Posts

Showing posts from November, 2011

Perubahan Golongan Artis Lebih Positif Daripada Ahli Politik???

Oleh isma daud Sekadar bermuhasabah diri. Daripada pemerhatian saya, ramai para artis yang membuat perubahan positif . Dulu artis sekarang pun mereka itu artis tapi penampilan mereka yang berubah. Kelainan mereka bukan pada bakat tetapi jiwa mereka berubah; pendekatan mereka berubah dan penampilan mereka juga berubah. Ada di antara mereka yang membuat perubahan positif. Dan saya mengharapkan mereka bina perubahan ini atas keikhlasan yang tinggi dan menjadi aset kepada dunia dakwah dalam bentuk yang berbeza. Menjadikan bidang seni dan kualiti diri untuk menegakkan agama Allah SWT. Hidayah Allah SWT kepada sesiapa saja yang Dia KehendakiNya. Beberapa artis yang pernah mengecapi zaman popular dan kegemilangan mereka sedikit masa dahulu kini lebih tenang dengan pelbagai aktiviti dakwah baik bergerak secara individu, mengikut jamaah tertentu dan ada yang bergiat dalam jamaah islamiah. Bukan hanya artis lelaki , malah artis wanita yang dulunya tidak mengenal batas aurat dan perg...

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Image
Oleh isma daud Sebelum saya melebarkan lagi perbincangan hal agihan daging korban marilah kita hayati sabda junjungan nabi kita Muhammad SAW sebagai renungan kita bersama. gambar sekadar hiasan sahaja Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidil Adha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi). Dapat difahami bahawa apa yang dituntut daripada ibadat korban ialah keredaan dan lapang dada kita untuk melakukan ibadat itu, bukan terpaksa, terikut-ikut atau untuk menunjuk-nunjuk. Apa yang akan sampai kepada Allah bukan daging, atau binatang korban tetapi ketakwaan yang mendorong kita melakukan ibadat korban. Allah berfirman yang ber...