Pelajar Muslim Bakal Duduki PMR , SPM Dan STPM 2011 Solat Hajat

Oleh isma daud


Majlis Solat Hajat bagi pelajar PMR, SPM dan STPM tahun 2011 Bahagian Sibu telah dianjurkan bersama Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Sibu dengan Persatuan Graduan Bumiputera Sibu (PGBS) telah selamat di adakan petang tadi di Masjid An-Nuur, Sibu.


Turut bersama dalam majlis ini ADUN N49 Nangka, Dr Annuar Bin Rapaee dan tetamu undangan Personaliti Popular dan Pelakon Fahrin Ahmad. Program asal disebut-sebut sebagai Ceramah Pengayaan Minda bersama Imam Muda Muhammad Asyraf. 9 buah sekolah menengah di daerah Sibu terlibat dalam majlis ini. Sekitar 4000 orang hadir menjayakan program ini. Sementara itu, seramai 115 orang pelajar SMK Rosli Dhoby turut serta.


Solat Hajat telah diimamkan oleh Ustaz Abdul Karim dari SMK Agama Sibu, Sibu. Bacaan Yaa Siin pula dikendalikan oleh pelajar-pelajar SMK Agama Sibu memimpin pelajar-pelajar lain.


Cuma program sebesar ini dengan kos yang besar saya kira, agak mendukacitakan disebabkan oleh sistem audio yang tidak memuaskan. Pengisian yang sepatutnya cukup bermakna menjadi hambar kerana ramai yang gagal mendengar dengan baik isi kandungan ceramah yang disampaikan.


Fahrin Ahmad menegaskan betapa pentingnya solat hajat bagi memohon ketenangan jiwa dan fikiran dalam menghadapi peperiksaan. "Pelajar yang dapat "straight A" memberitahu bahawa mereka sentiasa solat hajat setiap kali memulakan pembelajaran dan ulangkaji."


"Sebagai Muslim mesti berbaik sangka dengan Allah SWT, sebab itu disamping berusaha kita mesti selalu berdoa dan solat hajat agar sentiasa beroleh kejayaan dalam pelajaran dan peperiksaan yang bakal ditempuh nanti." tambah beliau lagi


Majlis ini berakhir jam 5:00 petang. Sekalung tahniah buat penganjur dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan program ini.



Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?