Ustaz Mahazul Mamat, Kembali Ke Rahmatullah, Al-Fatihah!!!

Oleh isma daud


tinggal kenangan : allahyarham masa menuntut di Jordan dulu.
Ustaz Mahazul Bin Mamat telah kembali ke rahmatullah pagi tadi jam 2:40 pagi tadi kerana menghidap sakit leukimia di rumahnya, Kpg Kedai Baru diusia 36 tahun. Menurut catatannya di Facebook beliau yang lahir pada 14 Ogos 1975, kini berkhidmat di SMK Kubang Telaga, Bachok, Kelantan .

Saya menerima pesanan ringkas berita kematiannya daripada Ustaz Zawadi Che Seman ketika mengikuti Hari Profesional 2011, SMK Rosli Dhoby di Hotel Primer, Sibu, pagi tadi.

Kepada teman-teman Allahyarham yang dapat perkhabaran ini agar dapat menghadiahkan beliau dengan doa dan menyampaikan salam takziah kepada ahli keluarganya dan anak-anaknya yang masih kecil. Semoga ruhnya berada di sisi orang-orang beriman.

Saya sempat mengenalinya sewaktu belajar di Yarmouk University di tahun-tahun akhir pengajian saya di sana sekitar tahun 1995/96.

Sesungguhnya kita ini datang dari Allah SWT dan kepada Allah SWT jua kita semua akan kembali. Semoga orang-orang yang ditinggalkannya terus sabar dan tabah menempuh saat yang menduga ini. Al-Fatihah!!!

Comments

ayyabie said…
This comment has been removed by the author.

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?