Posts

Showing posts from January, 2008

'Untuk berjaya kita mesti berubah'

Memetik kalam daripada sahabat e-mel; "Perubahan" bereti meletakkan sesuatu yang baru di tempat yang lama. Tanpa perubahan, sesuatu akan kekal seperti sediakala buat selama-lamanya. Ini bermakna tanpa perubahan, yang "malas" terus dengan kemalasannya, yang "degil" terus dengan kedegilannya dan yang "cuai" terus dengan kecuaiannya. Hanya dengan merubah yang "malas" menjadi "rajin" dan "degil" bersedia untuk mendengar nasihat dan yang "cuai" menjadi lebih berhati-hati akan membuatkan seseorang itu berjaya. Salah satu perubahan yang perlu dilakukan ialah perubahan sikap. Selagi seseorang itu mengekalkan sikap yang lama, tindakannya juga akan sama seperti dulu. Kesimpulannya untuk berjaya kita mesti berubah. Orang yang pertama untuk membawa perubahan tersebut ialah diri sendiri. Seperti mana kita tidak boleh merubah sesiapa, maka orang lain juga tidak boleh merubah kita. ~*~...NaNiE. ..~*~ ...Dlm sribu mesti a...

Maal Hijrah 1429H: Menjana Ummah Gemilang

Image
PENGERTIAN HIJRAH MENINGGALKAN SESUATU, BERUBAH TEMPAT ATAU SIKAP . Hijrah Rasululah tidak berulang lagi , yang tinggal adalah niat untuk berhijrah dan jihad bagi menegakkan hijrah . Maka Hijrah Sikap sahaja yang kekal dan berterusan Sabda Rasulullah(saw): “Tiada lagi HIJRAH selepas berlakunya pembukaan Kota Mekah kecuali niat dan jihad” Maka berniatlah dan berjihadlah. Ubahlah Dalam 3 Perkara; AKAL = JAHIL - ALIM NAFSU = LIAR - TENANG IMAN = SYAK - YAKIN FIRMAN ALLAH, MAKSUDNYA: “ Sesungguhnya Allah SWT tidak mengubah keadaan sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah keadaan mereka sendiri. (Akan tetapi) jika Allah SWT mengkehendaki keburukan kepada mereka maka tiada sesiapa yang dapat menolaknya dan tiada sesiapa yang dapat menolongnya.” TEMA MAAL HIJRAH 1429H : MENJANA UMMAH GEMILANG UMMAH APA YANG KITA ADA??? Keruntuhan Aqidah, Moral, Gejala Sosial Remaja Tak Habis-habis….. Dadah, Arak, Seks dan Pergaulan Bebas....entah apa lagi...??? Penyebaran ajaran Black Metal, Gothic, Punk, bud...

Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun 1 Muharram

DOA AKHIR TAHUN(Dibaca selepas asar / sebelum maghrib) بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين وصلى الله على سيدنا ومولانا محمد وعلى أله وصحبه وسلم. اللهم ما عملت في هذه السنة مما نهيتني عنه فلم أتب منه ولم ترضه ولم تنسه وحلمت علي بعد قدرتك علي عقوبتي ودعوتني إلى التوبة منه بعد جرآتي على معصيتك فإني أستغفرك فاغفرلي وماعملت فيها مما ترضاه ووعدتني عليه الثواب فأسألك , اللهم يا كريم يا ذا الجلال والإكرام أن تتقبله مني ولا تقطع رجآئي منك يا كريم . . وصلى الله على سيدنا محمد وعلى أله وصحبه وسلم والحمد لله رب العالمين . MAKSUD DOA “Ya Allah! Apa yang aku lakukan pada tahun ini daripada pekerjaan yang Engkau tegah, yang aku tidak bertaubat daripadanya, tidak pula Engkau redhai, tidak juga Engkau lupa akan kesilapanku. Namun Engkau tidak murka terhadapku sedangkan Engkau berhak menyeksakan aku. Sebaliknya Engkau menyuruhku bertaubat padahal aku sungguh berani melakukan maksiat terhadapMu. Oleh itu aku mohon ampun daripadaMu; ampunkanlah aku! Dan daripada pekerjaanku ; Engkau redhak...

Lagi Emel Deny Den

Emel; 11/12/07 Terima kasih ustat atas penjelasan ustat. kenapa semasa sembahyang mesti mengarah ke kiblat? adakah ia arah dimana terletak nya MEKAH? apa kaitan adam dan hawa dengan Agama Islam. (manusia pertama di dunia)? adakah mereka MUSLIM? ustat mungkin soalan saya macam budak budak tapi saya keliru dengan soalan soalan macam ni dalam otak kepala saya. dan sya malu nak tanya kawan kawan i nanti kena buli. tai saya rasa jawapan bagi soalan saya ada seribu maksud. rgds deny Jawapan; Salam Sejahtera. Pertama, saya suka menyebut bahawa orang yang suka bertanya adalah yang sedang membuka sebuah gedung ilmu yang luas, teruskan budaya bertanya dan jangan malu bertanya. Orang yang suka merendahkan pertanyaan orang tanda kurang ilmu dan dangkal akalnya. Walaupun sesuatu yang kita fikir remeh tetapi ianya tidak remeh sebenarnya. Bagi orang yang tahu bertanya ada pula tujuannya agar orang yang lain turut sama mendapat ilmu. JADI DIA BERTANYA BUKAN UNTUK DIRINYA TETAPI UNTUK KEBAIKAN UMUM. Te...

Persoalan Emel Saudara Deny Den Dan Jawapannya

Emel 2/I2/07 I pernah datang ke rosli doby skali ustat.jumpa ustat dsana pas tu jumpa di satu kursus tapi saya tak ikut kursus tu just saya teknikal dalam kursus tu ustat... lama saya nak jumpa ustat sebab nak tanya serba sedikit tentang agama ISLAM. planning nak convert... apa perkara pertama ustat nak nasihatkan kepada saya berkaitan keputusan saya? adakahpatut atau tidak patut saya tinggalkan adat saya. sebab kata orang biar mati orang tapi jangan mati adat. Rgds; Deny, Sibu Jawapan; Selamat Sejahtera!!! Islam agama sejagat bersifat universal, sesuai diamalkan disetiap tempat dan masa. Islam berkembang melalui dakwah dan akhlak yang terpuji. (Jika ada umat Islam yang berakhlak buruk bukan kerana Islam tetapi kegagalan umatnya mengamalkan Islam di dalam hidupnya). Islam tidak menentang adab dan budaya tetapi ianya mesti menepati syarak dan ajaran Islam yang bersumberkan al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW. Islam tidak memaksa orang lain menganutnya tetapi kerelaan dan keikhlasan s...