Berharganya Jadi ARTIS Berbanding ULAMA

Oleh isma daud

gambar diambil di sini
Sambil melayari laman sesawang ni, sempat saya menyemak berita dan cerita, kisah artis masuk askar wataniah. Segala kebaikannya selalu mendapat perhatian sehingga kepada pak menteri tumpang glamournya. Itulah nilai berita dan itulah nilai harga seorang artis, apa yang dilakukan pasti mendapat liputan dan penghargaan yang segera. Cerita mengenai artis mudah dihidu oleh ahli masyarakat. Media tercari-cari berita artis untuk dimuatkan di dada-dada akhbar.

Bilakah lagi Islam akan dijulang tinggi, para Ulama diangkat sebagai insan berbakti? Bila agaknya mentaliti masyarakat kita akan beralih arah? Mata, telinga dan hati perasaan mereka dapat berpisah dengan artis? Bilakah agaknya; ruh teladan dan ikutan mereka akan beralih kepada insan-insan soleh dan alim ulama sebagai panduan? Hari ini kita sukar menjadikan orang berilmu pengetahuan diangkat menjadi contoh teladan. Berita dan cerita mereka tidak hangat di pasaran. Tiada nilai berita dan orang tidak mahu mengetahuinya. Apalah sangat yang ada pada seorang ulama berbanding artis?

Perlu ada satu anjakan kepada pihak media agar menjadikan ulama berada lebih baik kedudukannya berbanding artis. Sebenarnya ini adalah permainan media. Jika media mengangkat artis, maka masyarakat akan tergila-gilakan artis. Setiap hari dihidangkan dengan cerita artis yang berbagai ragam ceritanya baik dan buruk. Tetapi andainya suatu hari, para ilmuan dan ulama yang banyak berbakti kepada masyarakat diberi tempat yang lebih baik maka saya yakin masyarakat akan mengejar ulama untuk mendapatkan ilmu dan tip-tip panduan daripadanya. Bayangkan setiap hari para ulama dan ilmuan berada di muka hadapan media cetak perdana, senario puja artis ini akan terhakis dan ulama mengambil tempatnya.

Hari ini bila kita bertanya kepada anak-anak muda tentang tokoh ilmuan Islam dan tokoh agama setempat mereka tidak tahu. Tanya tentang nabi mereka pun, ramai yang tidak tahu. Tapi bila ditanya tentang artis ,baik artis hiburan , fesyen dan lakunan pasti mereka dengan lancarnya bercerita setiap artis secara detail dan mendalam pengetahuan mereka.

Sehingga yang sekolah tidak habis pun mahu jadi artis. Bila jadi artis boleh jadi pandai lebih pandai daripada rakan-rakan mereka yang pandai di sekolah. Bila TV, radio dan kerajaan nak buat iklan dan publisiti sesuatu, artis dahulu akan jadi jurubual dan jurucakapnya kerana suara mereka lebih laku. Sebab itu ramai yang tidak mahu belajar cerdik-cerdik . Kalau jadi artis tidak pandai pun akan cepat jadi pandai.

Kalau mahu para ulama diangkat, kita mesti berubah kepada memilih pemerintah yang mahukan ulama berada di barisan hadapan. Kerajaan yang ada hari ini terbukti melihat artis sebagai watak utama yang sentiasa dikedepankan. Maka selagi mereka memerintah, selama itu artis terus diletakkan ditempat yang istimewa. Itu saja alternatif yang ada kalau mahu melihat ulama berada ditempat yang lebih tinggi dan mulia.

Ahli masyarakat kita perlu dididik dengan cara pemikiran yang tepat dan betul. Kalau diserah kepada ketam untuk mendidik supaya anak-anaknya berjalan betul, sampai bila-bilapun tidak akan betul....

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?