Posts

Showing posts from April, 2012

MTQSS Bahagian Sibu Kali ke 38 Di SK Agama Sibu

Image
Oleh isma daud Pada 2-3 April lalu berlangsung Majlis Tadarrus Al-Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (MTQSS) Bahagian Sibu Kali Ke 38 bertempat di SK Agama (MIS) Sibu, Sarawak. Acara-acara yang dipertandingkan diperingkat Sekolah Menengah ialah Tilawah Al-Quran, Hafazan, Nasyid, Seni Khat dan Syarahan Agama manakala acara bagi Sekolah Rendah pula Tilawah Al-Quran, Hafazan, Nasyid dan Bercerita Kisah al-Quran. Banner MTQSS 2012 Peserta Tilawah Menengah sedang memperdengarkan bacaannya Acara Nasyid di Dewan Ijtimaiyah, SK Agama Sibu Sekolah Menengah Kebangsaan Rosli Dhoby turut mengambil bahagian dalam edisi kali ini tapi kurang bernasib baik. Hanya menjadi Naib Johan bagi pertandingan tulisan khat sahaja. Mahazdir Bin Ahmad dalam acara Hafazan Lelaki Menengah Siti Fatimah Binti Ibrahim dalam acara Hafazan Perempuan Menengah Sementara itu SMK Rosli Dhoby diberi tugasan sebagai JK Buletin bersama dengan SMK Methodist Sibu untuk menyebarkan mak...

Adab Terhadap Al-Quran ; Debu Selepas Dibakar Hendaklah Diurus Dengan Sempurna

Image
isma daud : " Saya tertarik dengan usaha yang dilakukan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) melupuskan kira-kira 200 kilogram (kg) abu al-Quran di perairan Terengganu demi menjaga kemuliaan al-Quran dan kesuciannya. Semoga ianya menjadi contoh kepada umat Islam dalam menjaga kehormatannya apabila al-Quran itu sudah lusuh, rosak dan tidak boleh dipakai lagi. Jangan buang Al-Quran ke merata tempat dan dibuang ke tempat pembuangan sampah. Jika tidak dapat dialirkan ke sungai atau laut, bolehlah ditanamkan ke dalam bumi. Asalkan matlamat menjaga kesucian dan kehormatannya tercapai. " SUMBER bERITA : SINAR HARIAN ONLINE 200kg abu al-Quran dilupus KUALA TERENGGANU – Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) melupuskan kira-kira 200 kilogram (kg) abu al-Quran di perairan Terengganu iaitu sejauh kira-kira sembilan batu nautika, di sini, semalam mengikut tertib demi menjaga kesucian wahyu ALLAH itu. Program Pelupusan al-Quran Lama dan Bahan-bahan Bercetak yang Men...

Kawan Itu Belum Tentu Sahabat!!!

isma daud : " Saya sedang sedih kerana kawan-kawan... rupanya banyak jenis kawan dalam dunia ini... semoga saya dikurniakan seorang sahabat yang setia dan baik hati." **** memetik kata-kata ini sekadar menggambarkan rasa hati, entah siapa pemilik kata2 indah ini, terima kasihlah... Kata mak, К∂ω∂Ν tu ibarat lebah, habis madu sepah dibuang... kata abah, К∂ω∂Ν tu umpama bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit.. kata atuk, К∂ω∂Ν tu seperti air, terus mengalir.. kata nenek, К∂ω∂Ν tu bak bulan, dipuja & disanjung tp nun jauh di sana.. kate sedare, К∂ω∂Ν tu mcm makanan, kawan makan kawan!! kata abang, К∂ω∂Ν tu seperti lembu, mengikut saje ape dikata.. kata kakak, К∂ω∂Ν tu tak ubah macam durian, bau je busuk tp sedap dimakan.. kata adik, К∂ω∂Ν tu macam biskut, sekejap ade sekejap ✗de.. kata aku, К∂ω∂Ν tu ✗ kisahlah camner.. walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK BULAN, SEPERTI LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT !...