Undang-Undang Penerbitan Dan Siber : Sasaran Kepada Siapa?

Oleh isma daud

Catatan : melalui siaran TV3 semalam saya sempat tonton dan dengar kenyataan ini. kalau tidak salah dengar bunyinya begini...

"Satu garis panduan yang memberi definisi terperinci mengenai kesalahan hasutan dalam konteks dunia siber akan dikuatkuasakan bulan depan"  - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.

"ia melibatkan Menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN), Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri serta Jabatan Peguam Negara."

Menteri KDN pernah berkata ; "Kementerian Dalam Negeri telah menubuhkan jawatankuasa untuk merangka strategi komunikasi kerajaan selain menangani berita palsu yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab."

"Selama ini kerajaan tidak mengambil tindakan undang-undang yang tegas tetapi kali ini kerajaan berpendapat, jika pembohongan dan berita palsu ini dibiarkan berterusan, pihak tidak bertanggungjawab ini akan menganggap tindakan mereka betul dan rakyat akan terus tertipu,"



Semalam (26/1); Dalam Berita Harian pula Menteri KDN berkata; Pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 hanya cadangan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Mahmood Adam mengenai pindaan terhadap Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 hanya cadangan dan belum dibincangkan di peringkat jawatankuasa membabitkan tiga pihak.

Beliau berkata, jawatankuasa itu membabitkan KDN, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan Jabatan Perdana Menteri.

"Sebarang pindaan akan dibawa ke dalam jawatankuasa itu sebelum ia dibawa ke Kabinet," katanya di Parlimen hari ini.

Hishammuddin diminta mengulas kenyataan Mahmood semalam bahawa KDN akan membuat pindaan terhadap Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 supaya menjadi lebih komprehensif dan tidak terhad kepada bahan cetak semata-mata.

Mahmood dipetik berkata, pihaknya meminta Jabatan Peguam Negara mengkaji definisi penerbitan dalam akta itu sama ada ia boleh meliputi terbitan dalam bentuk multimedia termasuk kandungan internet, Facebook dan perisian.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?