Sepanjang Jalan Di Sibu

@Facebook ~ "Tinta Dakwah Al Maranji"

~ Salam Persahabatan , Terima Kasih.

Tuesday, February 22, 2011

Unjuran Dibuat , Harapan Tidak Kesampaian

Oleh isma daud


Sahabatku seorang kaunselor sekolah yang penuh jiwanya dengan sifat kasih sayang, seorang yang berkarisma dan bermotivasi tinggi bertanya; "Apa ustaz fikirkan hari ini?". Terpancul keluar daripada mulutku sepatah perkataan yang tersedia ada dibenakku. Tidak perlu lama aku berfikir untuk mengeluarkannya kerana ia sudah ada bersarang di situ dan berlegar-legar dalam hati dan jiwaku. "Unjuran"; ujarku. Sekian lama persoalan unjuran ini bermonolog dalam fikiranku kerana ia masalah yang tidak kunjung selesai dari setahun ke setahun.

Dalam jiwaku bermonolog sepi;
Buat sementara waktu, apa dayaku. tidak semua yang aku mahu, akan aku dapat,  aku hanya mampu berharap kerana usaha itu bukan ditanganku, usaha itu ditangan orang lain. apa yang ada dalam milikanku hanyalah doa dan harapan. agak-agaknya akan aku perolehi apa yang aku mahu?  "Tidak semua dapat ku ungkapkan dengan kata-kata , jika aku hanya mampu berdoa sahaja. Hanya bisikan hatiku saja bekerja sedangkan seluruh anggota tubuhku kaku gagal berusaha. maka dengan apakah dapat aku merubah hakikat yang sedia ada kerana Tuhan tidak merubah nasib seseorang sehingga dia merubahnya sendiri".

Kenapa isu "Unjuran" yang menjadi sesuatu yang penting bagiku? Tidak lain, tidak bukan kerana ianya satu perkara yang sangat penting dalam kehidupan dan tugasan. Kerana ia sangat berkaitan dengan amanah dan tanggungjawab . 

Dalam menjayakan sesuatu kita sangat memerlukan kepada satu perancangan kepada sesuatu tugasan agar kita benar-benar mencapai apa yang kita mahukan. Apa yang mahu kita capai, usaha kita mesti setimpal dengan apa yang kita mahukan. Kata orang tua dengan penuh berhikmah; "Kalau kail panjang sejengkal , usah lautan dalam yang mahu diduga". Maka jika kita mahu menduga juga, semestinyalah kita membuat jangkaan dan perancangan yang tepat dan berkesan serta meyakinkan. Barulah kita mampu mengharapkan buah dan hasilnya. Oleh kerana kita mengharapkan keberhasilan atas apa yang kita usahakan maka kita perlukan satu jangkaan kepada satu kemungkinan yang meyakinkan kepada sesuatu yang mendatang. Kegagalan untuk membuat unjuran yang tepat dan berkesan menjadikan kita hanya berimpian dan mengharapkan tuah yang tidak kunjung tiba. Umpama mimpi di dalam mimpi sahaja.

Satu unjuran mampu merealisasikan sebuah impian atau harapan. Unjuran yang kita buat mesti meyakinkan diri kita dan pihak lain. Jika tidak, kita hanya mampu menonjolkan kebodohan diri kita sendiri. Sebagai contoh; sebuah sekolah yang mahukan tambahan seorang guru agama kerana bebanan tugas yang ditanggung oleh guru agama yang telah sedia ada dan sekolah itu dengan jumlah bilangan pelajarnya yang sebegian ramainya; layak memohon satu guru tambahan kerana koata yang ada itu memang layak tetapi unjuran yang telah dibuat langsung tidak meyakinkan. Guru yang sedia ada dihimpunkan kelasnya sehingga bilangan masa ia mengajar menjadi sedikit dengan longgokkan pelajar yang ramai dalam kelasnya, lebih malang lagi guru agama tadi disedikitkan masa mengajarnya sehingga dia kena mengajar subjek lain lagi. Lalu atas kelayakan koata, dibuatnya permohonan kepada Jabatan Pelajaran agar menambah seorang guru agama di sekolah itu, lalu dimanakah keyakinan pihak jabatan untuk menambah guru agama di sekolah itu sedangkan guru agama yang sedia ada bukan sahaja sedikit masa mengajarnya bahkan dia boleh mengajar subjek lain lagi. Mana kemunasabahan pihak yang memohon kekurangan guru agama ini?

Di sinilah letaknya tahap kebodohan yang amat dahsyat orang yang membuat unjuran itu dan memohon lagi agar guru agama itu ditambah bilangannya dan ditempatkan di sekolah itu.

Timbul persoalan di benak saya, sejauh mana peranan sesuatu unjuran yang dibuat dengan kehendak yang ingin kita capai. Kita mesti objektif dengan apa yang ingin kita perolehi. Contohnya; kita mahukan tambahan seorang guru, maka kita perlu pecahkan kelas dan jumlah pelajar yang sesuai mengikut aras dan kemampuan. Bukan melonggokkan semua pelajar yang berbagai tahap penguasaannya dalam satu kelas. Dengan ini kelas pandai bersaing sesama pandai, kelas yang lemah boleh diperkukuhkan sesuai dengan kepelbagaian kebolehan mereka. Jadi nampaklah kepada kita mengapa kita perlu lebih guru untuk mengajar di dalam kelas tersebut. Dengan mencantum semua kelas dan dijadikan satu sudah tentu bebanan guru tadi cukup berat kerana ia terpaksa berhadapan dengan pelbagai kebolehan murid yang tidak setara atau sekata, ini merugikan murid itu sendiri. Sementara guru pula terpaksa mengajar subjek lain bagi menampung kekurangan masa mengajar dalam seminggu. Sedangkan jika dipecahkan kelas tersebut, bukankah nampak kecerdikan pihak mengurus dan membolehkan guru tadi menjalankan tugasnya dengan lebih berkesan lagi. Pada masa yang sama barulah pihak jabatan yakin bahawa ada kekuarangan guru di situ yang perlu ditambah agar murid itu mendapat didikan dan ajaran yang sempurna.

Namun disebabkan kemalasan membuat unjuran yang berkesan, maka harapan menjadi tinggal harapan begitu saja. Segala bebanan tugas terhimpun di atas bahu tidak berkurangan lagi. Tinggallah guru yang memikul tadi dalam keadaan beban yang sedia ada sudah berat ditambah lagi dengan beban yang lain. Setiap harilah dia meratap nasib malangnya. Jauh di di sudut hatinya dia mengulang zikir; " Tidak semua dapatku ungkapkan dengan kata-kata, hanya di sini dapat aku meluahkan rasa, Tuhan sahajalah yang Maha Tahu".

Ya Allah bukalah jalanMu buat hamba-hambaMu, insya Allah ada jalannya....

No comments:

Related Posts with Thumbnails