Masih Di SMK Rosli Dhoby, Sibu

Oleh isma daud
Hari ini adalah hari pertama memulakan hari persekolahan bagi penggal ke 2 bagi tahun 2012. Sepatutnya hari ini saya telah memulakan tugas saya di sekolah baru. Sekolah yang mana saya telah dipindahkan. Mengikut surat perpindahan yang telah saya terima, saya sepatutnya melapurkan diri pada 1 Jun yang lalu.

Saya memohon perpindahan biasa antara negeri ke Terengganu tapi keputusannya saya dipindahkan ke Johor. Ke Muar Johor. Bukan isu ke Muar atau mana-mana tempat tapi saya mohon ke Terengganu dan mahu balik ke Terengganu. Kalau tidak pindah pun saya senang berada di Sibu. Biarpun pada satu saat, saya bagaikan berputus asa dengan apa yang berlaku kepada saya dengan sikap sebilangan kecil masyarakat Islam di sini. Namun dalam tempoh perkhidmatan saya di sekolah ini, saya sangat berbangga dan gembira di sini.

Apapun hari ini saya mendapat kata-kata semangat daripada rakan-rakan sekerja dan saya mengharapkan mereka ikhlas dalam kata bicara mereka. Mungkin dalam situasi saya diperlakukan macam tin kosong yang boleh ditendang sesuka hati, saya sangat memerlukan sahabat yang ikhlas dan jujur. Hanya keihlasan akan merawat sedikit kelukaan dan kedukaan dalam jiwa.

Kata-kata semangat daripada teman-teman sekerja tanpa mengenal batas bangsa dan agama memberi sedikit keyakinan kepada saya yang bagaikan burung yang patah sayapnya. Semoga Allah SWT memberkati kalian semua...




Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?