Posts

Showing posts from February, 2011

Unjuran Dibuat , Harapan Tidak Kesampaian

Image
Oleh isma daud Sahabatku seorang kaunselor sekolah yang penuh jiwanya dengan sifat kasih sayang, seorang yang berkarisma dan bermotivasi tinggi bertanya; " Apa ustaz fikirkan hari ini? ". Terpancul keluar daripada mulutku sepatah perkataan yang tersedia ada dibenakku. Tidak perlu lama aku berfikir untuk mengeluarkannya kerana ia sudah ada bersarang di situ dan berlegar-legar dalam hati dan jiwaku. " Unjuran "; ujarku. Sekian lama persoalan unjuran ini bermonolog dalam fikiranku kerana ia masalah yang tidak kunjung selesai dari setahun ke setahun. Dalam jiwaku bermonolog sepi; Buat sementara waktu, apa dayaku. tidak semua yang aku mahu, akan aku dapat,  aku hanya mampu berharap kerana usaha itu bukan ditanganku, usaha itu ditangan orang lain. apa yang ada dalam milikanku hanyalah doa dan harapan. agak-agaknya akan aku perolehi apa yang aku mahu?  "Tidak semua dapat ku ungkapkan dengan kata-kata , jika aku hanya mampu berdoa sahaja. Hanya bisikan hatiku s

Hakim Sepanduk Silap Membuat Penilaian; "Butakah Hakim?"

Image
Oleh isma daud Keputusan hakim adalah muktamad. Itulah hakikat yang perlu diterima dalam sesuatu pertandingan termasuk pertandingan sepanduk. Namun keputusan hakim sebagai manusia  biasa seringkali dipertikaikan apatah lagi terlalu nyata ketidakwajaran dan ketidakadilannya. Sudah tentu dalam setiap kehakiman termasuk sepanduk ini sudah ada skima kehakiman yang telah dibincangkan dan telah disepakati mengenainya. Saya tidak bertujuan menyakiti mana-mana pihak yang terlibat tetapi sikap tidak profesional itu boleh menzalimi pihak lain dan menimbulkan rasa ketidakpuasan hati dan kekecewaan kepada pihak yang bertanding. Bagi " saya dan ramai orang " tertanya-tanya; " Kenapa keputusan hakim dalam mengumumkan "juara" dalam edisi Maulidur Rasul tahun ini ada yang boleh dipertikaikan dan sangat memalukan para hakim yang terlibat? " Kesilapan mereka ini telah memberi palitan malu kepada jamaah hakim yang lain yang telah menjadi bahan jenaka pihak lain yang

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Image
Oleh isma daud Banyak sepanduk yang dipamerkan memiliki nilai kreatif sentuhan moden dan tradisi hasil kerja tangan kontijen yang bertanding. Sepanduk yang memiliki 3 dimensi (3D) terus mendapat perhatian para hakim dalam pertandingan sepanduk setiap tahun. Inilah wajah sepanduk yang diolah dengan kreativiti sepenuhnya oleh pasukan sepanduk masing-masing. Sepanduk-sepanduk kali ini bertunjangkan tema ; 1Malaysia 1Ummah . Berikut adalah sepanduk yang sempat dirakamkan oleh lensa kamera untuk tatapan bersama. Juara Sepanduk Sekolah Menengah : SMK Sibu Jaya, Sibu Naib Juara Sekolah Menengah: SMK Rosli Dhoby, Sibu Tempat Ketiga Sekolah Menengah : SMK Bukit Assek, Sibu. Sepanduk Sekolah Menengah Agama Sibu : Kreatif Layak Berada Dalam 3 Terbaik. Sepanduk SMK Methodist Sibu Johan Sekolah Rendah Dan Keseluruhan : SK Abang Ali, Sibu. Naib Johan : SK Agama (MIS) Sibu, Sibu Tempat Ketiga : SK Sentosa Sibu Sepanduk SK Kpg Bahagia Jaya Sibu : Layak Berada

SMK Rosli Dhoby Naib Juara Kategori Sekolah Menengah Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Image
Oleh isma daud Dengan kekuatan kontijen seramai 300 orang yang terdiri daripada pelajar, guru dan kakitangan, SMK Rosli Dhoby menyertai Perarakan Maulidur Rasul 1432H/2011M Bahagian Sibu dan meneruskan kecemerlangannya dalam kategori sepanduk apabila sekali lagi menjadi naib juara dalam kategori sekolah menengah. Johan tahun ini ialah SMK Sibu Jaya dan tempat ketiga SMK Bukit Assek. Dengan itu SMK Rosli Dhoby merangkul piala dan wang tunai sebanyak rm300. Arkitek Sepanduk Memberi Tabik "Spring" Siap Bertanding Pada tahun ini sebanyak 75 kontijen mengambil bahagian dalam perhimpunan dan perarakan. Ini merupakan jumlah terbesar sepanjang acara sambutan Maulidur Rasul di Sibu ini. Penghasilan sepanduk sekolah pada tahun ini berwajahkan 1Malaysia dalam erti wajah rakyat Sarawak yang terdiri daripada perbagai etnik bangsa yang hidup dalam suasana harmoni dan bersatu hati. Inilah wajah sepanduk yang diolah dengan kreativiti sepenuhnya oleh pasukan sepanduk sekolah. Sep

Diktator Mesir Jatuh, Yang Lain Menyusul ???

Image
isma daud ; " diktator jatuh seorang demi seorang, diktator2 lain sendiri tolong ingatlah, anda lupa, rakyat ingatkan. Apakah mereka akan diteruskan diktator lain pula? Sepatutnya peristiwa sebegini menjadi asas pemikiran pemerintah yang suka berbuat zalim. Dan rakyat jangan izinkan nasib mereka ditentukan oleh kezaliman lain lagi. Pisang jangan sampai berbuah dua kali,  jangan sampai dipatut ular sekali lagi ditempat yang sama.  Kepada pemuka dan penguasa yang zalim; ingat kuasa rakyat yang dizalimi, ketika mereka bangkit menentang kezaliman, cukuplah Allah SWT bersama-sama mereka. Rakyat Mesir, Rakyat Tunisia telah tentukan...... apakah kita akan terus diulit kenikmatan penguasa yang bijaksana membuai rakyat dengan kenikmatan yang bersalut dan tersembunyi didalamnya sifat-sifat kezaliman??? Kepada yang masih ada mata hati, masih ada masa untuk kembali kepada asas adil. Berlaku adillah kerana ianya hampir kepada taqwa. Renunglah segala kisah yang berlaku buat iktibar kepada

Gong Xi Fa Cai Di Rumah Tuan Pengetua SMK Rosli Dhoby

Image
Oleh isma daud Kami sampai di rumah Tuan Pengetua di Jalan Setia, Sibu jam 1:30 petang. Tiada tetamu lain, hanya kami sekeluarga sahaja. Tuan Pengetua menyambut kami dengan mesra begitu juga isteri dan anaknya. Sebenarnya kami tidak pernah lupa berkunjung ke rumah Tuan Pengetua saban tahun khususnya pada hari yang penuh bermakna bagi orang cina atas rasa persefahaman dan rasa hormat walau kami berbeza bangsa dan agama. Masyarakat Malaysia yang harmoni sentiasa sedar hal ini dan hidup saling menerima dan menghargai satu sama lain. Begitu Tuan Pengetua tidak pernah "miss" hadir bertandang ke rumah kami  ketika Sambutan Aidilfitri dan jika ada keraian. Tuan Pengetua menyediakan masakan melayu Sarawak yang ditempah khusus dengan Puan Nafsi bagi hidangan dan jamuan Tahun Baharu Cina ini agar semua yang hadir dapat makan dan minum makanan yang halal. Kalau diperhatikan pada hari ini semakin ramai masyarakat Tiong Hua  menyedari kepentingan menyediakan makanan halal dan me

Tanpa Ph.D Tidak Bererti Seseorang Tidak Boleh Mengajar Dengan Baik

Image
Oleh Dr Fauziah Mohd Noor mStar Online Nak mengajar perlukah kena ada Ph.D? Assalamualaikum, TERINGAT saya kepada satu kata-kata Allahyarham Prof Ahmad Ibrahim di antara pengasas Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Menurut beliau, jika seorang pensyarah itu tidak mempunyai Doktor Falsafah (Ph.D), bukan bermakna seseorang itu tidak boleh mengajar dengan baik. Adakalanya seorang pensyarah tanpa Ph.D mempunyai mutu pengajaran yg lebih baik di dalam pengajaran berbanding dengan pensyarah yang mempunyai Ph.D. Saya sesekali tidak pernah dan tidak akan menyanggah kata-kata tersebut. Bahkan saya bersetuju seratus peratus dan kalau saya diberi pilihan pada tahun 1997. Persoalannya mahu buat Ph.D atau tidak? saya mungkin memilih tidak, kerana terlalu banyak yang perlu dikorbankan. Sebagai contoh, suami terpaksa bercuti tanpa gaji selama 3 tahun dan anak sulung pula ketinggalan dalam pelajaran selama 3 tahun. (kerana polisi waktu itu mewajibkan Ph.D dari universiti di luar ne