Posts

Showing posts from May, 2011

Berani Ke Daud Desak KPM Bawa Balik Guru Agama Pantai Timur Semenanjung ?

Image
Oleh isma daud “Jika kita dapati ada guru agama dari Semenanjung Malaysia berkelakuan demikian, mereka boleh diambil tindakan dengan menghantar mereka pulang . “Jadi orang ramai yang dapat statistik (bukti) yang mengatakan mereka (guru agama) ini benar-benar berkelakuan demikian harus memaklumkan kepada kami supaya dapat dibawa ke pihak Jabatan Pelajaran untuk diambil tindakan,” Sudah bersediakah Sarawak tanpa guru agama dari Semenanjung khususnya daripada Kelantan Dan Terengganu??? Bagi Guru agama di sini mereka sangat mengalu-alukan agar mereka beramai-ramai dibawa balik ke negeri mereka masing-masing. Mereka sudah lama sabar minta transfer tidak dapat-dapat kerana tiada kekosongan di Kelantan dan Terengganu. Mereka sudah rindu kepada ibubapa yang sudah lama terpisah. Ada guru agama kita terpisah jauh dengan anak-anak mereka. Suami dan isteri mereka. Harap Menteri Sarawak buat desakan agar mereka dibawa balik segera. Guru Pantai Timur dinasihat tidak bawa budaya negatif ke

Berharganya Jadi ARTIS Berbanding ULAMA

Image
Oleh isma daud gambar diambil di sini Sambil melayari laman sesawang ni, sempat saya menyemak berita dan cerita, kisah artis masuk askar wataniah . Segala kebaikannya selalu mendapat perhatian sehingga kepada pak menteri tumpang glamournya. Itulah nilai berita dan itulah nilai harga seorang artis, apa yang dilakukan pasti mendapat liputan dan penghargaan yang segera. Cerita mengenai artis mudah dihidu oleh ahli masyarakat. Media tercari-cari berita artis untuk dimuatkan di dada-dada akhbar. Bilakah lagi Islam akan dijulang tinggi, para Ulama diangkat sebagai insan berbakti? Bila agaknya mentaliti masyarakat kita akan beralih arah? Mata, telinga dan hati perasaan mereka dapat berpisah dengan artis? Bilakah agaknya; ruh teladan dan ikutan mereka akan beralih kepada insan-insan soleh dan alim ulama sebagai panduan? Hari ini kita sukar menjadikan orang berilmu pengetahuan diangkat menjadi contoh teladan. Berita dan cerita mereka tidak hangat di pasaran. Tiada nilai berita dan oran

Hanya Seorang ; Dialah Imam, Dialah Bilal

Image
Oleh isma daud Dua malam lepas, saya dan beberapa orang kawan (ustaz-ustaz) menghadiri satu majlis keraian sahabat kami di satu kawasan perumahan dalam Bahagian Sibu. Setibanya kami di situ sudah melewati maghrib. Jadi kami singgah untuk solat maghrib di surau sebelum ke majlis tersebut. Boleh dikatakan surau ini terletak di kawasan perumahan orang Islam. Dari luar surau, kami dapat mendengar wirid yang sedang dibacakan oleh jamaah yang hadir. Pada perkiraan kami memang ada jamaah dalam surau tersebut. Namun bila kami melangkah masuk ke dalam surau batu yang indah itu, kami dapati hanya seorang sahaja yang kami fikirkan adanya jamaah tadi. Rupanya dialah imam, dialah bilal dan dialah makmum. Apakah senario seperti ini mewakili surau-surau di perumahan kawasan lain? Mungkin penghuni perumahan ini belum ramai yang pencen dari perkhidmatan kerajaan atau swasta. Biasa kita dengar keluhan orang ramai, bila sudah pencen atau bersara, baru berkira mahu ke surau atau masjid. Mungkin pe

Seminar PNB Di Hotel Paramount, Sibu.

Image
Oleh isma daud Berita Lewat. Suasana sewaktu majlis perasmian oleh YB Anuar Pada 14 Mei warga SMK Rosli Dhoby Dan SM Vokasional Sibu; dua sekolah berjiran berkumpul di Hotel Paramount, Sibu menghadiri LDP Seminar Pelaburan PNB 360 Hari bagi mendidik warga agar sentiasa sediakan payong sebelum hujan. Dalam seminar ini mereka diberi kesedaran tentang kepentingan mengurus aliran tunai , pelan perlindungan seperti insuran dan takaful , pelaburan , persediaan hari tua dan bersara dan khairat kematian . Kehadiran membanggakan; kelihatan tuan Pengetua SM Vakasional dan SM Rosli Dhoby Para peserta LDP kali ini didedahkan asas-asas pelaburan dan kaedah-kaedah yang betul sebelum membuat pelaburan baik jangka pendek dan jangka panjang agar mereka tidak rasa tertipu dan ditipu oleh ejen pelaburan yang banyak diluar sana. Dirasmikan oleh YB Dr Anuar Rafa'ee; ADUN Nangka. Gambar-gambar sekitar seminar dan penyampaian cenderahati sebagai rasa penghargaan Bijak Menyimpan

Selamat Hari Guru 2011

Image
Oleh isma daud Kepada semua rakan-rakan guru seluruh negara, saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Guru. Semoga setiap perit jerih mendidik anak bangsa akan mendapat ganjaran pahala di sisi Allah SWT. Pengarah JPN Sarawak menerima watikah Hari Guru 2011  Pada tahun ini; Sarawak akan menjadi tuan rumah bagi Sambutan Hari Guru Kebangsaan 2011. Tema Hari Guru kali ini ialah "GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA" .  Lima langkah yang boleh dimainkan oleh para guru untuk menjayakan transformasi pendidikan negara; 1. Bersikap terbuka 2. Jangan berfikir dengan pengalaman biasa - berfikir luar kotak 3. Urus tadbir yang efisien, cekap, produktif, kreatif, inovatif 4. Komited menaikkan nama dan imej KPM 5. Warga KPM hendaklah teguh dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan. Semoga ada berita baik untuk semua guru sempena sambutan hari guru pada tahun ini.  Hari Guru Di SMK Rosli Dhoby di sambut meriah pada 16 Mei. Pelancaran Hari Guru oleh YDP

Tanpa Hormat Orang Tua, Muliakah Guru Agama Kita?

Image
Oleh isma daud Title "ustaz" dan "ustazah" bukan bermaksud anda sudah mulia dan berada dalam lingkungan orang yang betul semuanya. Kita manusia biasa tidak lepas daripada salah, silap, khilaf dan dosa. Kerana salah didikan keluarga dan cara bergaul kita barangkali menyebabkan kita salah cara dalam bertutur kata dan kurang tahu hormat orang tua. Hari ini ramai yang jadi guru, jadi ustaz dan ustazah kerana terpaksa. Bukan datang daripada jiwa besar untuk mendidik diri dan mendidik anak bangsa dengan nawaitu yang ikhlas. Sebab itu ada yang merasa rimas dengan title yang dipegangnya. Ini kerana seseorang itu  tidak dapat menjaga akhlak dan tingkah laku yang sesuai dengan title yang diamanahkan kepadanya. Bila digelar ustaz dan ustazah, sudah tentu ahli masyarakat menganggap mereka itu adalah orang yang lebih tahu atau alim dalam ilmu agama. Mereka lebih tahu tentang adab sopan dan tahu bagaimana dikatakan berakhlak mulia. Tapi malang, ada yang hanya tahu bercaka