Posts

Showing posts from October, 2011

Jika Darurat....

Image
Oleh isma daud Tuan T (bukan Islam dan bukan nama sebenar) bertanya dekat kantin sekolah, Jika tidak sensitif harap ustaz dapat bincangkannya.... sambil makan-makan ni , boleh tahu kalau orang Islam berlaku kepadanya keadaan tiada makanan kecuali binatang yang Islam haramkan memakannya seperti sembelihan orang bukan Islam dan binatang BAB(1), bolehkah orang Islam makan??? Maka saya jawabkannya dengan sekadarnya saja pada ketika itu disebabkan keterbatasan ilmu dan hafalan ayat-ayat Al-quran sebagai landasan hukum dan perkara yang dibincangkan di dalam dada saya.  Maka dalam ruangan ini saya bawakan firman Allah SWT bagi menjelaskan lagi persoalan ini. Semua binatang yang diharamkan ketika dalam keadaan biasa, adalah halal ketika dalam keadaan darurat. Maksud darurat itu insya Allah saya perincikan mengikut pandangan ulama. Firman Allah: "Allah telah menerangkan kepadamu apa-apa yang telah Dia haramkan atas kamu, kecuali kamu dalam keadaan terpaksa." ~ surah al-An...

Jangan Kahwin Dengan 6 Jenis Perempuan

Image
isma daud : masa bercinta semua indah, tiada cacat cela pada pasangan kita. bila sudah berkahwin baru terserlah kekurangan pasangan di sana sini. Maka menjadi tanggungjawab suami mendidik isterinya agar mereka seiringan berpimpin tangan ke syurga dengan redha Allah SWT. Jika tidak , kemurkaan Allah SWT bukan kepada isteri sahaja, bahkan suami terheret sama ke nerakaNya. Marilah kita berdoa agar memperolehi keluarga bahagia. "Dikahwini wanita itu dengan empat sifat ; hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya, pilihlah yang beragama nescaya kamu akan mendapat kebahagiaannya" ~ mafhum hadis. Bacalah sejenak ~ sekadar renungan buat kita bersama; Jika nak cari isteri, carilah isteri yang beragama dan berakhlak. Dan jangan berkahwin dengan 6 golongan wanita yang mempunyai sifat-sifat di bawah : 1. Al-Ananah Wanita yang banyak mengeluh. Contohnya, apa saja yang diberi, tidak pernah mencukupi. Bagi kereta tak cukup, rumah tak cukup dan barang kemas menimbun pun s...

Niat Yang Baik Usah Persiakan

Image
Oleh isma daud Seorang lelaki muda bangun di awal pagi utk solat subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudu' dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan lelaki itu jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudu', dan, berjalan menuju masjid. Dlm perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Dirumah, dia, sekali lagi berganti baju, berwudu' dan berjalan lagi menuju masjid. Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu. Dia menyapa lalu lelaki itu menjawab "Saya melihat kamu jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan kamu.' Lelaki muda mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid. Saat sampai di masjid, lelaki muda itu mengajak teman barunya yang membawa lampu untuk masuk bersolat subuh bersamanya. Lelaki tadi menolak...