Berhijrah Di 1431H atau Berhijrah pada 2010M?
Oleh isma daud Tidak sampai beberapa jam lagi tirai 2009M akan melabuhkan diri dan tangga-tangga detik masa membawa kita ke tahun baru 2010.M Ramai orang menantikan tahun baru dengan azam dan semangat baru dan tidak kurang pula sekadar mengingat kembali azam lama yang mahu diperhangatkan kembali. Kepada sesetengah orang kehadiran tahun baru masehi lebih teruja dan terasa di jiwa berbanding dengan kedatangan tahun baru hijrah. Tidak perlu hebahan dan kempen, orang secara sedar akan kehadirannya. Namun sebahagian orang bagai lupa akan detik tahun baru hijrah. Saya ada bertanya kepada beberapa orang muda belia yang saya temui, ternyata mereka teraba-raba dalam menentukan bulan hijrah. Tanpa sedarpun mereka sudah melewati garis kedatangan tahun baru 1431H. Biar apapun; kesedaran untuk menanam azam dan niat untuk berhijrah mesti ada. Jika kita berhijrah dengan menjadikan Iman dan Islam sebagai sandarannya, Allah dan rasul menjadi matlamatnya; sudah tentu hijrah kita akan diterima...