Thursday, September 29, 2011

Pelajar Muslim Bakal Duduki PMR , SPM Dan STPM 2011 Solat Hajat

Oleh isma daud


Majlis Solat Hajat bagi pelajar PMR, SPM dan STPM tahun 2011 Bahagian Sibu telah dianjurkan bersama Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Sibu dengan Persatuan Graduan Bumiputera Sibu (PGBS) telah selamat di adakan petang tadi di Masjid An-Nuur, Sibu.


Turut bersama dalam majlis ini ADUN N49 Nangka, Dr Annuar Bin Rapaee dan tetamu undangan Personaliti Popular dan Pelakon Fahrin Ahmad. Program asal disebut-sebut sebagai Ceramah Pengayaan Minda bersama Imam Muda Muhammad Asyraf. 9 buah sekolah menengah di daerah Sibu terlibat dalam majlis ini. Sekitar 4000 orang hadir menjayakan program ini. Sementara itu, seramai 115 orang pelajar SMK Rosli Dhoby turut serta.


Solat Hajat telah diimamkan oleh Ustaz Abdul Karim dari SMK Agama Sibu, Sibu. Bacaan Yaa Siin pula dikendalikan oleh pelajar-pelajar SMK Agama Sibu memimpin pelajar-pelajar lain.


Cuma program sebesar ini dengan kos yang besar saya kira, agak mendukacitakan disebabkan oleh sistem audio yang tidak memuaskan. Pengisian yang sepatutnya cukup bermakna menjadi hambar kerana ramai yang gagal mendengar dengan baik isi kandungan ceramah yang disampaikan.


Fahrin Ahmad menegaskan betapa pentingnya solat hajat bagi memohon ketenangan jiwa dan fikiran dalam menghadapi peperiksaan. "Pelajar yang dapat "straight A" memberitahu bahawa mereka sentiasa solat hajat setiap kali memulakan pembelajaran dan ulangkaji."


"Sebagai Muslim mesti berbaik sangka dengan Allah SWT, sebab itu disamping berusaha kita mesti selalu berdoa dan solat hajat agar sentiasa beroleh kejayaan dalam pelajaran dan peperiksaan yang bakal ditempuh nanti." tambah beliau lagi


Majlis ini berakhir jam 5:00 petang. Sekalung tahniah buat penganjur dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan program ini.



Sunday, September 25, 2011

Suasana Sambutan Ramah Tamah Aidil Fitri SMK Rosli Dhoby 2011

Oleh isma daud

24/09/2011

Program Solat Hajat Peperiksaan Awam Peringkat SMK Rosli Dhoby diadakan serentak dengan Sambutan Ramah Tamah Aidil Fitri. Walaupun bulan Syawal hampir kepenghujungnya, sambutannya masih hangat di sana sini. Pelbagai program sambutan dirancangkan agar sambutannya menjadi meriah dan bermakna sekali.

Untuk menjimatkan masa, dua program diadakan serentak.


Bermula jam 8:00 pagi masjid An-Nadwah telah dipenuhi oleh para ibu bapa, pelajar dan warga sekolah. Tepat jam 8:20 pagi Yang Dipertua PIBG SMK Rosli Dhoby telah mengambil tempat bersama tetamu jemputan lain. Di antara yang hadir pada pagi ini ialah En Aziz Bin Arshad (Nazir, PPD Sibu), Ustaz Hasbullah Bin Sabli (JAIS) dan Ustaz Ahmad Syukri Bin Yusof ( Guru Agama, SMK Lanang, Sibu). Program solat hajat dimulakan dengan bacaan Yaa Siin, dipimpin oleh Ustaz Hasbullah dan imam solat Hajat ialah Ustaz Ahmad Syukri.


Selesai sahaja solat hajat di Masjid, para tetamu semua beredar ke Dewan Seri Perkasa untuk mendengar ceramah motivasi oleh En Aziz Bin Arshad. Beliau menekankan betapa pentingnya niat kerana di situlah letaknya segala signal dan arah tuju seseorang. Maka setiap seseorang mesti membetulkan niat masing-masing agar menepati kehendak Allah SWT. Niat Mesti Kerana Allah SWT. Apabila mendapat restu Allah SWT maka akan mudahlah segala urusan kita yang lain kerana kita sentiasa dibantu oleh Allah SWT. Usaha yang kita lakukan mendapat pertolongan Allah SWT.


Beliau juga menegaskan warga SMK Rosli Dhoby mesti bercita-cita untuk meletakkan sekolah ini dalam 500 buah sekolah yang terbaik di Malaysia. Sekarang sekolah ini berada dalam senarai 1/3 sekolah terbaik daripada 2200 lebih sekolah menengah yang ada di Malaysia. Perkara ini dapat dicapai melalui kerja kuat dan kesedaran 3 pihak iaitu pelajar, guru dan ibubapa. Melalui kecemerlangan pencapaian akedemik sekolah turut sama dinilai keberhasilannya.


Beliau berharap semua pelajar yang menduduki PMR, SPM dan STPM nanti akan beroleh kejayaan cemerlang.


Program ceramah ini dilengkapkan dengan majlis Ramah Tamah Aidil Fitri. Semoga semua yang hadir ke majlis mendapat manfaat dan rahmah daripada Allah SWT.





Lebih-kurang 500 orang tetamu yang hadir ke majlis ini. Majlis ini berakhir jam 12:00 tengahari.



Sunday, September 11, 2011

Ramah Tamah AidilFitri GPI Sibu Anjuran JaPS, Sibu Meriah

Oleh isma daud

Sambutan Aidilfitri Bagi Guru-Guru Pendidikan Islam Daerah Sibu cukup meriah. Kesempatan berjumpa seperti ini cukup bermakna sekali bagi warga pendidik yang datang dari ceruk rantau Bahagian Sibu ini.

Setelah sebulan berpuasa dan pulang berhari raya di kampung halaman masing-masing dan kini kembali bertugas, inilah masanya  ustaz-ustazah kita untuk bersua muka dan beramah mesra disamping bermaaf-maafan diantara satu sama lain.

Majlis Ramah Tamah Aidil Fitri ini bertujuan untuk merapatkan ukhuwwah dan silaturrahim di antara semua GPI di Daerah Sibu. Program ini adalah anjuran Unit Pendidikan Islam dengan kerjasama Jawatankuasa Perancangan Strategik Sibu (JaPS) serta semua GPI Daerah Sibu. Tahniah kepada semua yang hadir ke majlis ini. Lokasi majlis pada tahun ini ialah Dewan SMK Kampung Nangka Sibu.

Dalam majlis ini turut sama diadakan Majlis Perpisahan dengan Mantan Penyelia Agama [Unit Pendidikan Islam] , Daerah Sibu; Puan Hajjah Fatimah Bt Hj Razali yang telah bersara sebulan yang lalu.

Penyampaian Cenderahati Oleh Pen. Pegawai  Pelajaran Daerah Sibu kepada Puan Hajjah Fatimah


Turut hadir ke majlis ini ialah Pegawai Pelajaran Daerah Sibu; En Wong Chung Kung.

PPD Sibu En Wong Chung Kung disambut mesra 

Puan Hajjah membetulkan kerusi di Meja VIP


Menyusun Juadah Dan Mengagihkannya


Yang lebih boleh dibungkus untuk dibawa balik rumah...ha..ha...


Dalam majlis ini semangat kekitaan amat jelas terpupuk dan terbina. Mereka saling bersalam-salaman dan bermaaf-maafan, makan bersama dan bertegur sapa tanpa mengira kedudukan dan jenis bangsa; mengerat ukhuwwah sesama sendiri.

Cikgu Syarkawi GB SK Ulu Sungai Merah bertanya khabar akan ustaz-ustaz kita


Pelbagai kerenah dan aktiviti ustaz yang hadir dalam majlis ini


Serius berbincang; isu sekolah turut dibawa bersama ke majlis ini


Cikgu Gawan turut hadir, kini jadi PK 1 di SMK Rosli Dhoby


Mengambil juadah yang tersedia untuk diraikan bersama. "Selamat Hari Raya"

Semoga majlis seperti ini dapat diadakan lagi pada tahun mendatang. Sekalung penghargaan kepada Tuan Pengetua Dan seluruh Warga SMK Kampung Nangka Sibu yang telah memberi keizinan sekolah mereka dan turut bertungkus-lumus menjayakan Majlis ramah Tamah Aidil Fitri tahun ini.




Sembang Bersembang

Lebih Interaktif ^O^Ukhuwwah . Sila Klik Untuk Ke Laman Ini , Terima Kasih.
[ Copy this | Start New | Full Size ]

Sepanjang Jalan Di Sibu

Related Posts with Thumbnails

@Facebook ~ "Ustaz Rosli Dhoby"

~ Salam Persahabatan , Terima Kasih.