Dilema guru
Oleh Ruhaiza Rusmin ruhaiza@hmetro.com.my USAHA memperkasakan sektor pendidikan ke peringkat global perlu dilaksanakan menerusi mekanisme sesuai bagi menjamin tahap kualiti sasaran mampu dicapai. Antaranya, meningkatkan mutu pendidikan, taraf kela yakan, prasarana asas, kualiti pendidik serta modul diguna pakai agar setara dengan piawaian ditetapkan. Namun, usaha ini lambat kerana terlalu banyak rungutan, polemik dan sikap guru yang tidak dedikasi atau bekerja semata-mata mahu mengelak menjadi penganggur terhor mat. Natijahnya, kredibiliti sektor pendidikan dipertikai dan dicemari unsur tidak telus menyebabkan segelintir ma syarakat hilang kepercayaan. Lebih memburukkan keadaan, pelajar juga semakin hilang hormat kepada guru manakala guru pula tidak mampu mengambil sebarang tindakan kerana terikat pelbagai per aturan. Senario ini memberi impak buruk kepada pendidik dan institusi pendidikan serta menggugat usaha memartabatkan profesionalisme ini ke peringkat tertinggi. Mengulasnya, kon...