Rakyat Sarawak Mengundi DUN Ke 10 Hari Ini

Oleh isma daud

Sejumlah 961,433 pemilih Sarawak layak memilih wakil rakyat bagi 71 Dewan Undangan Negeri apabila pusat mengundi dibuka seawal jam 8:00 pagi ini. Penduduk Sarawak sejumlah 2,261,800 orang.

Pilihan raya kali cukup mencabar bagi BN dan PR kerana pilihan raya ini menjadi kayu ukur kepada PRU 13 nanti. Apakah kemenangan BN dalam banyak PRK menjadi relevan atau tidak mendatangkan kesan langsung kepada rakyat Sarawak? Apakah rakyat Sarawak mahu terus dipimpin oleh Taib Mahmud atau beralih kepada pemerintahan baru di bawah PR?

Ramai meramalkan bahawa BN akan terus memerintah dengan majoriti tipis. Bahkan dengan kebangkitan rakyat Sarawak yang dapat saya lihat dalam ceramah-ceramah umum  PR selama 10 hari lalu , kelihatan senario baru dalam jiwa rakyat Sarawak. Mereka berani dan yakin diri dalam menentukan sikap siapa yang mereka suka dan pilih. Ceramah umum PR begitu ramai yang hadir. Dengan jiwa besar itu ada yang berani meramalkan akan ada perubahan besar kepada senario politik Sarawak khususnya mencari pemimpin baru menggantikan Ketua Menteri yang ada. Dengan pelbagai isu yang dibawa, saya yakin rakyat Sarawak sudah membuat keputusannya, siapa yang mahu mereka pilih.

Sepanjang 11 tahun saya berada di bumi Sarawak, inilah kali pertama saya melihat sikap yang sedemikian rupa.

Ada dua slogan yang menarik perhatian saya dalam pilihanraya di sarawak ini. BN meniupkan slogan "Transformasi" , manakala PR melaungkan slogan "Jom Ubah!". Kedua-duanya memberi seruan untuk berubah dan beranjak.  Maka sudah tiba masanya rakyat memilih parti yang mereka yakini dapat merubah masa depan mereka.

Selamat Mengundi. Ingatlah Undi anda adalah penting untuk memilih seorang pemimpin yang beramanah yang akan menentukan masa depan anda dan generasi anda pada masa akan datang.

Berikut adalah fakta maklumat asas Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 yang diperoleh daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
  • PENDUDUK SARAWAK : 2,261,800 orang
  • JUMLAH DEWAN UNDANGAN NEGERI: 71
  • PENGUNDI : 979,796 (2006: 892,537) - 861,423 (biasa), 18,363 (pos)
  • PENGUNDI PALING RAMAI : N10 PENDING (29,488)
  • PENGUNDI PALING SEDIKIT : N70 BA'KELALAN ( 6,958)
  • PUSAT MENGUNDI PALING SEDIKIT: PUSAT MENGUNDI RUMAH TK PA'BERANG: 20 pengundi
  • JUMLAH PUSAT MENGUNDI : 1,749 (2006: 1,716)
  • SEKOLAH : 1,071 (2006: 1,062)
  • RUMAH PANJANG : 402 (2006: 396)
  • BALAI RAYA : 126 (2006: 125)
  • DEWAN : 59
  • LAIN-LAIN : 91 (2006: 125)
  • JUMLAH SALURAN : 2,606 (2006: 2,450)
  • CALON BERTANDING :
    PARTICALON
    BN 71 (2006: 71)
    PKR 49 (2006: 25)
    SNAP 26 (2006: 29)
    DAP 15 (2006: 12)
    PCM 6
    PAS 5 (2006: 1)
    BEBAS 41 (2006: 20)
  • JUMLAH CALON BERTANDING : 213 (2006: 158)
  • KATEGORI BERTANDING :
    • SATU LAWAN SATU - 27 (2006: 54)
    • 3 PENJURU - 23 (2006: 12)
    • 4 PENJURU - 17 (2006: 1)
    • 5 PENJURU - 2 (2006: 1)
    • 6 PENJURU - 2
  • PETUGAS PILIHAN RAYA : 24,379
  • PENGANGKUTAN:
    • Helikopter : 27 (2006:20)
    • Kapal terbang kecil: 2 (2)
    • Kereta & pacuan empat roda: 4,499 (2,257)
    • Perahu: 853 (1,055)

Marilah kita bagi sokongan kepada rakyat Sarawak untuk keluar mengundi dengan aman dan selamat bagi memilih pemimpin mereka sendiri. Janganlah ada tangan-tangan yang mengganggu gugat dan menafikan hak mereka untuk menyuburkan sistem demokrasi dalam tanah air mereka sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?