Posts

Showing posts from 2012

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?

Oleh isma daud Malam ini malam Raya Adha atau Raya Korban. Maka timbullah persoalan bila mahu mulakan takbir raya? Bila ditanya, ada yang mengatakan mulanya selepas jatuh matahari atau malam raya. Kebanyakannya jawab begitulah.   SEKADAR PENCERAHAN; Bagi Raya Adha kaum muslimin dan muslimat disunatkan bertakbir. Kaum muslimin bolehlah meninggikan suara bagi menghidupkan syiar agama sementara muslimat pula cukuplah dengan suara yang perlahan. Bermulanya takbit Raya Adha ini dari pagi hari Arafah atau 9 Zulhijah dan berterusan pada hari-hari Tasyriq, iaitu hari 10, 11, 12 dan 13 Zulhijah. Ianya berakhir selepas Asar hari ke 13 Zulhijjah. Ini bersesuaian dengan satu hadis yang diriwayatkan dari ‘Ali dan ‘Ammar r.a. yang menceritakan; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. bertakbir bermula dari hari ‘Arafah (selepas) solat subuh dan memutuskannya (yakni berhenti bertakbir) selepas solat asar hari terakhir Tasyriq”. (Riwayat Imam al-Hakim. Menurut Imam al-Hakim; hadis ini sanadnya sohe

Ucapan Salam Aidil Fitri Buat Semua

Image
Oleh isma daud Buat kali ke 8 kami sekeluarga beraya di Sibu , Sarawak. Dalam kesempatan ini saya & keluarga saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Lebaran. Selamat Hari Raya 1433H , Maaf Zahir Dan Batin kepada semua warga SMK Rosli Dhoby khususnya Guru-Guru Muslim, JK PIBG, Pelajar-pelajar Muslim yang tekun berpuasa dan semua yang meraikannya. Kepada semua pengunjung Muslim blog ini. Salam Aidil Fitri juga buat anda semua.  Salah dan silap maaf diminta ,  Semoga diampun segala dosa,  Menjadi insan baru suci hati bersih jiwa, Dari kejauhan Ku ucapkan Selamat Hari Raya. Kullu 'Aamin Wa Antum Bi Khair. Taqabbalallahu To'atakum, Minna WaminKum Taqabbal Ya Kariim!!!. Ramadhan Pergi Hati Sedih, Semoga Berkat dan Rahmat Dapat Diraih.

Masih Di SMK Rosli Dhoby, Sibu

Oleh isma daud Hari ini adalah hari pertama memulakan hari persekolahan bagi penggal ke 2 bagi tahun 2012. Sepatutnya hari ini saya telah memulakan tugas saya di sekolah baru. Sekolah yang mana saya telah dipindahkan. Mengikut surat perpindahan yang telah saya terima, saya sepatutnya melapurkan diri pada 1 Jun yang lalu. Saya memohon perpindahan biasa antara negeri ke Terengganu tapi keputusannya saya dipindahkan ke Johor. Ke Muar Johor. Bukan isu ke Muar atau mana-mana tempat tapi saya mohon ke Terengganu dan mahu balik ke Terengganu. Kalau tidak pindah pun saya senang berada di Sibu. Biarpun pada satu saat, saya bagaikan berputus asa dengan apa yang berlaku kepada saya dengan sikap sebilangan kecil masyarakat Islam di sini. Namun dalam tempoh perkhidmatan saya di sekolah ini, saya sangat berbangga dan gembira di sini. Apapun hari ini saya mendapat kata-kata semangat daripada rakan-rakan sekerja dan saya mengharapkan mereka ikhlas dalam kata bicara mereka. Mungkin dalam situasi

Konsep "Wa raSa Tak Kisah" Berbanding Konsep Wasatiyyah

Image
Oleh isma daud Kenyataan Datuk Seri Najib mengenai Konsep Wasatiyyah; Kerajaan akan memperjuangkan konsep Wasatiyyah atau kesederhanaan sebagai pendekatan yang boleh membawa kepada keamanan sejagat dan bukan sahaja untuk membina negara bangsa yang harmoni dan bersatu padu. Malah pengenalan konsep itu di negara ini menjadikan Malaysia sebagai antara negara yang layak untuk memperkenalkannya kepada masyarakat dunia. Kerajaan memperkenalkan konsep Wasatiyyah selaras dengan wawasan kepimpinan negara yang mahu mewujudkan keseimbangan dalam membina perpaduan masyarakat berbilang bangsa, agama dan resam budaya. Konsep itu adalah pendekatan yang tidak bersifat keterlaluan atau melampau tetapi tidak pula terlalu longgar atau terlalu mengambil ringan dalam sesuatu perkara. "Ia bukan bermakna melakukan sesuatu yang kurang daripada ajaran Islam," Konsep itu merupakan satu pendekatan yang dilaksanakan secara berterusan dalam dasar-dasar kerajaan sedia ada dan kehidupan seha

Cikgu Mat Bin Tani ; Sahabat, Guru Dan Rakan Sejawat

Image
Oleh isma daud Maaf Cikgu Mat, saya menulis perihal cikgu dalam catatan Blog Ustaz Rosli Dhoby kali ini. Setahun lepas bila cikgu Mat beritahu saya bahawa cikgu Mat mahu berpindah ke Kabong; saya cukup sedih , cukup terkesan sehinggalah cikgu Mat menintakan dalam mesej bahawa cikgu Mat gagal berpindah. Dalam pada itu anak dan isteri pula dapat berpindah awal tahun ini. Kenangan bersama dengan Cikgu Mat Bin Tani; "Maulidur Rasul 2008". Luka hati saya terubat kerana masih ada rakan dalam meneruskan banyak kerja yang telah kita rancangkan bersama. Selepas itu bila Saudara Shahbandi Bin Han mendapat berita berpindah ke tempat baru, sekali lagi hati saya diduga. Sedih sangat. Sejak itu saya rasa nawaitu saya mahu berpindah perlu diperkukuhkan. Perasaan ingin bersama ibu saya benar-benar menguji hati dan perasaan saya. Saya kuatkan semangat dan saya isi juga borang pindah secara online. Hari ini saya benar-benar rasa kehilangan seorang sahabat, guru dan rakan sejawat. B

Hari Guru Terakhir Di SMK Rosli Dhoby

Image
Oleh isma daud 25 Mei dijadikan sebagai Hari Guru SMK Rosli Dhoby. Hari ini Hari Guru terakhir saya di sini. Hari yang amat sedih buat saya. Saya tidak pernah membayangkan hari ini menjadi milik saya. Walaupun tiada majlis untuk saya berucap memberi sepatah dua dan memohon maaf kepada semua, saya tetap diraikan oleh warga sekolah. wajah-wajah yang tak mungkin saya lupakan Dalam majlis ringkas di hujung persembahan pelajar saya telah dihadiahkan dengan "Pasu Sarawak" sebagai tanda kenangan-kenangan. Sayangnya saya tiada kamera untuk merakamkan detik itu. Terima Kasih!!! Paling teruja sekali hari ini semua memakai warna hijau. Tema Pakaian tahun ini ialah HIJAU. Warna kegemaran dan kesukaan saya. Turut sama diraikan ialah Cikgu Norlaili dan Ustazah Saadah Nor yang sama-sama dapat berpindah ke negeri masing-masing. Melalui jamuan kelas ke kelas, saya mengambil peluang untuk menyampaikan pesanan dan ucapan kepada pelajar agar mereka terus bersemangat, cekal hati dan

Selamat Hari Guru , "Terima Kasih Cikgu!!!"

Oleh isma daud 16 Mei diisytiharkan sebagai Hari Guru. Hari keramat buat semua guru, semua cikgu. Siapa Guru Dan Siapa CIKGU? Siapa sahaja yang mencurahkan keringat bakti walau sebaris ayat memberi tunjuk ajar, dia layak digelar guru. Baik dia seorang guru di tadika, di sekolah, di sebuah akademi, di kolej, di pusat pengajian tinggi maupun di padang bola, di kolam renang, di litar lumba, di ladang kuda .... di mana sahaja; dia adalah GURU . Ibubapa kita juga adalah guru kita, dialah guru pertama yang mengajar kita. Dialah yang mengalunkan azan dan iqamah ditelinga kita sejak lahir. Pandainya anak bertutur-kata, merangkak, belajar duduk dan berdiri, setiap kali jatuh dipimpin agar kita mampu bangun, mengajar kita berjalan sehingga mampu berlari; ibubapa kita yang membimbing, merangsang dan membantu kita dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Begitu umumnya watak seorang guru. Tapi yang kita maksudkan di sini ialah " Seorang Cikgu ". Untuk mendapat gelaran cikgu s

Khutbah Jumaat Sempena Hari Guru 2012

Oleh isma daud Setiap tahun apabila munculnya hari guru, satu aktiviti yang tidak dilupakan ialah Khutbah Jumaat Sempena Hari Guru. Khutbah Jumaat ini mengikut arahan Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah dibaca serentak seluruh negara pada 11 Mei 2012 yang lalu di Surau dan Masjid sekolah yang mendirikan solat jumaat. Alhamdulillah arahan ini telah dapat dilaksanakan di Masjid An-Nadwah, SMK Rosli Dhoby pada hari tersebut. Khatib yang bertugas pada hari tersebut ialah Ustaz Mohd Nazri Bin Ismail dari SMK Agama Sibu. Khutbah Jumaat penuh sempena Hari Guru 2012 tersebut boleh di muat turun melalui pautan di bawah; TEKS KHUTBAH JUMAAT SEMPENA HARI GURU 2012 Tajuk Khutbah Jumaat mengambil tema Hari Guru 2012: " Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara " Berikut isi khutbah tersebut; Wahai hamba-hamba Allah ! Bertakwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru dir

KENYATAAN YANG PAHIT

isma daud : Catatan ini sekadar untuk renungan Umat Islam. Terima kasih kepada tuan punya artikel ini. Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!" Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat

MTQSS Bahagian Sibu Kali ke 38 Di SK Agama Sibu

Image
Oleh isma daud Pada 2-3 April lalu berlangsung Majlis Tadarrus Al-Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (MTQSS) Bahagian Sibu Kali Ke 38 bertempat di SK Agama (MIS) Sibu, Sarawak. Acara-acara yang dipertandingkan diperingkat Sekolah Menengah ialah Tilawah Al-Quran, Hafazan, Nasyid, Seni Khat dan Syarahan Agama manakala acara bagi Sekolah Rendah pula Tilawah Al-Quran, Hafazan, Nasyid dan Bercerita Kisah al-Quran. Banner MTQSS 2012 Peserta Tilawah Menengah sedang memperdengarkan bacaannya Acara Nasyid di Dewan Ijtimaiyah, SK Agama Sibu Sekolah Menengah Kebangsaan Rosli Dhoby turut mengambil bahagian dalam edisi kali ini tapi kurang bernasib baik. Hanya menjadi Naib Johan bagi pertandingan tulisan khat sahaja. Mahazdir Bin Ahmad dalam acara Hafazan Lelaki Menengah Siti Fatimah Binti Ibrahim dalam acara Hafazan Perempuan Menengah Sementara itu SMK Rosli Dhoby diberi tugasan sebagai JK Buletin bersama dengan SMK Methodist Sibu untuk menyebarkan mak

Adab Terhadap Al-Quran ; Debu Selepas Dibakar Hendaklah Diurus Dengan Sempurna

Image
isma daud : " Saya tertarik dengan usaha yang dilakukan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) melupuskan kira-kira 200 kilogram (kg) abu al-Quran di perairan Terengganu demi menjaga kemuliaan al-Quran dan kesuciannya. Semoga ianya menjadi contoh kepada umat Islam dalam menjaga kehormatannya apabila al-Quran itu sudah lusuh, rosak dan tidak boleh dipakai lagi. Jangan buang Al-Quran ke merata tempat dan dibuang ke tempat pembuangan sampah. Jika tidak dapat dialirkan ke sungai atau laut, bolehlah ditanamkan ke dalam bumi. Asalkan matlamat menjaga kesucian dan kehormatannya tercapai. " SUMBER bERITA : SINAR HARIAN ONLINE 200kg abu al-Quran dilupus KUALA TERENGGANU – Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) melupuskan kira-kira 200 kilogram (kg) abu al-Quran di perairan Terengganu iaitu sejauh kira-kira sembilan batu nautika, di sini, semalam mengikut tertib demi menjaga kesucian wahyu ALLAH itu. Program Pelupusan al-Quran Lama dan Bahan-bahan Bercetak yang Men

Kawan Itu Belum Tentu Sahabat!!!

isma daud : " Saya sedang sedih kerana kawan-kawan... rupanya banyak jenis kawan dalam dunia ini... semoga saya dikurniakan seorang sahabat yang setia dan baik hati." **** memetik kata-kata ini sekadar menggambarkan rasa hati, entah siapa pemilik kata2 indah ini, terima kasihlah... Kata mak, К∂ω∂Ν tu ibarat lebah, habis madu sepah dibuang... kata abah, К∂ω∂Ν tu umpama bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit.. kata atuk, К∂ω∂Ν tu seperti air, terus mengalir.. kata nenek, К∂ω∂Ν tu bak bulan, dipuja & disanjung tp nun jauh di sana.. kate sedare, К∂ω∂Ν tu mcm makanan, kawan makan kawan!! kata abang, К∂ω∂Ν tu seperti lembu, mengikut saje ape dikata.. kata kakak, К∂ω∂Ν tu tak ubah macam durian, bau je busuk tp sedap dimakan.. kata adik, К∂ω∂Ν tu macam biskut, sekejap ade sekejap ✗de.. kata aku, К∂ω∂Ν tu ✗ kisahlah camner.. walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK BULAN, SEPERTI LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT !

Terima Kasih Adie!!!

Image
Oleh isma daud Malam semalam, satu majlis ringkas diadakan sempena perpisahan dengan salah seorang rakan kami ke sekolah baru. Saudara Shahbandi Bin Han akan berkhidmat di SK Kpg Banyok, Sibu setelah berkhidmat di SMK Rosli Dhoby, Sibu sebagai pembantu makmal selama 9 tahun 9 Bulan. Beliau telah memberi khidmat bakti dan sumbangan yang cemerlang sepanjang berada di sini. Saudara Shahbandi Bin Han menyampai ucapan perpisahan kepada ahli jamaah masjid Penglibatan beliau dalam kerja-kerja membangunkan surau yang sekarang ini masjid serta menyiapkan sepanduk-sepanduk sehingga SMK Rosli Dhoby menjulang juara dan naib juara beberapa kali. Cikgu Mat Bin Tani mewakili JK BADAI menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada Saudara Shahbandi Sebenarnya kami benar-benar rasa kehilangan kawan dan pemimpin dalam kerja-kerja menyiapkan kerja-kerja tambahan di Masjid An-Nadwah ini. Juadah yang disedia dan dimasak sendiri oleh rakan-rakan Apa pun, setiap sesuatu ada titik nok

Bila Sahabat Terima Arahan Berpindah...

Image
Oleh isma daud Masjid An-Nadwah belum siap sepenuhnya pembinaannya. Tapi rakan-rakan yang kuat berusaha sudah ada yang terima surat arahan berpindah. Sedangkan tenaga dan buah fikiran mereka masih saya perlukan. Pembangunan An-Nadwah selama ini atas semangat kerja gotong-royong. Bila ada seorang dua yang berpindah terasa kekosongannya. Berat rasanya memikirkan akan hal ini. Setelah Cikgu Ruzila berpindah ke Perak, kini seorang lagi staf dalam proses dipindahkan. Sudah dapat arahan perpindahan pun tapi saya belum bersedia menerima hakikatnya. Masih berdoa agar ada keajaiban dan berdoa agar ada pertimbangannya. Cikgu Ruzila dan sahabat saya ini antara tenaga penting yang kuat membantu. Bukan saja kerja membangunkan masjid, kerja-kerja keceriaan sekolah juga amat memerlukan tenaga seumpamanya... Ya Allah Berikan kami pembantu-pembantu yang dapat mempermudahkan kami meneruskan misi ini. Semuanya adalah untuk meninggikan syiar agamaMu. Kepada sahabat-sahabatku, aku sentiasa ber

Tahniah Warga Muslim SMK Rosli Dhoby ; Kembali Juara Kategori Sepanduk

Image
Oleh isma daud Sekalung Penghargaan Dan Tahniah Kepada Semua Warga SMK Rosli Dhoby khususnya yang terlibat secara langsung dengan perarakan dan sepanduk sempena Maulidur Rasul 1433H/2012 di Dataran Sibu pada 5 Februari 2012, dua hari lepas. Tema sambutan tahun ini; "PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH". Tahniah, rangkul 2 piala; JOHAN Kategori Sek Men & Johan keseluruhan beserta wang tunai. Disiplin, Persefahaman Dan Fokos ; rahsia kejayaan SMK Rosli Dhoby...harap ini permulaan yang baik bg warga kita pada tahun ini. Sekadar renungan dan tazkirah; Apapun; untuk ingat Rasulullah tak perlu masa dan ketika..tidak ada perintah, nas dan seruan untuk sambut Maulidur Rasul ini, kalau setakat berarak , makan-makan; Abu Lahab yang dilaknat Allah SWT dalam surah AlMasad terlebih dulu lebih dulu rai kelahiran nabi sehingga menyembelih 100 ekor unta dan memerdekakan hambanya yang bernama Thuwaibah, juga ibu susuan Nabi saw. Kepada orang beriman, ingatan kepada nabi s