Sepanjang Jalan Di Sibu

@Facebook ~ "Tinta Dakwah Al Maranji"

~ Salam Persahabatan , Terima Kasih.

Saturday, February 12, 2011

Diktator Mesir Jatuh, Yang Lain Menyusul ???

isma daud ;

"diktator jatuh seorang demi seorang, diktator2 lain sendiri tolong ingatlah, anda lupa, rakyat ingatkan. Apakah mereka akan diteruskan diktator lain pula? Sepatutnya peristiwa sebegini menjadi asas pemikiran pemerintah yang suka berbuat zalim. Dan rakyat jangan izinkan nasib mereka ditentukan oleh kezaliman lain lagi. Pisang jangan sampai berbuah dua kali,  jangan sampai dipatut ular sekali lagi ditempat yang sama.  Kepada pemuka dan penguasa yang zalim; ingat kuasa rakyat yang dizalimi, ketika mereka bangkit menentang kezaliman, cukuplah Allah SWT bersama-sama mereka.

Rakyat Mesir, Rakyat Tunisia telah tentukan...... apakah kita akan terus diulit kenikmatan penguasa yang bijaksana membuai rakyat dengan kenikmatan yang bersalut dan tersembunyi didalamnya sifat-sifat kezaliman???

Kepada yang masih ada mata hati, masih ada masa untuk kembali kepada asas adil. Berlaku adillah kerana ianya hampir kepada taqwa. Renunglah segala kisah yang berlaku buat iktibar kepada yang lainnya yang masih hidup dan bernafas atas muka bumi Allah ini. Ingat jika anda terlepas di dunia, akhirat belum pasti.

Fikir-fikirkanlah!!!"

Sumber : Malaysiakini
Mubarak undur, tentera ambil alih Mesir




Presiden Mesir Hosni Mubarak akhirnya meletakkan jawatan dan meminta pihak tentera mentadbir negara itu, umum naib presiden Omar Suleiman.

Kenyataan ringkas di stesen televisyen nasional itu dibuat sehari selepas Mubarak bertegas tidak akan melepaskan jawatannya.

Berita pengundurannya itu disambut meriah oleh lebih sejuta rakyat Mesir yang berkumpul di Dataran Tahrir di Kaherah.

Presiden dan keluarganya sebelum itu dilaporkan meninggalkan istana presiden di ibu negara ke Resort Laut Merah Sharm el-Sheihh.

Lelaki yang menerajui Mesir selama 30 tahun dan terlepas daripada enam cubaan membunuh akhirnya terpaksa akur pada kehendak rakyat yang mahukan perubahan.

Mubarak, 82, meletakkan jawatan hari ini selepas 18 hari protes antikerajaan tanpa gangguan - terbesar pernah dilangsungkan di negara itu.

Mubarak terhindar daripada banyak serangan sebelum ini tetapi suara rakyat akhirnya membuktikan sesuatu.

Enam kali pembunuh upahan cuba menamatkan riwayatnya. Perang sampai ke pintu rumah.

Jiran mengebom negaranya. Kerajaan pimpinannya hampir muflis. Aktivis berulang kali menyumpahnya di jalan raya. Tetapi Mubarak selama itu terus juga berkuasa.



Kebanyakan rakyat Mesir masih belum dilahirkan apabila pendahulunyanya Anwar Sadat dibunuh pada 1981.

Mubarak, ketika itu naib presiden, hanya beberapa meter daripada Sadat, dan turut terkena tembakan di tangan.

Beliau mengangkat sumpah sebagai presiden lapan hari kemudian, pada 14 Oktober 1981.

--dpa

1 comment:

ibnuyassir said...

Ar Rayah World News

Mubarak Berundur, Khilafah Akan Kembali

http://ibnuyassir.blogspot.com/

Related Posts with Thumbnails