Sepanjang Jalan Di Sibu

@Facebook ~ "Tinta Dakwah Al Maranji"

~ Salam Persahabatan , Terima Kasih.

Saturday, February 18, 2012

Kerja-Kerja Simbolik , Maksudnya Berbagai

Oleh isma daud

Banyak cara seseorang menyampaikan maksud dan tujuannya. Ada orang menyampaikan maksudnya secara langsung dan ada yang kreatif menyampaikannya dengan simbol dan berlapik serta berkias. Dengan kata-kata bahkan kehadiran seseorang disesuatu tempat juga boleh dianggap simbolik. Ada orang membuat gimik dan sesuatu itu disampaikan secara simbolik. Biasanya interksi simbolik ini memberi makna tersendiri tapi lebih banyak dalam menegur perihal yang buruk dan negatif.

Perkataan SIMBOLIK ini diambil daripada bahasa Latin “Symbolic(us)” dan bahasa Yunani “symbolicos” yang memberi maksud melambangkan sesuatu. Sesuatu perlambangan yang mendatang maksud pelbagai. Dengan satu simbol, kita dapat mengutarakan perasaan, fikiran, maksud sesuatu.

Jadi interksi seseorang dan niat hatinya akan menyampai dan mentafsirkan sesuatu yang tidak jelas dan bersifat simbolik itu. Sementara orang yang menerima pula akan membuat pentafsiran dan andaian mereka sendiri hasil pemerhatian, persekitaran, anutan dan kepercayaan, tahap keilmuan serta cara berfikir dan pengalaman hidupnya.

Seseorang akan mudah peka dan sensitif jika sesuatu itu disampaikan secara simbolik. Hasilnya bergantung bagaimana seseorang itu berfikir dan menanggapinya. Sesuatu perkara yang dilontar secara simbolik akan menatijahkan berbagai reaksi orang terhadapnya baik positif maupun negatif. Sesuatu yang positif boleh jadi positif dan boleh jadi negatif begitulah sebaliknya.

Terbaru Ahmad Maslan yang marahkan "Buku Jingga" telah "membangkulsampahkan" buku tersebut yang mengandungi cadangan "100 Hari Pakatan Rakyat" jika memerintah Malaysia. Ahmad Maslan membuang buku jingga itu ke dalam tong sampah dalam satu majlis sebagai simbolik. Beliau menganggap buku jingga itu sebagai karut yang boleh merosakkan minda masyarakat Malaysia.


Maka timbullah berbagai reaksi daripada tindakannya ini. Reaksi marah berbalas marah dan ada yang menyokongnya. Daripada pautan FB dan siaran media dapat kita baca berbagai respon orang ramai terhadap tingkahlaku Ahmad Maslan ini. Bagi Ahmad Maslan dia rasa seronok; sifat marah, benci dan tidak sukanya telah disampaikan dan orang ramai telah memberi reaksinya.

Ramai juga orang yang memberi respon bahawa Ahmad Maslan akan "masuk bangkul sampah" juga suatu hari nanti... Hukum Karma.



Dulu pernah Dr Khir Toyo menghadiahkan penyapu kepada PBT Hulu selangor, sehingga kini beliau disebut-sebut sebagai Khir Penyapu. Simboliknya Dr Khir Toyo mahu sapu sifat orang yang tidak cekap bekerja. Tapi lihat bagaimana orang lain dapat memahaminya. Akhirnya Dr Khir Toyo telah tersapu dan tersipu.

Sekarang; hasil kerja simbolik ini mampukah memberi makna positif kepada seramai orang? Jika ramai yang dapat menerimanya maka Ahmad Maslan akan selamat daripada dibangkulsampahkan. Jika sebaliknya; ramai orang menilai ianya secara negatif, bagaimana hasilnya nanti??? Orang politik nasibnya ada ditangannya sewaktu berkuasa. Tapi ingat ketika kuasa itu diserah kepada orang ramai, di situ dia dapat menilai sikap dan tindakan simbolik yang boleh mereka sampaikan.

Semoga ada iktibar dan pengajaran daripada tindakan dan interaksi simbolik mereka ini. Wassalam.



No comments:

Related Posts with Thumbnails