Hakim Sepanduk Silap Membuat Penilaian; "Butakah Hakim?"

Oleh isma daud

Keputusan hakim adalah muktamad. Itulah hakikat yang perlu diterima dalam sesuatu pertandingan termasuk pertandingan sepanduk. Namun keputusan hakim sebagai manusia  biasa seringkali dipertikaikan apatah lagi terlalu nyata ketidakwajaran dan ketidakadilannya. Sudah tentu dalam setiap kehakiman termasuk sepanduk ini sudah ada skima kehakiman yang telah dibincangkan dan telah disepakati mengenainya.

Saya tidak bertujuan menyakiti mana-mana pihak yang terlibat tetapi sikap tidak profesional itu boleh menzalimi pihak lain dan menimbulkan rasa ketidakpuasan hati dan kekecewaan kepada pihak yang bertanding. Bagi "saya dan ramai orang" tertanya-tanya; "Kenapa keputusan hakim dalam mengumumkan "juara" dalam edisi Maulidur Rasul tahun ini ada yang boleh dipertikaikan dan sangat memalukan para hakim yang terlibat?"

Kesilapan mereka ini telah memberi palitan malu kepada jamaah hakim yang lain yang telah menjadi bahan jenaka pihak lain yang memberikan kenyataan lucu dan persendaan yang terpaksa ditelan kepahitannya bersama. Ada yang bertanya; "Hakim yang menilai sepanduk itu butakah?"

Di mana butanya hakim yang menilai itu? "Butakah Hakim Sepanduk Itu???"


Saya paparkan silap penilaian dalam contoh sepanduk;


Contoh Satu;


"Sepanduk Re-Cycle"

2010 ini wajahnya;

2010 - Kubah Hijau
2011; ini wajahnya....

2011 - Kubah Biru, kasihan hakim sepanduk, semua kena tipu...

Contoh Dua;

Tema; tema diputuskan dalam mesyuarat kehakiman bahawa ianya diletakkan dibahagian atas atau tengah yang bila dilihat ianya jelas kelihatan mengangkat tema yang ditentukan oleh pihak penganjur. Bila orang melihat sesuatu sepanduk perkara pertama orang lihat dimana temanya???


Ini contoh sepanduk yang tidak akur dengan skima kehakiman. Tapi telah dinobatkan sebagai juara. Sebab itu orang bertanya; "Butakah Hakim Sepanduk Itu?". Hakim Tema, apakah yang telah mereka lakukan?

Contoh Tiga;

Tema itu dinilai bukan sahaja ada tema tetapi garapan tema itu ada seninya dan ada sentuhan kreativiti tangan. Dalam keputusan hakim memberi juara kepada sepanduk ini adalah sangat memalukan, tulisan jawi yang menyatakan temapun dieja dengan salah, salah pada penggunaan kaedah jawi. Perhatikan dimana kedudukan tema dan ketepatan ejaan pada sepanduk ini;

Banyak kesilapan yang tidak akur kepada skima pemarkahan sepanduk

Bila dilihat kepada sepanduk ini jelas sekali hakim silap buat penilaian, sepatutnya sepanduk ini telah dikategorikan "sepanduk kurang akur dengan skima kehakiman". Tidak akur dengan tepat dengan keputusan perbincangan muktamad yang diputuskan dalam mesyuarat hakim yang telah diadakan terlebih dahulu. Jika tidak mahu melaksanakan skima yang dibuat tidak payah menyusahkan diri berbahas membuat peraturan dan skima kehakiman. "Hentam Sajalah Labu!!!"


Faktur Lain;


Grafik Dan Senibina yang mengangkatkan tema; Tema: "1Malaysia 1Ummah". Dimanakah garapan secara jelas telah memberi makna jelas dalam sepanduk di atas kepada tema sehingga tema yang ditentukan telah diangkat dengan sewajarnya? Mana letak kehalusan kerja  tangan terhadap tulisannya???

Ketepatan Dan Ketelitian; Perhatikan reka bentuk bendera Sarawak dalam sepanduk ini...


Bendera Sarawak Terbalik



Saya paparkan penilaian sewajar dan sepatutnya dalam contoh sepanduk;

Contoh Empat :

Perhatikan kepada ketepatan kepada sepanduk;


Bagaimana sepatutnya hakim menilai sepanduk yang asli, yang melihat kepada ketekunan sepanduk itu dibina. Sebab itu saya sifatkan; "Butakah mata hakim sepanduk itu???".



Contoh Lima : Sepanduk-Sepanduk Yang Akur Dengan Tema.


 Tidakkah semua sedar bahawa ketidaktelitian hakim sepanduk telah menafikan keadilan kepada sepanduk yang direka dengan sentuhan tangan yang kaya dengan kreativiti dan sarat dengan kajian sebelum ianya direka dan dibentuk dipapan sepanduk???

Bukannya orang buta, ramai masih dapat menilai dengan baik dan waras. Bukan orang tidak boleh terima kekalahan tetapi biarlah kalah dengan bermaruah.

Contoh Sepanduk Yang Baik;






Ini beberapa contoh sepanduk yang baik. Banyak Lagi Contoh Lain.

Pada saya pengumuman juara sepanduk tahun ini pada peringkat Sekolah Menengah adalah kesilapan penilaian para hakim dalam kategori itu.  Semua ini saya berpendapat ramai pihak yang bersetuju. Ianya pada hemat saya sahaja, boleh jadi pihak berkenaan ada jawapan sebaliknya. Bukannya orang tidak boleh terima hakikat kalah menang dalam pertandingan tetapi biarlah pihak yang bertanding rasa puas hati dengan keadilan dan ketelitian hakim yang diamanahkan.

Kepada pihak-pihak yang terlibat, ini yang anda dapat; "Rumah Telah Siap, Pahat Masih Berbunyi." Sekurang-kurang sehingga beberapa tahun yang mendatang. Renung-renungkanlah!!!

Comments

xpo lah ustad...biar dia jwb di muka pengadilan kalau dia x adil..
isma daud said…
cikgu Wan, kita bukan nak ubah keputusan yang sudah mereka itu buat, tapi kita bersuara agar mereka itu ubah jalan berfikir, amanah yang diberi jangan dikhianati. Ini baru benda kecil belum diserah dengan tanggungjawab yang lebih besar..."Tolonglah saudara kamu yang zalim dan yang kena zalim" (mafhum alhadis)
Anonymous said…
kah kah kah. tebus la balit tahun tok. apa susahnya
Anonymous said…
Assalamualikum...cuma satu saya hendak katakan disini ialah pertandingan poster sempena sambutan maulidur rasul cuma terhad pada canvas 4 x 8. Semua grafik sepatutnya diterjemah berlandaskan tema..contohnya tahun ini "PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH" tapi ada poster yg.menang(JOHAN) ada grafik roket(Appolo)??? grafik ini bertepatan dan sesuai pada 2006 dimana temanya,"Keunggulan Ilmu Teras Kegemilangan Ummah" tetapi tidak ada kaitan dengan tema pd tahun ini.Ini cuma pandangan peribadi saya. Sekian terima kasih.Mohon maaf sekiranya pendapat saya salah.
Anonymous said…
DAH KALAH TAK PAYAHLAH CAKAP BANYAK
TAHUN HADAPAN JUMPA LAGI
ibn wasli said…
tahniah ustaz..satu teguran yang baik supaya para hakim akan lebih teliti dalam memberi keputusan..saya faham apa yang ustaz cuba sampaikan..bkn soal siapa menang siapa kalah yang kita mahukan tetapi soalnya ialah kita mahukan keputusan yang adil dan penilaian yang mengikut peraturan yang ditetapkan..sekali lagi tahniah buat ustaz n semoga ustaz lebih kuat dalam menyampaikan dakwah di sibu..
isma daud said…
ibnu wasli... sesungguhnya menyatakan kebenaran itu pahit dan menerima hakikat kebenaran itu lagi pahit. sebab itu kena sabar seperti Allah telah peringatkan dalam surah al-Asr , ayat 3; "...berpesan-pesanlah dengan kebenaran dan berpesan-pesanlah dengan kesabaran" . wallahu a'lam.

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?