Posts

Showing posts from September, 2010

Guru Sudah Jadi Kerani

Oleh isma daud Harian Metro Oleh Mohd Rifaat Abd Hamid 2010/09/26 BESARNYA cabaran dan tanggungjawab dipikul guru masa kini menimbulkan pertikaian di kalangan masyarakat adakah golongan itu mampu melaksanakan amanah dengan sempurna. PENUH DUGAAN...mengajar pelajar sudah cukup mencabar, guru tidak wajar dibebankan lagi dengan tugasan sampingan remeh sebaliknya fokus pada tanggungjawab hakiki. Bukan sekadar mendidik, pelbagai tuntutan kerjaya tidak sepatutnya kini mereka galas menjadikan tumpuan terhadap proses penjanaan dan pembelajaran ilmu terjejas. Lebih menyedihkan, golongan itu turut menjadi sasaran kecaman masyarakat jika gagal melahirkan pelajar cemerlang akademik dan sahsiah diri menyebabkan guru semakin terdesak serta tertekan. Apakah benar peranan guru sebagai sumber pemangkin ilmu semakin terhakis sebaliknya menjadi golongan itu diperkotak katikkan hingga mereka dalam dilema. Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia Cawa...

Rumah Terbuka Guru-Guru Dan Kakitangan SMK Rosli Dhoby

Image
Oleh isma daud Rumah Terbuka yang begitu santai untuk meraikan sesama sendiri warga SMK Rosli Dhoby sempena bulan syawal yang mulia dan berkat ini. Apa pun , diucapkan terima kasih kepada semua yang menyediakan makanan dan minuman pada hari ini. Guru-guru yang ada kelapangan daripada mengajar sempat menikmati juadah yang disediakan. Sebagai kenangan saya paparkan beberapa gambar yang sempat dirakamkan di sini; Dalam gambar;  Cikgu Mat Tani, Cikgu Leo, Cikgu Jeffri,Cikgu Martin,  Cikgu Ibrahim, Cikgu Rachmat dan Cikgu Unggut antara juadah yang ringkas tapi sedap Cikgu Puten (PKKK) dan rakan-rakan  PK HeM turut bersama guru-guru dan staf memilih juadah Tuan Pengetua sempat bergambar diapit oleh Cikgu Kuar dan Cikgu Law Tua Beng Cikgu Mohammad Jaya , Cikgu Nyandang Anak Seli dan Cikgu Law (Kaunselor Sekolah) Ustaz turut sama memilih hidangan yang tersedia Cikgu Mat Tani, Cikgu Leonardo, Cikgu Jeffri dan Cikgu Martin

Petanda-petanda Pilihanraya Sarawak Kian Hampir

Image
Oleh isma daud Saya mengambil beberapa gambar yang di"tag"kan ke facebook saya oleh Saudara Bob (Ibnu Haris) tentang gambar-gambar yang menunjukkan banner dan sepanduk berupa pintu gerbang di beberapa batang jalan, di perkarangan masjid dan surau di Sibu seolah-olah musim pilihanraya sudah tiba. Tindakan ini seolah-olah memberi gambaran awal bahawa Piliharaya Negeri Sarawak sudah terlalu hampir. Gambar Ehsan Saudara Bob Dalam pada itu beberapa kain berbentuk sepanduk dan banner yang dipasang oleh pihak Pakatan Rakyat untuk mengalu-alukan Ramadhan telah diturunkan. Ini kerana tidak mendapat permit dan luar daripada masa pilihanraya sebagai alasannya. Gambar Ehsan Saudara Bob Gambar Ehsan Saudara Bob Ini lebih meyakinkan banyak pihak bahawa BN benar-benar bimbang dalam menghadapi pilihanraya kali ini. Tindakan orang lain tidak boleh dan hanya BN saja boleh buat apa saja termasuk memasang sepanduk dan banner ini sebagai tindakkan terdesak dan perasaan cemas yang...