Majlis Tadarrus Al-Quran (MTQ) Dan Festival Nasyid Bahagian Sibu Meriah!!!

Oleh isma daud

Majlis Tadarrus Al-Quran , Hafazan, Syarahan Agama, Bercerita Kisah Al-Quran  Dan Festival  Nasyid Sekolah Menengah dan Rendah Bahagian Sibu Kali ke-37 Meriah!!!

Tema MTQ tahun ini ialah : Al-Quran Teras Kesejahteraan Ummah Gemilang . Sementara Tema Festival Nasyid pula ialah : Akidah Kukuh Sahsiah Terpuji.

Pada tahun ini saya tidak terlibat secara langsung dengan JK Kehakiman. Tugasan baru saya ialah menyediakan BULETIN MTQ untuk edaran kepada tetamu-tetamu yang hadir ke majlis ini. Tugasan menyediakan buletin yang bersifat semasa ini agak mencabar juga. Percubaan pertama kepada saya dalam menyediakan tapak bagi buletin ini menggunakan Microsoft Publisher. Banyak saya belajar mengenainya. Pengalaman menjadi blogger, membantu serba sedikit tugasan saya dan rakan-rakan dalam jawatankuasa Buletin ini. 

Tugasan kali ini dibantu oleh Ustaz Rizal Bin Basiron Dan Cikgu Qibtiyah dari SK Hua Hin dan Cikgu Zurina Dan Cikgu Wan Satini dari SMK Rosli Dhoby. Terima Kasih cikgu-cikgu semua. Pelajar-pelajar Islam juga turut membantu khususnya pelajar-pelajar dari Kelab Fotografi SMK Rosli Dhoby. Dengan kerjasama mereka tugasan saya menjadi lebih teratur dan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Untuk mendapat gambaran perjalanan MTQ kali ini bolehlah klik gambar buletin di bawah ini;


Keluaran Pertama : Muzakarah Hakim Dan Cabutan Undi

Halaman Belakang Buletin Keluaran 1

Muka Depan Buletin MTQ 2011 Keluaran 2

Buletin Keluaran 2 , halaman belakang
Terima Kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan BULETIN MTQ 2011 ini.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?