Sepanjang Jalan Di Sibu

@Facebook ~ "Tinta Dakwah Al Maranji"

~ Salam Persahabatan , Terima Kasih.

Tuesday, February 07, 2012

Tahniah Warga Muslim SMK Rosli Dhoby ; Kembali Juara Kategori Sepanduk

Oleh isma daud

Sekalung Penghargaan Dan Tahniah Kepada Semua Warga SMK Rosli Dhoby khususnya yang terlibat secara langsung dengan perarakan dan sepanduk sempena Maulidur Rasul 1433H/2012 di Dataran Sibu pada 5 Februari 2012, dua hari lepas. Tema sambutan tahun ini; "PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH".


Tahniah, rangkul 2 piala; JOHAN Kategori Sek Men & Johan keseluruhan beserta wang tunai.


Disiplin, Persefahaman Dan Fokos ; rahsia kejayaan SMK Rosli Dhoby...harap ini permulaan yang baik bg warga kita pada tahun ini.



Sekadar renungan dan tazkirah;

Apapun; untuk ingat Rasulullah tak perlu masa dan ketika..tidak ada perintah, nas dan seruan untuk sambut Maulidur Rasul ini, kalau setakat berarak , makan-makan; Abu Lahab yang dilaknat Allah SWT dalam surah AlMasad terlebih dulu lebih dulu rai kelahiran nabi sehingga menyembelih 100 ekor unta dan memerdekakan hambanya yang bernama Thuwaibah, juga ibu susuan Nabi saw.

Kepada orang beriman, ingatan kepada nabi saw sepanjang masa, bukan disambut hanya pada satu hari dan haari-hari tertentu sahaja. Sudah tentu suri teladan yang ada pada tubuh badan Rasulullah saw mesti menjadi ikutan. Barulah sambutan Maulidur Rasul ini bermakna dan mengesan di hati umat Islam. Oleh itu mereka mesti ikut sunnah, akhlak dan perjuangan baginda saw.

Buat sepanduk dan perarakkan ini sekadar hiasan saja. Satu daripada banyak aktiviti yang dianjurkan bagi memperingati sirah Rasulullah saw...tanda keceriaan dan kegembiraan serta cinta kepada baginda saw. Ia adalah wasilah kepada orang awam bagi kenal nabi. Orang sekarang nak ajak pergi ceramah susah nak datang, kalau ada hiburan sikit cepatlah semua... Jadi itu uslub kita nak beritahu tentang nabi kita Muhammad saw. Sementelah lagi dalam suasana umat Islam adalah golongan minoriti ditengah-tengah masyarakat ramai bukan Islam seperti di Sarawak ini; sambutan Maulidur Rasul ini boleh buka mata mereka untuk kenal Nabi...mereka tahu serba sedikit tentang Maulidur Rasul...Wallahu A'lam.


2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum ustaz...saya sentiasa mengikut perkembangan bicara ustaz.Banyak idea dan informasi terkini yang boleh saya dapat daripada blog ustaz.Semalam saya telah mengikut ceramah ustaz di Surau Darul Jannah Kampung Datu Baru.Saya nampak ustaz seolah-olah emosi dengan mengeluarkan kenyataan dipenjara oleh pihak JAIS selama 3 tahun dan kebanyakkan warga di surau tersebut telah bercerita mengenai perkara ini.Saya harap ustaz lebih berhemah dalam menggunakan peluang yang diberikan untuk sama-sama menyebarkan ilmu pengetahuan bukannya dengan melepaskan emosi seperti semalam.Saya rasa dengan pengurusan dan pentadbiran yang baru di pihak JAIS sudah dan akan membuka serta bekerjasama dengan pihak-pihak ustaz-ustaz @ ustazah di sekolah untuk membangunkan usaha dakwah di Bahagian Sibu.Janganlah diungkit kisah yang lalu dan lebih baik bermaafaan kerana masing-masing ada tugas yang perlu dilaksanakan.Kalau difikirkan perkara yang lepas sampai bila umat Islam di MAlaysia ini akan maju?cuba ustaz fikirkan.Janganlah kerana ilmu yang kita perolehi membuatkan kita rasa kecil hati dan melepaskannya sehingga menyinggung perasaan org lain.Saya rasa semua staf di JAIS melakukan tugas mengikut kepada undang-undang yang telah ditetap bukannya dengan sengaja menghalang org untuk tidak berceramah.Mereka juga ada periuk nasi yang perlu dijaga.Serupalah kita ini yang bekerja sebagai guru.Apa perasaan ustaz apabila periuk nasi ustaz diganggu?Jadi sama2lah kita membantu pihak berkuasa untuk menjalankan aktiviti dan menyebarkan dakwah islamiah di Sibu.Kurangkan bercakap mengikut kepada nafsu marah.Banyakkan bicara mengenai ilmu.Insya Allah itulah yang terbaik kepada masyarakat kita.

isma daud said...

Wa'alaikumussalm... walaupun saya tidak tau siapa tuan/puan; saya menjawab salam tuan/puan. Lagi pun yang hadir semalam ada muslimin, ada muslimah. Nasihat yang baik saya terima dengan senang hati. Saya mengungkit agar kita ambil iktibar daripada apa yang berlaku, kalau saya berdendam saya tidak datang semalam. Orang terima secara positif atau negatif itu diluar kemampuan saya. Lagipun bukan seluruh ucapan saya itu bercerita perihal diri saya, sekadar singgung saja. Dalam satu jam ceramah saya rasanya banyak yang baik. Kalau orang lebih suka ingat yang buruk, itulah wajah masyarakat kita. Apapun terima kasih atas pandangan dan komentar yang berguna. Sekurang2nya saya tahu apa respond masyarakat kepada saya. Wassalam.

Related Posts with Thumbnails