Sepanjang Jalan Di Sibu

@Facebook ~ "Tinta Dakwah Al Maranji"

~ Salam Persahabatan , Terima Kasih.

Tuesday, November 10, 2015

Manisnya Berjuang

Oleh isma daud

Manisnya berjuang bila kita rasa manisnya bersama Allah SWT. Orang ugut kita, orang cuba tutup rezeki kita, orang sekat peluang kita; kita terus jalan... Sbb Allah SWT sudah bantu hati kita untuk thabat dan teguh pendirian. 

Orang lihat kita susah dan sakit sedangkan Allah SWT telah hiaskan hati kita dengan iman. Allah gantikan kesempitan dengan kelapangan. Apa yang sebenarnya berlaku diluar jangkaan kerana kepahitan itu Allah SWT palitkan kepada hati yang kufur, fasiq lagi sukakan maksiat. 

Kemanisan yang Allah SWT beri kepada pejuang di jalan Allah SWT, halawahnya tidak dapat dikongsi-kongsi. Sedang ramai orang mencari halawah dan bahagia pada hati tetapi dia menghindari lorong dan laluan ini. Mereka yang meletakkan matlamat duniawi sukar memahami kenyataan ini sbb mereka hanya terpesona dengan perhiasan lahiriah saja.

Orang berjuang ada yang dikayakan Allah SWT tetapi kekayaannya tidak mengalpakannya, jika sebaliknya ia menjadi miskin papa; kemiskinannya tidak menjauhkannya daripada Allah SWT. Bahkan selalunya dia ada apa yang orang lain ada malah istimewanya dia menikmati kelazatan iman. Apa yang ada pada hatinya menjadikan segala apa yang dikurniakan Allah SWT dirasakan berkecukupan. Rasa cukup itu sudah menjadi seribu rahmat untuk jiwa merasa bahagia.

Allah SWT memperingatkan kita dalam firmanNya;
 { لقد خلقنا الإنسان في كبد }
Maksudnya; "Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dalam keadaan menempuh kesusahan dan kepayahan". (Surah Al-Balad/ayat 4)

Tanpa berjuang pun realitinya manusia itu sentiasa menempuh susah dan sukar. Maka apa yang menghalang kita untuk bersama menempuh jalan perjuangan kerana ada anugerah hebat kepada hati sedang menanti. Cuma diingatkan bahawa anugerah ini selalunya lambat sampai dan menempuh jalan derita yang panjang; cobaannya bukan sedikit, memberat dan membebankan jasadiah kekadang amat mengesan pada hati. Namun dihujungnya adalah bahagia yang menanti...


Orang yang duduk pun susah, orang yang berjuang sudah menjadi sunnahnya merasa susah...

No comments:

Related Posts with Thumbnails