Sepanjang Jalan Di Sibu

@Facebook ~ "Tinta Dakwah Al Maranji"

~ Salam Persahabatan , Terima Kasih.

Sunday, April 10, 2011

Pelancaran Kelas Al-Quran Dan Tahfiz Sibu di Madrasah Islamiah, LAKIS, Sibu

Oleh isma daud

Lokasi; Madrasah Islamiah, Lakis, Sibu.

Hasrat melahirkan para Qari (Qurraa') dan para penghafaz Al-Quran sedari kecil insya Allah SWT akan menjadi realiti jika Kelas Al-Quran Dan Tahfiz ini berjaya dilakukan dengan penuh iltizam dan kesungguhan semua pihak. Bermula dengan program JaPS (Jawatankuasa Pelan Strategik Pendidikan Islam), Unit Pendidikan Islam, PPD Sibu, dibantu oleh LAKIS, Baitul Mal, JAIS, Persatuan Qurraa' Sibu dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung akan membenih dan membuahkan hasrat yang sekian lama terpendam di hati umat Islam Sibu.

Persembahan Nasyid dari adik-adik pelajar SK Agama MIS Sibu.

Diharapkan ibubapa dan masyarakat setempat memberi sokongan padu usaha yang dilakukan oleh Para Asatizah yang bertugas di Sekolah-Sekolah Menengah dan Rendah Bahagian Sibu yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga mereka membimbing anak-anak dan sesiapa yang berminat mendalam ilmu al-Quran sebagai bekalan dunia dan akhirat nanti.

Ibubapa yang hadir memberi sokongan

Kelas ini dibahagi kepada dua bahagian; Kelas Al-Quran dan Kelas Hafazan.

Kelas al-Quran dibimbing oleh guru-guru Al-Quran bagi menguasai ilmu berkaitan pembacaan al-Quran seperti ilmu tajwid, fasohah, lagu (tarannum) dan suara. Kelas ini akan dikendalikan oleh para Qari dan Qariah Bahagian Sibu baik daripada Persatuan Qurra' yang diketuai oleh Ustaz Nasir Bin Musel , JAIS di ketuai oleh Ustaz Hasbullah Bin Sabli. Dibantu oleh ustaz dan ustazah yang mahir dalam bidang-bidang seni Al-Quran dari sekolah-sekolah Bahagian Sibu.

Meja Pendaftaran

Kelas Hafazan pula dikendalikan oleh para ustaz dan ustazah daripada Unit Pendidikan Islam, Sibu. Anak-anak yang mempunyai minat dan kecenderungan menghafaz Al-Quran akan masuk ke kelas ini.

Ustaz Saidal Bin Mat sedang memberi taklimat kepada para hadirin

Al-Fadhil Ustaz Hafiez Bin Said (SK Agama (MIS) Sibu telah dilantik sebagai Mudir  Kelas Al-Quran dan Ustaz Hafiz Bin Imran (SK Abang Ali) sebagai Mudir Kelas Tahfiz.

Kelas ini akan diadakan pada hari Sabtu bermula jam 7.30 pagi sehingga 12.30 tengahari bertempat di Madrasah Islamiah, Bangunan LAKIS, Sibu.

Ustaz Hasbullah (JAIS), Puan Hajjah Fatimah ( Penyelia Agama), wakil PPD Sibu antara tetamu yang hadir

Buat permulaan kelas ini dibuka kepada anak-anak Islam dari sekolah rendah dan menengah yang sudah khatam Al-Quran atau boleh membaca al-Quran dengan baik. Insya Allah SWT jika kelas ini berjaya ia akan dikembangkan lagi kepada golongan dewasa yang berminat dengan Al-Quran.

Khusyuk menyaksikan persembahan nasyid dan bacaan al-quran

Pihak LAKIS telah bersetuju menampung perbelanjaan dan pengurusan pengendalian kelas ini. Terima kasih kepada pengerusi LAKIS dan jawatankuasanya yang telah merealisasikan cita-cita pencinta Al-Quran ini.

Sambutan yang baik ini diharapkan dapat menjayakan kelas al-quran yang akan bermula pada 23 April nanti.

Doa saya agar kelas yang diadakan ini akan menjadi asas terbinanya Madrasah Al-Quran dan Tahfiz Al-Quran pada suatu hari nanti. Insya Allah SWT.

No comments:

Related Posts with Thumbnails