Sepanjang Jalan Di Sibu

@Facebook ~ "Tinta Dakwah Al Maranji"

~ Salam Persahabatan , Terima Kasih.

Tuesday, May 03, 2011

Tanpa Hormat Orang Tua, Muliakah Guru Agama Kita?

Oleh isma daud

Title "ustaz" dan "ustazah" bukan bermaksud anda sudah mulia dan berada dalam lingkungan orang yang betul semuanya. Kita manusia biasa tidak lepas daripada salah, silap, khilaf dan dosa. Kerana salah didikan keluarga dan cara bergaul kita barangkali menyebabkan kita salah cara dalam bertutur kata dan kurang tahu hormat orang tua.

Hari ini ramai yang jadi guru, jadi ustaz dan ustazah kerana terpaksa. Bukan datang daripada jiwa besar untuk mendidik diri dan mendidik anak bangsa dengan nawaitu yang ikhlas. Sebab itu ada yang merasa rimas dengan title yang dipegangnya. Ini kerana seseorang itu  tidak dapat menjaga akhlak dan tingkah laku yang sesuai dengan title yang diamanahkan kepadanya.

Bila digelar ustaz dan ustazah, sudah tentu ahli masyarakat menganggap mereka itu adalah orang yang lebih tahu atau alim dalam ilmu agama. Mereka lebih tahu tentang adab sopan dan tahu bagaimana dikatakan berakhlak mulia. Tapi malang, ada yang hanya tahu bercakap tetapi tidak berusaha mengamalkan apa yang dicakapkannya sehingga ada yang berpesan kepada muridnya; "Saya hanya ustaz atau ustazah di sekolah sahaja, di luar itu adalah hak dan kehidupan saya sendiri". Sebab dia berkata begitu kerana tidak mahu muridnya "keliru" bila bertemu dengan ustaz atau ustazahnya di dunia luar sana. Nanti orang akan berkata; "Betul ke ni ustaz atau ustazah kita, perangai buruk semacam saja???"

Saya juga seorang yang diberi panggilan ustaz. Dan saya bukanlah orang yang terbaik dan seolah-olah tidak buat salah atau silap. Saya juga manusia biasa, tiada yang maksum. Namun apabila ada orang yang bercerita tentang perilaku ustaz dan ustazah kita, hati ini terasa juga, terpalit rasa malu sama. "Seekor kerbau membawa lumpur, semua yang lain terpalit kotor sama". "Cubit peha kanan, peha kiri terasa juga".

Gambar Sekadar Hiasan
Saya terkilan apabila mendengar kisah sepasang orang tua yang datang berziarah ke rumah seorang ustazah yang tinggal berkongsi dengan rakan-rakan yang lain, telah dilayan dengan kurang sopan oleh ustazah tersebut. "Tidak kami sangka, dengan pakaian yang labuh , menutup aurat dengan sempurna dan "cukup mengamalkan" Islam boleh berbuat sombong dengan orang tua seperti kami. Kami datang berziarah anak kami, semua rakan-rakannya yang lain boleh menegur dan melayan kami sebagai tetamu dengan baik. Boleh jadi kami ni orang tua buruk, tidak berpelajaran tinggi, tidak sempurna dalam mengamalkan ajaran Islam dengan baik dan banyak jahil, jadi kami tidak disapa dengan baik oleh ustazah. Sejak berhari-hari kami tinggal di sini, dia tidak bercakap dengan kami, tidak keluar makan dan minum bersama kami. Bila diajak makan bersama, dicakapnya sudah kenyang, berkurung saja dalam biliknya, sampai kami sudah mahu balik ke kampung ni, langsung tidak bertanya khabar.". Begitulah keluhan orang tua yang terasa hati dengan tindakan ustazah tersebut.

Saya agak terkejut apabila mendengar rungutan orang tua tersebut.

Bagi saya situasi begini berlaku kerana kurang pergaulan ustazah tersebut dengan orang luar. Dia mungkin tidak terasuh oleh ke dua ibubapanya dengan adab dan sopan bagaimana mahu menghormati orang tua walaupun dia bukan ibubapa kita. Sebagai orang tua mereka berhak dihormati dan didahulukan. Itulah ajaran agama dan didikan masyarakat Islam kita.

No comments:

Related Posts with Thumbnails