Jadi Penulis Blog Kena Rajin Dan Beramanah

Oleh isma daud


Di sidang pagi semalam,  bersembang dengan rakan yang pernah bersemangat untuk berblog mendengar rintihannya yang blognya sudah "mati" sejak setahun yang lalu. Tanpa pengisian baru, blog sudah tinggal berkulat dan bersawang dek lama terbiar.

Di antara "header" yang pernah mewarnai blog Ustaz Rosli Dhoby di awal kemunculannya

Kena Rajin

Semasa lihat orang lain buat blog, memang masing-masing rasa teruja ingin berblog. Masing-masing sudah fikir dan pilih ruang lingkup dan kemampuan diri untuk menulis. Kalau ikutkan sudah ada objektif untuk berblog tu. Tapi sayang, berblog ini bukan untuk orang yang malas. Blog ini adalah untuk orang yang rajin. Rajin mencari bahan, rajin berfikir, rajin menyelidik, jiwa mesti hidup dan pancaindera mesti peka dengan alam sekeliling. Dan yang penting tu rajin menulis.

Seorang sahabat saya berkata; "sejak ada facebook jadi malas menulis. Di facebook selalunya kita tulis dalam bentuk santai, mudah dan ringkas. Yang tidak penting dan sampah pun kita tulis di FB. Tapi di blog ini lain, kena rajin buat kajian sedikit walaupun hal-hal yang bersifat peribadi, santai dan ringan."

Saya bersetuju, menulis di blog bukan hanya sekadar tulisan. Mahu juga ada bahan sokongan tentang apa yang ditulis. Penulis blog ini bagai seorang wartawan tetapi tidak terlatih sepertimana mereka yang terlatih dengan ilmu kewartawanan. Menulis perlu kepada kebijaksanaan dan garapan yang boleh memikat orang untuk terus hadir menjenguk blog kita.

Saya kira untuk menulis blog kita perlu bijak memilih tajuk, tulisan yang sederhana, tidak panjang berjela-jela, ada gambar yang mendokong berita atau cerita dan yang penting tulisan itu mesti ada isi dan isu.

Bertanggungjawab Dan Amanah

Satu perkara lagi, menulis di blog mesti datang dari jiwa yang jujur dan amanah. Menulis dengan rasa tanggungjawab. Sekarang ini blog adalah antara sumber rujukan banyak pihak dalam mendapat sumber berita dan ilmu. Maka amat penting sekali penulis blog berpegang kepada prinsip jujur dalam penulisannya serta beretika atau bertanggungjawab atas apa yang dilontar dan disampaikan kepada khalayak.

Bagi saya penulis blog mesti ada ciri-ciri ini, rajin dan amanah. Barulah dia mampu untuk terus hidup dengan blognya. Mampu menjadi penulis blog yang baik. Kalau tidak, lupakanlah untuk berblog atau menjadi penulis blog.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?