Posts

Showing posts from August, 2011

Ke Mana Arah Tuju Kurikulum Pendidikan Islam Selepas Ini ???

Image
Oleh isma daud : Kurikulum Pendidikan Islam telah disemak semula kali terakhir seingat saya ialah sekitar tahun 2005. Saya mengharapkan akan impak yang lebih berkesan dengan semakan terbaru ini dengan memperkenalkan tajuk-tajuk yang lebih releven dengan keadaan semasa khususnya di Bahagian Tilawah, Hadis Dan Adab Islamiah. Sebelum ini ada kelemahan dapat saya kesan apabila ada pertindihan tajuk di bahagian-bahagian ini seperti tajuk Dakwah, Adab Ibu Bapa dan beberapa tajuk lagi. Dengan keterbatasan waktu P&P yang hanya 6 masa (3 + 2 + 1) seminggu bagi PMR, 4 masa (3+1) seminggu bagi SPM dan Pendidikan Islam tidak disenaraikan sebagai subjek wajib ambil di peringkat UPSR, apakah mampu meletakkan Pendidikan Islam berada ditempat yang sewajar dan sepatutnya di hati orang Islam? Di bahagian Akidah; adakah diperkukuhkan dengan tajuk yang menepati cabaran semasa hari ini? Batas-batas iman dan kufur apakah akan dimasukkan sebagai sebahagian daripada sukatan matapelajaran? Kega

Bumbung Bangunan Pentadbiran SMK Rosli Dhoby Kena Serangan Ribut

Image
Oleh isma daud Catatan Peristiwa : Bumbung Bangunan Pentadbiran SMK Rosli Dhoby kena angin ribut dan menyentap atap sehingga jatuh di Gelanggang Permainan lewat petang semalam (Ahad). Tiada kecederaan jiwa berlaku kerana pada masa itu tiada pelajar bermain di kawasan tersebut dan sudah hampir ke waktu berbuka puasa. Angin kencang yang datang secara tiba-tiba mengakibatkan kerosakan teruk bahagian bumbung yang menempatkan buku teks dan perpustakaan. Usaha membersih dan memastikan keselamatan harta-benda dan pelajar telah diambil tindakan sewajarnya. Walaubagaimana pun, kerja membersih dan membaik pulih bahagian kerosakan tersebut memakan masa yang memerlukan tindakan segera pihak yang terbabit. Musibah adalah satu tragedi.... Pada hari yang sama tragedi tanah runtuh di di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di Brinchang , Cameron Highland telah meragut tujuh nyawa termasuk empat wanita, manakala dua lagi parah. Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil yang terletak kira-kira dua

"Ini Bukan Gaji, Ini Saguhati, Cukup Bulan Baru Dapat Gaji" ~ Dialog Dalam Filem Nasib Do Re Mi

Image
Bonus setengah bulan untuk penjawat awam, RM500 untuk pesara KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan. "Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini. Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara. Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri. "Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga satu pengha

SAPS Dan Rungutan Para Guru Yang Di Bawah... Dengar-dengarkanlah!!!

Image
isma daud : turut menyelami dan merasai apa yang guru-guru lain rasa... begitulah nasib guru yang kerjanya tidak pernah berkurangan malah bertambah dari semasa ke semasa walaupun seringkali diwar-warkan akan diusahakan agar beban tugas guru dikurangkan.   Terbaru SAPS ini. Guru tidak bermasalah kalau sekadar mahu isi markah ke dalam sistem, tapi server kepada sistem itu biarlah kuat menampung bebanan pelayar dalam satu-satu masa. Ini baru 500 orang sudah kacau-bilau bila sistem down. Sudahlah para guru diberi dateline dalam menyiapkannya dan ada guru besar atau pengetua ambil sikap tidak memahami orang bawah yang menghadapi langsung bebanan tugas ini.  Saya sedih bila pengetua anggap mereka yang tidak siapkan dalam tempuh ditetapkan sebagai tidak bertanggungjawab kerana sekolah kena jawab dengan jabatan nanti.... siapa kena jawab? Jawabnya; Pengetua, pengetua akan salahkan mereka yang dibawahnya pula.... kasihan guru-guru kita, mereka sentiasa berada dikandang orang yang bersalah.

Ramadhan Karem 1432H ~ Mendidik Nafsu Taatkan Allah SWT

Oleh isma daud "Walaupun berpuasa dengan menahan lapar dan dahaga, dalam masa yang sama larangan Allah SWT diteruskan juga, contohnya; ramai yang berpuasa tetapi tidak mendirikan solat fardu, masih tidak menutup aurat, tidak berhenti daripada kerja-kerja jahat dan membuat fitnah, masih kedekut dan bakhil membelanjakan harta pada jalan Allah SWT sebaliknya suka membazirkan wang pada jalan sia-sia dan tidak berfaedah..... maksudnya puasa itu tiada mengesan pada hati dan dirinya sedikitpun. Malah puasanya tidak mampu mendidik dirinya untuk taatkan Allah SWT sebaliknya nafsunya itu terus bermaharajalela menguasai dan mencengkam dirinya. Biarpun Syaitan sudah terbelenggu dalam bulan Ramadhan, namun asuhan syaitan dan cengkaman syaitan pada hati dan nafsunya amat berjaya sekali." Bulan Ramadhan yang mulia datang lagi. Ia datang dengan membawa hidangan rahmat dan keampunan Allah SWT. Kandungan Ramadhan yang utama ialah puasa selama satu bulan. Matlamatnya melahirkan insan bertaq