Sepanjang Jalan Di Sibu

@Facebook ~ "Tinta Dakwah Al Maranji"

~ Salam Persahabatan , Terima Kasih.

Monday, July 25, 2011

Mahu Bersukan , Tiada Alasan Tidak Menutup Aurat

Oleh isma daud


Tekong Regu Sepak Takraw Wanita Indonesia bertutup rapat auratnya. Semoga jadi contoh kepada yang lainnya.

Jadi tiada alasan bahawa mahu bersukan mesti buka aurat. Bukan buka aurat menentukan skill seseorang dalam bersukan. Malah buka aurat itu adalah jalan ke neraka saja.

Kalau kita mahu mengambil contoh, kita contohilah yang baik-baik. Cahaya Permata Fahrani telah buktikannya...





KUALA LUMPUR 22 Julai – ”Hijab” dan pakaian yang menutup aurat tidak menghalang tekong dari skuad wanita Indonesia, Cahaya Permata Fahrani membuat libasan kencang ketika beraksi di Kejohanan Sepak Takraw Piala Dunia Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) 2011 yang berlangsung di Stadium Titiwangsa hari ini.

Cahaya Permata, 18, berkata, beliau tidak merasa kekok walaupun memakai ”hijab” dan seluar panjang ketika beraksi di mana-mana kejohanan sekalipun. "Sebagai Muslimah saya rasa bangga beraksi di gelanggang tanpa mendedahkan aurat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau yang mula berjinak dengan sukan sepak takraw pada 2006 berkata, pada pendapatnya tidak menjadi kesalahan wanita Muslim bertudung aktif dalam sukan selagi menjaga aurat seperti yang disyariatkan oleh agama Islam.

Atlet Indonesia yang berasal dari Sumatera Selatan itu berkata, beliau mula memakai ”hijab” pada 2007 sebagai menunaikan nazarnya terpilih menyertai Sukan Kejohanan Olahraga Nasional Indonesia (PONI) 2007.Cahaya Permata yang belajar di Universiti Sri Wijaya, Kalimantan itu berkata, impiannya selepas ini adalah untuk beraksi di temasya Sukan SEA, Indonesia pada hujung tahun ini. – Bernama

Thursday, July 21, 2011

Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Rosli Dhoby Kali Ke 35 , 20-21 Julai 2011

Oleh isma daud


Sukan Olahraga SMK Rosli Dhoby

Sejak semalam saya terlibat dalam menjayakan sukan tahunan sekolah di Stadium Tun Zaidi, Sibu. Tahun ini saya ditugaskan sekali lagi di bahagian Penyelia Peserta bersama dengan Tn Hj Hamzah Bin Beeran selaku ketua. Kami dibantu oleh pembantu pegawai di kalangan pelajar-pelajar tingkatan 6.

Tuan Pengetua Dan YDP PIBG
Di sini saya masukkan beberapa keping gambar berkaitan tugasan saya kali ini.




Nak cakapnya, dua hari ini berada di Stadium Tun Zaidi. Kami Warga SMK Rosli Dhoby berkumpul  , bertugas dan bersukan di situ.



Makluman Penting : Pada Hari Jumaat nanti sekolah macam biasa, cuma pelajar sesi pagi akan balik pada jam 9:00 pagi dan pelajar sesi petang akan sambung pada jam 9:10 pagi sehingga jam 11:30 pagi.


Sementara guru ada sesi taklimat di bilik Komputer (ICT).  Bagi yang ada masa kosong boleh mengikuti sesi ini bermula jam 7:00 pagi di tempat yang sama. Sesi taklimat dipecahkan mengikut kekosongan jadual mengajar masing-masing, berakhir jam 11:30 pagi.


Gambar-gambar di hari ke dua; sempat "warming up" , pusing padang stadium sebelum memulakan tugasan di hari ke dua. Gambar-gambar pertandingan tiada dalam kamera saya kerana sibuk bertugas pada masa itu.


Sila Klik Pada Gambar Untuk Paparan Yang Lebih Besar Dan Jelas

Tuesday, July 19, 2011

Kali Pertama Sampai Ke Oya, Sarawak

Oleh isma daud

Lawatan ke Oya bersama rakan-rakan seperjuangan dan keluarga msing-masing yang berkhidmat di Sibu, Sarawak.



Tiada apa yang menarik sangat di sini untuk diceritakan, cuma bila sampai di sini, terubat rasa rindu ke kampung halaman sendiri.

Kampung ku ada bendang sawah padi, penuh kehijauan bukit bukau dan damai dengan suasana pantai dan laut. Sekurang-kurangnya saya memperolehinya suasana hijau yang masih terpelihara dan damai mendengar  alunan ombak di sini.

Untuk kenang-kenangan, saya tampalkan beberapa gambar untuk tatapan bersama. Gambar yang dirakam oleh anak-anak saya , tidak mengira tentang nilai cantik seninya, jadi tangkap gambar pun secara "tangkap muat" atau lebih tepatnya "ikut dang" kata orang Ganu Kite namun cukup untuk menyampaikan rasa hati terhadap alam sekitar dan keindahannya. Sebuah penghargaan kepada keunikan alam milik Allah SWT yang tiada tandingnya..













Sebelum tu, sempat berjamu "bekal" masing-masing di perkarangan Masjid Bahagian Mukah selepas penat menempuh perjalanan selama 2 jam lebih dari Sibu ke Mukah.




Aktiviti keluarga yang bermanfaat dan mengembirakan....Alhamdulillah!!!

Sunday, July 17, 2011

Gambar-Gambar Sekitar Sambutan Israk Dan Mikraj

Oleh isma daud
Berita Lewat

Dek kerana ada masalah teknikal meng"upload" gambar, berita ni jadi basi sedikit,  jadi siaran berita berkaitan Sambutan Israk Dan Mikraj Peringkat Sekolah tersangkut di bahagian "draff" blog ini. Tak apalah malam ni cuaca baik, line internet pun bagus.

Ustaz Mohd Nazri Bin Ismail (SMK Agama Sibu)

Ceramah Israk Dan Mikraj disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Nazri Bin Ismail (Guru Bahasa Arab, SMK Agama Sibu) dengan tajuk ; "Israk Dan Mikraj Satu Rehlah Tarbawiyyah". Ceramah ini diadakan di Dewan Sri Perkasa, SMK Rosli Dhoby pada Hari Rabu, 6 Julai 2011 jam 10.10 pagi. Al-Fadhil Ustaz Mohd Nazri telah mengambil masa 2 jam untuk mengupas tajuk yang diberikan kepadanya. Terima kasih ustaz.....

Sebagai catatan peristiwa, saya rakamkan beberapa keping gambar sebagai kenang-kenangan daripada ceramah berkenaan.


Ustaz Mohd Isa Beri Ucapan Alu-aluan

Sebelum Ceramah Bermula

Majlis Dimulakan Dengan Bacaan Al-Quran Dari Ayat 1; Surah Al-Israa' Oleh Adik Mahadir Bin Ahmad

Dari Belakang Mengikuti Ceramah

Diawal Ceramah, Masih Segar

Sempat "V" lagi...

Ustazah Dayang Serius Berkawal, Maklumlah Takut Isi Ceramah Terlepas... Ada Yang Tidur Tu!!!

Ustaz Nazri Sempat Berseloroh; "Minum Susu Ibu Tidak Semestinya Dua Tahun, Sampai Ke Tua Pun Boleh"

Pandangan dari Sisi Belakang

Pelajar Istimewa Turut Hadir Diterjemahkan Ceramah Dengan Bahasa Isyarat

Semoga beberapa keping gambar ini dapat memberi sedikit gambaran peristiwa yang berlaku pada hari tersebut.

Wallahu A'lam.

Saturday, July 16, 2011

BelajarLah Menabung Sedari Kecil, Kalau Mau Senang Masa Depan

Oleh isma daud

Bukan senang mau senang, duit bukan datang kepada kita "gedebuk" sekali gus. Kalau tidak menabung sejak kecil tak dapat nak beli benda mahal-mahal, bayar cash lagi. Mari kita contohi isteri PM kita, berkat menabungnya dapat kumpul duit jutaan ringgit.




Kita tidak mampulah nak menabung ribuan ringgit setiap hari, kalau dapat 50 sen atau RM1 pun kira bagus dah tu, sebulan sudah ada rm15 atau RM30. Setahun RM360. Tidak rugi kalau kita belajar menabung sejak kecil. Esok-esok nak beli cincin bertunang atau cincin kahwih senang. Maklumlah harga emas semakin naik sekarang ni. Kalau anak kita umur 5 tahun, 20 tahun akan datang berapa agaknya harga sebentuk cincin? Eloklah menabung daripada sekarang.

Nasihat ni kepada mereka yang masih kecil dan ibubapa yang ada anak-anak yang masih kecil. Saya yang dah mencecah 40 tahun ni pun ingat mahu mengusahakan tabungan juga... tabungan khairat untuk hari kemudian, insya Allah.

Tuesday, July 05, 2011

Hiwar Mencari Ketenganan Hati..... Guru & Murid

Oleh isma daud


Tidak sampai Hati Untuk Mengecewakan...  Dalam Penat Tetap Layan

Tidak semestinya berada dalam hutan saja bermasalah, hidup di tanah lapang pun ada masalah. Ingatlah hanya dengan berzikrullah akan Menenangkan Hati

assalamualaikum uztd...saya nak tnya...apakah ubat paling mujarab ketika kita berada d dalam kesedihan...??n cara2 nak tenangkan hati...


Hiwar Mencari Ketenganan Hati.....

isma daud : banyak soalan dekat kotak pesanan.... takda mood nak jawab.. maafkan ustaz buat ketika ini.

Balas:  ye uztd xpa...n harap uztd dpt jwb d lain hari..coz dfikiran rasa mmrlukan...

isma daud : sesuatu jawapan kepada satu-satu soalan bukan hanya sekadar jawapan, ia memerlukan skill kerana orang yang bertanya memerlukan satu cadangan penyelesaian... kalaupun tidak menyelesaikan, membantu seseorang meringankan beban fikiran dan perasaannya.

Balas :  ye uztd...mmg xmudah nak wat suma 2...pa2 pun...syukran jazilan ya uztd...

isma daud : malam ni pun banyak soalan di tempat ustaz sampaikan kuliah di masjid, seusai kuliah banyak juga soalan dikemukakan di meja jamuan. yang itu perlu kepada jawapan segera dan memerlukan kefahaman dan ingatan mendalam kerana jawapan itu tidak ada dalam buku yang kita bawa tetapi kena ada dalam memori dan dada kita... sedikit memenatkan.

Balas : mmg memenatkan...tp...itu suma dakwah yg perlu dtruskan...cuz ilmu agama dah makin kurang dterapkan skrng...sbb tu org ramai btnya utk mdapatkan kesahihan yg sbnr...

isma daud : itu saja yang ustaz mampu lakukan. kalau nak dikatakan banyak tahu tidak juga, digagahkan pada kejahilan yang ada, semoga ada manfaat kepada mereka yang memerlukannya. dalam menjawab itu, turut sama belajar dan ambil iktibar buat diri sendiri.

Balas : ye uztd...pa2 pun syukran ngn suma yg uztd sampaikan...moga2 Allah akan mbuka hati masyarakat utk mmanfaatkan semua 2....

isma daud : kepada anak2 didik ustaz, ingat jangan lupa solat, walau dimanapun kalian berada. Kalau rajin solat, insya allah banyak jalan keluar akan ditemui. Baik sangka dengan Allah dan baca selalu al-Quran, fahami maksudnya dan beramal dengannya. Disitu banyak penawar kepada segala kedukaan hati. Cuma kita kena rajin mencari detik waktu mustajabnya.

Balas : ye uztd..insyaallah .kami akan amalkan...semua nya...hanya d situ penawarnya...tmbhan x bhenti lidah ngn bzikir...smoga apa yg uztd kongsi..akan meringan kan sedikit sbnyk beban yg ada....syukran ya uztd...

isma daud :  perhatikanlah kepada firman Allah SWT; "Ketahuilah dengan banyak berzikrullah (seperti membaca al-quran, bertahajjud di 2/3 malam) akan menenangkan hati" maksud ayat alquran, surah ar-Ra'ad ayat 28. Ketika ustaz di"gam" dan dituduh bawa ajaran sesat, ustaz banyak menangis, menangis tengah malam , mengadu nasib kepada Allah SWT. Ustaz bilang satu-persatu apa yang terbuku di dalam hati. Ustaz yakin Allah mendengar suara hati hambaNya. Alhamdulillah ustaz mampu menghadapi saat getir itu. Penyelesaiannya bukan segera. Perlu kesabaran dalam mengharungi ujianNya. Alhamdulillah hari ini ustaz rasa beroleh kemenangan atas ujian itu. Selain mengadu kepada Allah, adukan juga kepada orang yang kita boleh percayai. itupun jalan keluar. Satu lagi....tidur awal agar dapat rehat yang cukup dan bangun awal diwaktu udara segar dan hanya orang2 soleh yang bernafas. waktu tu orang2 lain semua berdengkur....

Balas : masyaallah...sampai bgitu ya uztd...bgitu besar dugaan yg uztd tnggung....n alhamdulillah cuz suma masalah 2 dpt dpulihkan.....mmg bnyk dah tanda2 kiamat ni...sampai msyarakat pun dah mula bfikiran sdemikian...saya akan amalkan suma ni...insyaallah inilah ubat penenang kesdihan paling mujarab...insyaallah...

isma daud :  insya Allah, semuanya akan jadi mudah. sesungguhnya Allah SWT bersama dengan orang2 yang sabar.

Balas :  syukran jazilan ya uztd...jaza kumullahu khairan...

Monday, July 04, 2011

Larian 1 Murid 1 Sukan SMK Rosli Dhoby

Oleh isma daud

Gambar-gambar adalah ehsan SMK Rosli Dhoby; FB.

Pada 2 Julai 2011 serentak seluruh negara larian 1 Murid 1 Sukan dilangsungkan. Turut sama warga SMK Rosli Dhoby.

Semoga Sentiasa Amalkan Cara Hidup Sihat Sepanjang Masa.









Related Posts with Thumbnails