Jika Benar Benarlah Ia...
Oleh isma daud Sejak tiga minggu; perasaanku, pemikiranku dibeban dengan tanggungjawab besar yang diamanahkan oleh majikanku. Dan saya telah melaksanakannya dengan hati yang penuh sedar dan tidak berbelah bagi.... segalanya saya curahkan berdasar ilmu dan kefahaman saya dengan bimbingan dan hidayah Allah SWT. Dalam doa saya; saya bermohon kepadaNya agar Allah SWT membuka jalanNya buat saya. Hari ini tugasan ini telah saya dan "pasukan saya" jayakannya... Alhamdulillah!!! Dalam pada itu; saya juga menjalani tekanan daripada pihak yang tidak mahu saya menyampaikan khutbah; namun masih ada pihak yang terus memberi jalan kepada saya untuk berkhutbah. Khutbah akan terus saya sampaikan sebagai wadah menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran. Tiada siapa yang dapat merubah pendirian saya. Suara yang tegas dan berani akan saya teruskan sehingga pihak-pihak yang berqiblatkan kepada benda ini kecewa dan putus asa. Esok (Jumaat/1 Mei 2009) saya berkhutbah lagi. Semalam pula satu cer...