Ke Mana Arah Tuju Kurikulum Pendidikan Islam Selepas Ini ???

Oleh isma daud :

Kurikulum Pendidikan Islam telah disemak semula kali terakhir seingat saya ialah sekitar tahun 2005.

Saya mengharapkan akan impak yang lebih berkesan dengan semakan terbaru ini dengan memperkenalkan tajuk-tajuk yang lebih releven dengan keadaan semasa khususnya di Bahagian Tilawah, Hadis Dan Adab Islamiah.

Sebelum ini ada kelemahan dapat saya kesan apabila ada pertindihan tajuk di bahagian-bahagian ini seperti tajuk Dakwah, Adab Ibu Bapa dan beberapa tajuk lagi.

Dengan keterbatasan waktu P&P yang hanya 6 masa (3 + 2 + 1) seminggu bagi PMR, 4 masa (3+1) seminggu bagi SPM dan Pendidikan Islam tidak disenaraikan sebagai subjek wajib ambil di peringkat UPSR, apakah mampu meletakkan Pendidikan Islam berada ditempat yang sewajar dan sepatutnya di hati orang Islam?

Di bahagian Akidah; adakah diperkukuhkan dengan tajuk yang menepati cabaran semasa hari ini? Batas-batas iman dan kufur apakah akan dimasukkan sebagai sebahagian daripada sukatan matapelajaran? Kegagalan di bahagian ini melahirkan ramai warga yang pincang dalam masyarakat sehingga negara menanggung kerugian apabila berhadapan dengan keruntuhan nilai, akhlak dan moral remaja hari ini. Sementara golongan dewasa pula ramai yang bijak tetapi cenderung menjadi penipu, pembuat fitnah dan perasuah. Ramai yang tidak sayang agama dan tidak takutkan Allah SWT.

Di Bahagian Ibadah apakah hukum-hukum berkaitan persoalan semasa di ambil kira? Ayat-ayat berkaitan perlaksanaan hukum apakah dimasukkan atau terus dikesampingkan. Ibadah itu terus diletakkan sebagai amalan secara individu, jauh daripada pengamalan dalam sebuah sistem bernegara?

Sejauhmana pula kedudukan tulisan Jawi akan diambil kira bagi memertabatkan tulisan tersebut? Saya berharap elemen-elemen ini terus diberi penekanan dan tidak diabaikan dalam kurikulum yang akan dikemukakan nanti.

Sama-samalah kita lihat kearah mana perubahan dan penambahbaikan yang dimaksudkan itu, atau Pi Mai Pi Mai Tang Tu.... Sama-sama  Tunggu Dan Lihat!!!


Kurikulum Pendidikan Islam baru akan diperkenal
Berita Harian Online

2011/08/25

MUAR: Kerajaan akan memperkenal Kurikulum Pendidikan Islam baru di sekolah negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pengenalan kurikulum baru itu akan dilaksanakan dalam masa terdekat bagi memperkasakan subjek itu.




Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?