Posts

Showing posts from May, 2010

Pengumuman Henti Kuliah Sementara Dan Sedikit Catatanku Sementara Kaki Terpacak Di Sibu

Oleh isma daud Kesempatan cuti sekolah selama 3 minggu, mengizinkan saya dan ahli keluarga kembali berziarah ke kampung halaman sendiri di Terengganu Darul Iman menjenguk ibu dan keluarga mertua. Pengumuman Kepada ahli qaryah dan ahli jamaah masjid/surau sekitar Sibu; Dalam tempoh ini semua kuliah saya di masjid Darul Halim, Sibu dan Surau Darul Firdaus, Jalan Apollo, Sibu bermula dari 28 Mei 2010 sehingga 19 Jun 2010 dihentikan. Sementara itu kuliah Tafsir di Tadika Didik Ria akan bermula 20 Jun 2010 sehari selepas saya kembali ke Sibu, insya Allah. Harap Maklum. Harapan Mudah-mudahan 3 minggu ini memberi peluang kepada saya untuk membina keyakinan diri untuk kembali menabur khidmat bakti kepada masyarakat Sibu. Biarpun saya sedar tidak semua orang suka dengan kehadiran saya, namun kebaikan hati mereka yang cintakan ilmu dan perjuangan Islam, masih memberi semangat yang tersisa untuk terus berada di sini. Semoga Allah SWT tidak mensia-siakan perjuangan saya d...

Hari Guru Terus Segar Di Hati Pelajar

Image
Oleh isma daud Lokasi : SMK Rosli Dhoby, Sibu Gambar : Sumber pelbagai dari lensa kamera sendiri dan guru-guru SMK Rosli Dhoby. Entri Lewat - Selamat Hari Guru Hari Guru (16 Mei) sudah beberapa hari berlalu, penghormatan pelajar-pelajar kepada guru-guru mereka terus-menerus berjalan, dimana masih ada yang menghadiahkan guru dengan pelbagai bentuk penghargaan, ada yang menghadiahkan bunga, kad ucapan, kek dan pelbagai cenderahati lagi. Acara Sambutan Rasmi Peringkat Sekolah. Upacara Memotong Kek Hari Guru disempurnakan oleh Tuan Pengetua  dan guru-guru yang menyambut ulangtahun kelahiran dalam bulan Jun. Insan-insan bertuah yang dihargai hari ini - Selamat Hari Guru 2010 - (17 Mei 2010) Tahun ini semua aktiviti  sambutan dikendalikan oleh pelajar sendiri, guru sekadar mendorong dan memberi tunjuk ajar sahaja. Bahkan pada tahun ini juga, banyak pihak bermurah hati meraikan hari guru seperti Bank Rakyat Sibu yang menghadiahkan kek Hari Guru kepada Warga Guru SMK R...

Judi, PM Tidak Mahu Bincang, Geramnya.

Image
Oleh isma daud Sedih, geram dan kecewa baca artikel ini. Itulah gambaran perasaanku terhadap isu judi bolasepak ini. Najib mungkin dikenang sebagai Bapa Judi Harakahdaily Abdul Aziz Mustafa KUALA LUMPUR, 20 Mei: Keengganan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memberi sebarang penjelasan mengenai judi bola sepak Piala Dunia 2010 mengesahkan lagi bahawa beliaulah ‘ kepala besar ’ kepada tindakan kerajaan melesenkan judi tersebut, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu ( gambar ). Najib enggan mengulas kecaman pelbagai pihak termasuk golongan agama terhadap tindakan kerajaan meluluskan lesen judi kepada Ascot Sports, yang dimiliki oleh jutawan Tan Sri Vincent Tan melalui Kumpulan Berjaya. “ Kita tidak akan membincangkannya, ” kata Najib kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah bangunan ibu pejabat sebuah akhbar harian yang menjadi penyebar fikiran Umno hari ini. Tindak-tanduk Najib itu boleh menyebabkan beliau dikenang sebagai Bapa Judi...

Masih Boleh Pak Cik !!!

Oleh isma daud Beberapa hari ini talian internet (celcom broadband) tidak berapa memuaskan, membuatkan saya rasa malas untuk mengemaskinikan blog ini. Biarpun berita kemenangan DAP sehingga berita kekecewaan BN dalam PRK Sibu tidak dapat saya menintakannya. Buka saja keluar kepala blog saja, ekornya entah ke mana? Apa pun tahniah kepada rakyat Sibu yang berani membuat perubahan. Keesokannya, sehari selepas kemenangan DAP ke atas BN, saya datang bersolat berjamaah di sebuah masjid. Selesai solat pak imam jemput saya sama menjamah sedikit jamuan disediakan di bahagian anjung masjid kayu, tetiba seorang penyokong kuat PBB macam kehilangan kawalan diri berteriak, "makan-makan!!! nanti kita tidak boleh makan lagi, nanti tak dapat solat lagi, masjid tidak bangun lagi... bla..bla..(dalam bahasa tempatan)". Entah apa lagi yang keluar dari mulutnya, sebab pak imam sudah mengajak saya berbual topik yang lain. Saya lihat saja gelagat pak cik ni, biarkan dia mencurah apa yang dia...

Perang Saraf BN Guna Isu Negara Islam

Image
Oleh isma daud Sumber berita lengkap: sila klik. Malaysiakini , Mei 11, 10 5:09pm. Papan iklan dipasang di bandar hari ini, dengan yang paling menojol sekali ialah gambar Mee Kampua (kanan) dengan tulisan " Satu Undi bagi DAP merupakan satu undi bagi sebuah negara Islam " cara yang halus untuk memberitahu pengundi, terutama masyarakat Foochow di sini bahawa mereka mungkin kehilangan hidangan mee tradisional terkenal itu jika pakatan pembangkang berkuasa. "Kampua merupakan hidangan popular Foochow yang mengandungi bahan babi. Memandangkan majoriti di sini adalah Foochow, kami berharap dengan berbuat demikian, ia boleh menghantar isyarat jelas kepada pengundi mengenai isu negara Islam," kata Ngieng. Baca lagi di : Malaysiakini Saya tertarik hati dengan isu ini, menjadikan saya rasa ingin bersama memerhati dan mengulas persoalan ini. Masyarakat dii Sibu ini khususnya dan Sarawak amnya selalu diberikan gambaran salah mengenai Negara Islam yang dibawa oleh PA...

Ayat - Ayat Judi ~ Di Antara Ayat Allah Dan Ayat Awang Adek

Image
Oleh isma daud Allah SWT berfirman; يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِنَّمَا ٱلۡخَمۡرُ وَٱلۡمَيۡسِرُ وَٱلۡأَنصَابُ وَٱلۡأَزۡلَـٰمُ رِجۡسٌ۬ مِّنۡ عَمَلِ ٱلشَّيۡطَـٰنِ فَٱجۡتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ  *   إِنَّمَا يُرِيدُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ أَن يُوقِعَ بَيۡنَكُمُ ٱلۡعَدَٲوَةَ وَٱلۡبَغۡضَآءَ فِى ٱلۡخَمۡرِ وَٱلۡمَيۡسِرِ وَيَصُدَّكُمۡ عَن ذِكۡرِ ٱللَّهِ وَعَنِ ٱلصَّلَوٰةِ‌ۖ فَهَلۡ أَنتُم مُّنتَہُونَ  maksudnya; “Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian diantara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingati Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu)”. (QS.Al-Maidah ( 5 ) :90-91) Dan bandingkan pula kalam Awa...

Gegaran Di Aceh Dirasai Di Beberapa Negeri Semenanjung Malaysia

Image
harian metro 2010/05/09 PULAU PINANG: Gempa bumi berskala 7.1 Richter berlaku di Utara Sumatera, Indonesia pada 1.59 petang tadi, menyebabkan gegaran dirasai di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.   Berdoa Untuk Keselamatan Bagaimanapun, di Malaysia tiada ancaman tsunami dilaporkan dan Jabatan Meteorologi sedang memantau keadaan. Sementara itu di Pulau Pinang, ribuan penduduk bangunan tinggi di sekitar George Town dan Bayan Lepas, keluar dari rumah masing-masing selepas mendapati rumah mereka bergoyang selama hampir dua minit. Seorang penghuni di rumah pangsa Nusantara di sini, Hanisah Othman, 40, berkata, beliau terasa pening selepas rumahnya bergoyang tetapi tidak melarikan diri kerana dikhuatiri terperangkap. Beliau yang tinggal di tingkat enam bangunan itu, berkata bagaimanapun ratusan penduduk lain melarikan diri dengan turun ke tingkat bawah. Jabatan Meteorologi melaporkan empat kawasan di Pulau Pinang merasai geg...

You Tube ~ Kempen PRK Sibu DAP

Image
Oleh isma daud

Sibu Menjadi Tumpuan Projek Pembangunan

Image
Oleh isma daud Sejak berita kematian mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew, Sibu dengan mendadak menjadi tempat tumpuan orang ramai dan menjadi lubuk rezeki kepada golongan tertentu. Dengan pantas, projek-projek tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Menteri-menteri datang ke sini silih berganti.  Pasar, masjid, surau, kedai kopi, restoran dan dewan orang ramai menjadi medan BN berpolitik. Sesetengah surau dan masjid, kuliah agama terpaksa dikorbankan demi memberi laluan kempen pilihanraya BN. Sementara di pihak yang melihat ini adalah peluang dan lubuk duit akan jatuh sedari awal lagi merancang dengan pelbagai kertas kerja dengan projek mega. "Saya Posman Terhebat" Menurut Datuk Ahmad Maslan semalam dalam majlis mengumuman sebuah Dewan SMK Agama Sibu, beliau yang menyifatkan dirinya sebagai "Posmen Terhebat" sehingga hari khamis telah membawa 72 kertas kerja projek Pilihanraya Sibu untuk diluluskan serta-merta oleh Perdana Menteri .  " Projek-projek ini a...

PRK Sibu : Pertandingan 3 Penjuru

Image
Oleh isma daud Pilihan raya kecil Parlimen Sibu pada Ahad depan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Robert Lau Hui Yew; calon DAP, Richard Wong Ho Leng; dan calon Bebas, Narawi Haron. Saya tertarik dengan (Abang) Narawi seorang yang sentiasa dekat dengan orang ramai, suka berceloteh dengan saya akan segala permasalahan umat Islam dan masyarakat Sibu, gigih sebagai usahawan kecil, berniaga kecil-kecilan bersama isteri dan anak-anaknya, merupakan calon bebas  dalam PRK Sibu, menjadi alternatif kepada pengundi melayu yang tidak mahu memberi undi kepada BN atau DAP.. Kagum saya dengan keberanian (Abang) Narawi kerana berani menyahut PRK Sibu. Lagi berita penamaan Calan hari ini di sini; 1  Berita Harian Online : Pertandingan tiga penjuru di Sibu 2. Malaysiakini : Pertandingan tiga penjuru di Sibu

Nota Terakhir Seorang Ayah

Image
Oleh isma daud catatan : Wajar kisah ini dibaca oleh mereka yang mahu menilai sejauh mana kemajuan dan kemewahan yang ada di bumi Malaysia ini benar-benar sampai dan dinikmati oleh setiap warganya. Hati saya tersentuh membaca kisah sedih sebuah kehidupan seorang lelaki yang bertarung dengan kemiskinan dan kekecewaan untuk terus hidup dicelah-celah kemewahan sang penguasa di negara tercinta ini yang akhirnya nekad menamatkan hidupnya dengan membunuh diri dengan sekeping nota, beberapa ringgit duit dan catatan sejumlah hutang, RM160. Apa patut difikirkan oleh mereka yang sedang melabur besar dengan janji harta dan pembangunan di Sibu sekarang ini menjelang PRK Sibu, 16 Mei nanti? ~ dua malam lepas, semasa hadir di sebuah surau saya dengar kisah menteri luluskan rm100K, menteri ni luluskan rm500K, sekolah ni dapat  rm1juta.... betul ke angka2 ni menjelang PRK Sibu 16 Mei nanti. dan banyak lg peruntukkan sedang dijanji dan diluluskan... ~ malam tadi saya dengar satu pihak m...

Hanya Berhenti Di Titik Ini, Hati Menjadi Tenang

Image
Oleh isma daud Tidak mudah melupakan sesuatu yang sukar dan pahit dalam hidup. Sejarah hitam yang menjelajari dalam bilah-bilah kehidupan silam selalu sahaja bertandang. Setiap yang datang itu menggamit memori yang kelam dan suram. Perasaan sedih, kecewa dan marah silih berganti menguasai diri. Dan setiap kali aku cuba menafikannya, setiap kali itu juga perasaan itu bagai kukuh bertahan. Astaghfirullahal 'adzim!!! Hidup ini memang sukar. Jarang sekali ia menyebelahi dan adil untuk kita. Apa yang kita harap tidak mudah menjadi kenyataan, apa yang dirancang lain pula ketentuanNya. Ya...siapalah kita bila berada di hadapan pemilik sebenar kepada segala ketetapan dan ketentuan. Dia memiliki segalanya. Hanya berhenti dititik ini saja, hati menjadi tenang dan mampu menerima kenyataan. Berada dititik ini barulah terbit rasa syukur dicelah kekecewaan, kesedihan dan kemarahan. Baru terasa akan hikmahnya akan setiap ketentuan yang berlaku biarpun bukan itu yang aku harapkan. Ya All...

Kenangan : Amalan Gotong Royong Dan Amal Jamaie Masih Subur Dalam Masyarakat Kampung Saya

Image
Oleh isma daud Amalan Gotong Royong Dan Amal Jamaie Masih Subur Dalam Masyarakat Kampung Saya. Sewaktu berada di kampung, saya sempat bersama-sama ahli qaryah melaksanakan amal jamaie. Pada pemerhatian saya budaya amal jamaie ini masih subur dalam masyarakat desa seperti amalan bergotong-royong jika ada kenduri-kendara. Amalan seperti ini sudah kian terhakis walaupun di desa kerana zaman sekarang ramai orang sudah ada sedikit kemampuan dan perasaan keakuan itu kian menebal. Ramai yang memilih jalan tidak perlu bersusah payah beramai-ramai sehingga habis satu kampung. Jika duit banyak, ramai yang memilih hotel, menempah catering tertentu. Lebih grand dan mudah. Asal duit ada saja. Namun amalan amal jamaie ini masih bertahan dan subur di kampung saya jika dibandingkan dengan suasana di bandar. Amalan bergotong royong dalam sesuatu perkara masih menjadi budaya setempat. Syukurlah. Peristiwa 1 : Kenduri Kahwin Bayangkanlah pada masa tu musim tengkujuh, hujan turun tidak berhe...

Rumah Oh Rumah

Image
Oleh isma daud Malam tadi emak dan ayah mertua telefon mereka memancing dekat rumah saya di kampung. Singgah sekali dekat rumah tu. Tetiba perasaan ini begitu teringat kampung halaman. Rasa tidak sabar pula untuk kembali ke kampung. Rumah pula masih ada beberapa hal yang perlu diuruskan. Sekarang ini tengah pasang grill  tambahan untuk keselamatan.   Catatan : Rumah sewaktu dalam proses akhir pembinaan. Sekarang sudah siap sepenuhnya. Bilalah agaknya kami ni pula dapat tinggal di rumah sendiri???? Bilakah suasana begini berulang kembali? Sekadar hujung tahun sajalah agaknya. Tahun ni belum tentu lagi kerana kena jaga periksa SPM pula. Entahlah??? Sekadar mengenang peristiwa berada di rumah ini hujung tahun 2009. Sehari sebelum datang semula ke Sibu.