Kalau Tak Mahu Di"Cop BODO" Jangan Buat Kerja "BODO"

Oleh isma daud

Di antara tugas dan peranan polis adalah menjaga keselamatan awam dan memberi nasihat atau teguran agar semua pihak mematuhi peraturan dan undang-undang. Tanpa polis banyak masalah yang timbul dalam masyarakat. Dalam keadaan kadar jenayah yang kian meningkat ini beban kerja polis bertambah-tambah lagi. Sepatutnya orang awam membantu pihak polis dalam melaksana tugas dan tanggungjawabnya.

Namun dalam beberapa insiden yang berlaku akhir-akhir ini menjadikan persepsi dan pandangan baik masyarakat awam terhadap polis dan profesionnya sudah pudar. Polis cepat bertindak ke atas orang awam atas arahan orang politik dan kepentingan pemerintah sehingga membuat orang awam macam sampah. Namun dalam mencegah jenayah kekadang dilambatkan saja. Kalau ada jenayah depan mata pun kalau tidak dilapor dan diadukan, buat-buat tidak nampak saja. Sebab tu persepsi awam terhadap polis kian buruk sehingga terpahat dalam minda mereka ; "Polis Bodo" atau "Polis Bodoh".

Saya rasa istilah "polis bodo" ni cepat melekat diminda masyarakat selepas insiden ini.... Harap pihak polis dapat meningkatkan usaha meyakinkan rakyat bahawa mereka tidak "bodo" atau "bodoh" lagi....


Jun 7 2011; 'Polis bodo': Pekerja butik didenda RM50

Gara-gara memanggil seorang anggota polis bodoh, seorang pekerja sebuah butik di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) dikenakan denda RM50 oleh Mahkamah Majistret di Kuala Terengganu, hari ini selepas mengaku bersalah.

Nur Syafa Watiha Wahab, 19, dari Kampung Telaga Batin, Seberang Takir didakwa mengeluarkan perkataan "polis bodo" terhadap Konstabel Mohd Hafifi Ali dari Cawangan Pencegahan Jenayah, Balai Polis Gong Badak yang ketika itu menahannya kerana tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira 1 petang, 28 Mei lalu di kawasan LTSM dan didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1957 yang boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM100.

Tertuduh yang memakai baju kurung berwarna biru, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Adila Abd Latif.

Pendakwaan dilakukan oleh pegawai penyiasat, V Ravi, manakala tertuduh diwakili peguam Hayyatuddin Muhammad.

Peguam bela tertuduh sebelum itu merayu mahkamah supaya melepaskan tertuduh dengan amaran memandangkan ia adalah kesalahan pertama anak guamnya selain anggota polis terbabit juga tidak memakai pakaian seragam serta kenderaan rasmi jabatan ketika menjalankan tugas itu.

Katanya ia tidak mencerminkan etika yang sepatutnya dipatuhi oleh seorang anggota polis ketika menjalankan tugas mengakibatkan berlaku salah faham sehingga menimbulkan provokasi yang menyebabkan kejadian itu berlaku.

Mengikut fakta kes, tertuduh dilaporkan tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal ke tempat kerjanya dan telah terserempak dengan anggota polis berkenaan yang ketika itu sedang menjalankan rondaan.

Dia yang diarah berhenti untuk tujuan pemeriksaan bagaimanapun dikatakan tidak berpuas hati menyebabkan berlaku pertengkaran sehingga mengeluarkan kata kesat itu sebelum bertindak menghubungi ayahnya.

Ayahnya yang datang selepas itu dilaporkan memarahi anggota polis berkenaan kerana menegur anaknya dengan mengatakan jalan itu adalah jalan anaknya dan kawasan itu adalah kampung mereka sebelum bertindak meninggalkan anggota polis tersebut dalam keadaan tidak puas hati.

- Bernama

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?