Artis Jadi Ikon Kepada Golongan Muda Sertai Askar Wataniah

Oleh isma daud

16 Jun 2011 ~ Artis Jadi Ikon Kepada Golongan Muda Sertai Askar Wataniah



Siti Nurhaliza dan tujuh lagi rakan artis lain telah menyerahkan borang menerima tawaran menyertai pasukan askar wataniah kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Kementerian Pertahanan . Suami Siti Nurhaliza, Datuk Khalid Mohamad Jiwa juga hadir pada Majlis Penyertaan Selebriti Askar Wataniah di sini hari ini.

Turut menyertai askar wataniah ialah penyanyi Ana Raffali, pelakon Shaheizy Sam Abdul Samad, Aizat Amdan, penerbit filem David Teo; model, pengacara dan pelakon, Intan Nurladyana Mohamad Yahaya atau Intan Ladyana, pelakon Mohd Nor Bon dan anak perempuan Zahid sendiri Nurul Hidayah.

Zahid berkata selebriti yang menyertai rejimen itu dapat dijadikan sebagai ikon untuk menarik minat golongan muda turut sama terlibat dengan askar wataniah.

“Penyertaan mereka boleh dijadikan contoh ikutan kepada golongan muda dari pelbagai bangsa,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penyertaan Selebriti Dalam Askar Wataniah.

Sesiapa yang menyertai Rejimen Askar Wataniah perlu menjalani dan menamatkan latihan 39 jam dalam masa setahun mengikut kelapangan masing-masing sebelum ditauliahkan.

Zahid berkata, Kementerian Pertahanan mempelawa selebriti menyertai askar wataniah bagi memberi pendedahan kepada warga selebriti tentang aktiviti, latihan dan tugas-tugas Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Dengan penyertaan ini, saya mahu mereka merasai dan memahami sendiri latihan askar-askar ATM.
“Dalam masa yang sama, selebriti juga berperanan dalam menjiwai hati anak-anak muda masa kini, “ katanya lagi.-msia insider

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?