Posts

Showing posts from 2015

Gambar-gambar Kenangan Bersama Muayyid Masjid Dan Surau di Sibu

Image
Oleh isma daud Terima Kasih!!! Kuliah Maghrib Tafsir Surah Al-Hujurat di Masjid An-Nur Bergambar kenangan bersama pengkuliah mingguan dan JK Masjid An-Nur, Sibu Bersama YB Dr Annuar Rapaee ADUN Nangka. Menyampai Tazkirah Perpisahan dengan ahli jamaah Surau Darul Firdaus, Sibu. Kenang-kenangan, akan sentiasa dalam ingatan Bersama ahli jamaah Surau Darul Firdaus, Sibu.

Manisnya Berjuang

Oleh isma daud Manisnya berjuang bila kita rasa manisnya bersama Allah SWT. Orang ugut kita, orang cuba tutup rezeki kita, orang sekat peluang kita; kita terus jalan... Sbb Allah SWT sudah bantu hati kita untuk thabat dan teguh pendirian.  Orang lihat kita susah dan sakit sedangkan Allah SWT telah hiaskan hati kita dengan iman. Allah gantikan kesempitan dengan kelapangan. Apa yang sebenarnya berlaku diluar jangkaan kerana kepahitan itu Allah SWT palitkan kepada hati yang kufur, fasiq lagi sukakan maksiat.  Kemanisan yang Allah SWT beri kepada pejuang di jalan Allah SWT, halawahnya tidak dapat dikongsi-kongsi. Sedang ramai orang mencari halawah dan bahagia pada hati tetapi dia menghindari lorong dan laluan ini. Mereka yang meletakkan matlamat duniawi sukar memahami kenyataan ini sbb mereka hanya terpesona dengan perhiasan lahiriah saja. Orang berjuang ada yang dikayakan Allah SWT tetapi kekayaannya tidak mengalpakannya, jika sebaliknya ia menjadi miskin papa; kemiskinannya ti

Suka Duka 16 Tahun di SMK Rosli Dhoby, Sibu

Oleh isma daud Salam perjuangan!!! Sejak kali pertama saya memijak kaki ke SMK Rosli Dhoby pada 19/01/2000; saya merasa bangga kerana saya dapat berkhidmat di sebuah sekolah yang namanya seorang pejuang Sarawak; Rosli Dhoby. Saya mengambil semangat dan ruh perjuangannya yang kental, berani menegak kebenaran, sanggup menerima risiko dan berpegang kepada prinsip. Atas semangat itu saya bekerja dalam pasukan dan sentiasa bersedia menghadapi cabaran. Bahkan saya bangga mendapat jolokan panggilan "Ustaz Rosli Dhoby". Biasanya ahli masyarakat lebih mengenali saya sebagai Ustaz Rosli Dhoby berbanding nama saya sendiri. Langkah pertama apabila saya sampai ke sekolah ini, saya mendekati semua lapisan insan yang bekerja di sini daripada peringkat pentadbir, rakan-rakan guru dan kakitangan sekolah. Saya bergaul mesra dengan mereka, mengutip mutiara ilmu, pengalaman dan kemahiran mereka. Pergaulan mesra ini mewujudkan bi-ah yang sihat dan muamalah yang harmonis sehingga memudahka