cerpen yang mengisahkan pasangan ber"couple" Menggunakan nama islam untuk mencapai matlamat peribadi dan akhirnya tersedar akan kesilapan mereka...baca dan hayatilah carpen ini  ******************** “Siti Syazwani. Happy Birthday! Semoga kamu akan sentiasa dirahmati Nya… All the best in everything you do… Jaga diri & iman baik-baik yea~… -Amin, UK-” Aku mencapai telefon tanganku dan membelek-belek SMS ucapan hari lahir yang diterima minggu lepas. Cukup ringkas. Namun, aku masih tertanya-tanya mengapa Amin hanya mengirimkan SMS sahaja kali ini? Jika tidak, tahun-tahun sebelum ini pasti sudah ada kad besar dan bermuzik akan tiba beberapa hari sebelum hari lahir ku. Dah la pakai nombor orang lain, siap tulis nama penuh aku pula tu. Tak pernah pula dia tulis macam ni… Ish, hati mula ragu-ragu. Menyangka sesuatu yang ta...