Jabatan Mufti Negeri Selangor Wartakan Haram Pelaburan ASB Dan ASN

catatan isma daud : "pihak majlis fatwa kebangsaan dalam beberapa keputusan bercanggah dengan majlis fatwa negeri. Bukan dalam masalah ini saja termasuk isu tarian poco-poco tempohari.  

Dalam isu poco-poco tempohari,  negeri Perak mengharamkannya, sementara negeri-negeri lain di Malaysia mengharuskannya.

Dalam isu pelaburan ASN dan ASB ini juga ada dua pendapat yang berbeza di antara Jabatan Mufti Selangor dan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Ini dilihat tidak ada keseragaman hukum di antara majlis fatwa kebangsaan dan jabatan mufti negeri. Di sini nampak pertembungan pandangan individu dengan pandangan umum para mufti yang bersidang. Bagi mufti yang tegas beliau menggunakan kuasa amar makruf dan nahi mungkar yang ada dalam bidang kuasanya. Di situ nampak ketegasannya yang tidak dapat mengimbangi pandangan umum mufti lain yang mengharuskannya.

Bagi orang awam boleh berpegang kepada yang lebih tenang di hati dan lebih dekat kepada taqwa. Saya berharap para mufti kita masih ada iman dan taqwa dalam jiwa mereka sewaktu mewartakan sesuatu hukum bagi kemudahan masyarakat umum dan mendatangkan ketenangan hati kepada orang awam untuk berpegang dengannya.

Saya rasa bersalah kerana terlibat secara langsung membaca doa dalam Majlis Pelaburan 360 Hari Tajaan PNB tempohari. Pada asalnya saya berpendapat ada keharusan walaupun ada percampuran halal dan haram kerana kesukaran dalam urusan bermuamalat dengan yang halal dan haram. Maka dalam keadaan itu ada keharusannya sebagai jalan keluar kepada umat Islam membina kekuatan ekonomi yang belum bersih sepenuhnya. Ini selaras dengan pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan walaupun banyak sudah dibincangkan halal dan haram mengenai pelaburan ini.

Saya bertaubat dan mengajak rakan-rakan lain supaya memikirkan kembali pelaburan dalam ASN Dan ASB tersebut sehingga kerajaan pemerintah dapat menjamin tiada syubhah dalam pelaburan tersebut.

Ramai para ilmuan Islam di luar sana menghukum haram terlibat dengan pelaburan ASN dan ASB ini."


Update: 09/06/2011; Ini pendapat Ustaz Azhar Idrus ; "Nabi dah pesan supaya jauhkan yang syubhah dan yang haram. Orang beriman bila dengar benda haram datang rasa taqwa dalam hatinya manakala orang munafiq akan marah-marah dan mencari jalan untuk melepaskan diri dari kelihatan bersalah


ASB/ASN HARAM – JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR
June 8th, 2011 | 6:21 pm | Harta, Isu Semasa, Muamalat |

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan seumpamanya adalah tidak halal. Hal ini kerana ia masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:


Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputra (ASB) secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional.

Pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan

Sementara Majlis Fatwa Kebangsaan mengharuskan masyarakat Islam di Malaysia melabur dalam kedua-dua pelaburan ini baik ASB Dan ASN.


Senarai Keputusan Muzakarah Kebangsaan


Tajuk FatwaKategori
Pelaburan Dalam ASN, ASB Dan SeumpamanyaMuamalat/Ekonomi
Hukum Pelaburan Ke Atas Syarikat Swiss Cash Mutual FundMuamalat/Ekonomi
Permasalahan Mengenai Wang Shubhah / HaramMuamalat/Ekonomi
ASN dan ASBMuamalat/Ekonomi
Pelaburan ASB yang diharuskan dalam Islam.Muamalat/Ekonomi
Hukum Pelaburan Dalam Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputra (ASB) dan Skim Yang Seumpamanya.Muamalat/Ekonomi
Hukum Pelaburan Dalam Skim ASB, ASN dan Pelaburan-Pelaburan Lain SeumpamanyaMuamalat/Ekonomi


Harap umat Islam dapat menyemak dan membaca berkaitannya dan memikirkan mana yang lebih hampir kepada taqwa.... Pendapat Jabatan Mufti selangor atau Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.  Semoga Allah memberi kita jalan keluar yang baik, insya Allah.

Comments

Anonymous said…
Berikut kenyataan balas Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman mengenai Fatwa Jabatan Mufti Selangor;

ASN: Fatwa Jabatan Mufti Negeri Selangor tidak tepat, mengelirukan


KUALA LUMPUR 13 Jun – Fatwa yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bahawa pelaburan dalam Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebagai haram adalah tidak tepat serta mengelirukan.

ASN dan ASB merupakan dana pelaburan yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB), anak syarikat Permodalan Nasional Bhd. (PNB).

Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, semua adalah jelas bahawa dana pelaburan yang diuruskan oleh PNB mematuhi syariah dan disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Jawatan Kuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada Februari 2008 telah memutuskan bahawa hukum skim pelaburan ASN dan ASB adalah harus.

"Maka kami berpegang kepada kenyataan tersebut dan sedia menerangkan skim pelaburan kami kepada mana-mana majlis agama negeri yang masih kurang faham.

"Semua pelaburan kami bebas daripada unsur arak, judi dan sumber was-was. Oleh itu, pelabur yang beragama Islam tidak perlu risau dengan kenyataan mengelirukan tersebut," katanya selepas mengumumkan agihan pendapatan ASD di sini hari ini.

Beliau mengulas tentang surat pekeliling bertarikh 12 Mei 2011 yang dikeluarkan Jabatan Mufti Negeri Selangor dan disiarkan menerusi laman sesawang www.islamituindah.my.

Hamad Kama Piah berkata, perkara seperti ini sudah beberapa kali dibangkitkan sejak beberapa tahun lalu berikutan setiap negeri mempunyai fatwa yang berbeza-beza.

Jelasnya, isu haram mula timbul apabila PNB mempunyai pegangan dalam Malayan Banking Bhd. (Maybank) dan dikaitkan dengan perbankan konvensional.

"Mereka di luar sana kena faham, bahawa Maybank juga pengendali perbankan berteraskan syariah Islam terbesar di rantau ini menerusi Maybank Islamik.

"Saya harap isu ini tidak diputarbelitkan sehingga mengelirukan masyarakat. Kami ingin menegaskan di sini bahawa pelaburan ASN dan ASB halal dan harus," jelasnya.

Sementara itu, ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini, Jabatan Mufti Negeri Selangor mengesahkan ada mengeluarkan fatwa dan surat tersebut kepada sebuah pengendali laman sesawang.

Katanya, fatwa itu diputuskan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor ke 2/2011 pada April lalu.

Bagaimanapun, surat berkenaan dikeluarkan hanya untuk simpanan peribadi pengendali laman sesawang berkenaan dan bukannya untuk disiarkan kepada umum.

"Kami telah mengarahkan pengendali laman sesawang islamituindah untuk menarik balik siaran surat itu," kata jurucakap jabatan tersebut.

Sumber: Utusan Online

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?