Sepanjang Jalan Di Sibu

@Facebook ~ "Tinta Dakwah Al Maranji"

~ Salam Persahabatan , Terima Kasih.

Saturday, April 14, 2012

MTQSS Bahagian Sibu Kali ke 38 Di SK Agama Sibu

Oleh isma daud

Pada 2-3 April lalu berlangsung Majlis Tadarrus Al-Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (MTQSS) Bahagian Sibu Kali Ke 38 bertempat di SK Agama (MIS) Sibu, Sarawak. Acara-acara yang dipertandingkan diperingkat Sekolah Menengah ialah Tilawah Al-Quran, Hafazan, Nasyid, Seni Khat dan Syarahan Agama manakala acara bagi Sekolah Rendah pula Tilawah Al-Quran, Hafazan, Nasyid dan Bercerita Kisah al-Quran.

Banner MTQSS 2012

Peserta Tilawah Menengah sedang memperdengarkan bacaannya

Acara Nasyid di Dewan Ijtimaiyah, SK Agama Sibu

Sekolah Menengah Kebangsaan Rosli Dhoby turut mengambil bahagian dalam edisi kali ini tapi kurang bernasib baik. Hanya menjadi Naib Johan bagi pertandingan tulisan khat sahaja.

Mahazdir Bin Ahmad dalam acara Hafazan Lelaki Menengah

Siti Fatimah Binti Ibrahim dalam acara Hafazan Perempuan Menengah

Sementara itu SMK Rosli Dhoby diberi tugasan sebagai JK Buletin bersama dengan SMK Methodist Sibu untuk menyebarkan maklumat semasa sepanjang berlangsungnya MTQ kali ini.

Gabungan tenaga dari dua buah sekolah untuk siaran buletin kali ini.

Inilah hasil usaha JK Buletin untuk edisi kali ini. Disediakan dalam empat muka surat memberi gambaran menyeluruh perjalanan MTQ bermula daripada Penggubalan Teks Syarahan dan Bercerita, Muzakarah Hakim dan Laporan Lokasi Pertandingan.

Buletin Muka Depan
Siaran Muka Surat 2
Siaran Buletin M/S3; Muzakarah Hakim pada 29 Mac 2012
Buletin Muka Surat 4

Saya mengucapkan terima kasih kepada SK Agama Sibu yang telah memberikan segala kemudahan dan keselesaan kepada JK Buletin sehingga kami dapat menjalankan tugasan kami dengan sempurna.

Menerima piala kemenangan bagi acara Seni Khat (Naib Johan) daripada Tim Pelajaran PPD Sibu.

Sekalung penghargaan kepada semua yang terlibat dalam MTQ kali ini secara langsung atau tidak langsung. Tahniah kepada yang berjaya dan yang kurang berjaya usah putus asa. Tahun depan cuba lagi. Terima kasih.



Friday, April 06, 2012

Adab Terhadap Al-Quran ; Debu Selepas Dibakar Hendaklah Diurus Dengan Sempurna

isma daud : "Saya tertarik dengan usaha yang dilakukan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) melupuskan kira-kira 200 kilogram (kg) abu al-Quran di perairan Terengganu demi menjaga kemuliaan al-Quran dan kesuciannya. Semoga ianya menjadi contoh kepada umat Islam dalam menjaga kehormatannya apabila al-Quran itu sudah lusuh, rosak dan tidak boleh dipakai lagi. Jangan buang Al-Quran ke merata tempat dan dibuang ke tempat pembuangan sampah. Jika tidak dapat dialirkan ke sungai atau laut, bolehlah ditanamkan ke dalam bumi. Asalkan matlamat menjaga kesucian dan kehormatannya tercapai."

SUMBER bERITA : SINAR HARIAN ONLINE
200kg abu al-Quran dilupus

KUALA TERENGGANU – Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) melupuskan kira-kira 200 kilogram (kg) abu al-Quran di perairan Terengganu iaitu sejauh kira-kira sembilan batu nautika, di sini, semalam mengikut tertib demi menjaga kesucian wahyu ALLAH itu.

Program Pelupusan al-Quran Lama dan Bahan-bahan Bercetak yang Mengandungi Teks al-Quran anjuran Bahagian Penyelidikan JHEAT itu diketuai Ketua Penolong Pesuruhjaya (Penyelidikan) JHEAT, Mohd Noor Mohamad dan turut disempurnakan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, Muhammad Ramli Nuh.

Muhammad Ramli berkata, projek tersebut telah bermula November 2011 melibatkan kerja-kerja awal pelupusan termasuk daripada proses pengasingan, merincih serta pembakaran yang dilaksanakan secara manual oleh kakitangan JHEAT, Bahagian Penyelidikan secara separuh masa.

“Projek ini dilaksanakan bagi menjaga kesucian al-Quran daripada dicemari dan diletakkan pada tempat yang tidak sepatutnya. Proses perlaksanaannya dilakukan pihak JHEAT mengikut garis panduan fatwa oleh Jabatan Mufti Negeri Terengganu.

“Jangka masa yang agak lama diperlukan kerana proses pelupusan dilakukan secara manual dan terlebih dahulu harus dipastikan helaian al-Quran diceraikan satu persatu daripada kulitnya sebelum dirincih,” katanya.

Menurutnya, proses pembakaran pula dilakukan dalam relau yang direka khas diperbuat daripada tong dram dan perlu dikawal apinya dari masa ke masa bagi mengelakkan ketidaksempurnaan hasil pembakaran.

“Setelah betul-betul yakin helaian tersebut hangus dan menjadi abu, barulah ia dikumpulkan lalu dimasukkan ke dalam karung plastik yang setiap satu mengandungi dua lapisan plastik. Pada hari ini (semalam), melibatkan sebanyak 33 beg plastik yang mengandungi lebih 200 kg abu al-Quran,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Pelupusan al-Quran Lama dan Bahan-bahan Bercetak yang Mengandungi Teks al-Quran, di sini, semalam yang turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Laut Malaysia, Wilayah Timur.

Muhammad Ramli berkata, selain dihantar oleh individu yang dikumpul khususnya di masjid-masjid, abu al-Quran dan bahan-bahan berkaitan ‘dilepaskan’ itu juga adalah daripada Syarikat Percetakan Yayasan Islam Terengganu.

Menurutnya, dalam perkembangan berkaitan, JHEAT diminta menyediakan kertas kerja kepada Kerajaan Negeri atau Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu supaya pihak-pihak terlibat dapat menyediakan sebuah mesin pembakar khas (incenerator) sebagaimana dilaksanakan oleh Percetakan Saufi di Cheras.

“Sekiranya cadangan mengadakan ‘incenerator’ ini menjadi kenyataan, diharapkan JHEAT akan menggandakan usaha untuk mengumpulkan al-Quran lama yang rosak bagi tujuan dilupuskan apatah lagi diyakini pasti banyak al-Quran lama masih tersimpan di rumah ataupun masjid.

“Masyarakat harus mempunyai tanggungjawab untuk sama-sama menjaga kesucian al-Quran ini. Malah, ada kedai-kedai fotostat membuang kertas-kertas yang mengandungi ayat-ayat al-Quran secara mudah dan tidak diuruskan dengan sewajarnya,” katanya.



Thursday, April 05, 2012

Kawan Itu Belum Tentu Sahabat!!!

isma daud : "Saya sedang sedih kerana kawan-kawan... rupanya banyak jenis kawan dalam dunia ini... semoga saya dikurniakan seorang sahabat yang setia dan baik hati."

**** memetik kata-kata ini sekadar menggambarkan rasa hati, entah siapa pemilik kata2 indah ini, terima kasihlah...


Kata mak,
К∂ω∂Ν tu ibarat lebah,
habis madu sepah dibuang...
kata abah,
К∂ω∂Ν tu umpama bunga ros,
dipandang cantik dipegang sakit..
kata atuk,
К∂ω∂Ν tu seperti air,
terus mengalir..
kata nenek,
К∂ω∂Ν tu bak bulan,
dipuja & disanjung tp nun jauh di sana..
kate sedare,
К∂ω∂Ν tu mcm makanan,
kawan makan kawan!!
kata abang,
К∂ω∂Ν tu seperti lembu,
mengikut saje ape dikata..
kata kakak,
К∂ω∂Ν tu tak ubah macam durian, bau je busuk tp sedap dimakan..
kata adik,
К∂ω∂Ν tu macam biskut,
sekejap ade sekejap ✗de..
kata aku,
К∂ω∂Ν tu ✗ kisahlah camner.. walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK BULAN, SEPERTI LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT !!!
Dia tetap К∂ω∂Ν..
tau ✗ sebab ape???
Sekali aku dah К∂ω∂Ν ngan dia selamanye dia ttp К∂ω∂Ν aku..
itu cara aku berК∂ω∂Ν..!!
Walaupun kita mempunyai kekasih, tapi teman tetap paling setia. Walaupun kita punyai harta yg byk,
К∂ω∂Ν tetap paling berharga.


Related Posts with Thumbnails