Posts

Showing posts from 2011

Perubahan Golongan Artis Lebih Positif Daripada Ahli Politik???

Oleh isma daud Sekadar bermuhasabah diri. Daripada pemerhatian saya, ramai para artis yang membuat perubahan positif . Dulu artis sekarang pun mereka itu artis tapi penampilan mereka yang berubah. Kelainan mereka bukan pada bakat tetapi jiwa mereka berubah; pendekatan mereka berubah dan penampilan mereka juga berubah. Ada di antara mereka yang membuat perubahan positif. Dan saya mengharapkan mereka bina perubahan ini atas keikhlasan yang tinggi dan menjadi aset kepada dunia dakwah dalam bentuk yang berbeza. Menjadikan bidang seni dan kualiti diri untuk menegakkan agama Allah SWT. Hidayah Allah SWT kepada sesiapa saja yang Dia KehendakiNya. Beberapa artis yang pernah mengecapi zaman popular dan kegemilangan mereka sedikit masa dahulu kini lebih tenang dengan pelbagai aktiviti dakwah baik bergerak secara individu, mengikut jamaah tertentu dan ada yang bergiat dalam jamaah islamiah. Bukan hanya artis lelaki , malah artis wanita yang dulunya tidak mengenal batas aurat dan perg

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Image
Oleh isma daud Sebelum saya melebarkan lagi perbincangan hal agihan daging korban marilah kita hayati sabda junjungan nabi kita Muhammad SAW sebagai renungan kita bersama. gambar sekadar hiasan sahaja Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidil Adha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi). Dapat difahami bahawa apa yang dituntut daripada ibadat korban ialah keredaan dan lapang dada kita untuk melakukan ibadat itu, bukan terpaksa, terikut-ikut atau untuk menunjuk-nunjuk. Apa yang akan sampai kepada Allah bukan daging, atau binatang korban tetapi ketakwaan yang mendorong kita melakukan ibadat korban. Allah berfirman yang ber

Jika Darurat....

Image
Oleh isma daud Tuan T (bukan Islam dan bukan nama sebenar) bertanya dekat kantin sekolah, Jika tidak sensitif harap ustaz dapat bincangkannya.... sambil makan-makan ni , boleh tahu kalau orang Islam berlaku kepadanya keadaan tiada makanan kecuali binatang yang Islam haramkan memakannya seperti sembelihan orang bukan Islam dan binatang BAB(1), bolehkah orang Islam makan??? Maka saya jawabkannya dengan sekadarnya saja pada ketika itu disebabkan keterbatasan ilmu dan hafalan ayat-ayat Al-quran sebagai landasan hukum dan perkara yang dibincangkan di dalam dada saya.  Maka dalam ruangan ini saya bawakan firman Allah SWT bagi menjelaskan lagi persoalan ini. Semua binatang yang diharamkan ketika dalam keadaan biasa, adalah halal ketika dalam keadaan darurat. Maksud darurat itu insya Allah saya perincikan mengikut pandangan ulama. Firman Allah: "Allah telah menerangkan kepadamu apa-apa yang telah Dia haramkan atas kamu, kecuali kamu dalam keadaan terpaksa." ~ surah al-An

Jangan Kahwin Dengan 6 Jenis Perempuan

Image
isma daud : masa bercinta semua indah, tiada cacat cela pada pasangan kita. bila sudah berkahwin baru terserlah kekurangan pasangan di sana sini. Maka menjadi tanggungjawab suami mendidik isterinya agar mereka seiringan berpimpin tangan ke syurga dengan redha Allah SWT. Jika tidak , kemurkaan Allah SWT bukan kepada isteri sahaja, bahkan suami terheret sama ke nerakaNya. Marilah kita berdoa agar memperolehi keluarga bahagia. "Dikahwini wanita itu dengan empat sifat ; hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya, pilihlah yang beragama nescaya kamu akan mendapat kebahagiaannya" ~ mafhum hadis. Bacalah sejenak ~ sekadar renungan buat kita bersama; Jika nak cari isteri, carilah isteri yang beragama dan berakhlak. Dan jangan berkahwin dengan 6 golongan wanita yang mempunyai sifat-sifat di bawah : 1. Al-Ananah Wanita yang banyak mengeluh. Contohnya, apa saja yang diberi, tidak pernah mencukupi. Bagi kereta tak cukup, rumah tak cukup dan barang kemas menimbun pun s

Niat Yang Baik Usah Persiakan

Image
Oleh isma daud Seorang lelaki muda bangun di awal pagi utk solat subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudu' dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan lelaki itu jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudu', dan, berjalan menuju masjid. Dlm perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Dirumah, dia, sekali lagi berganti baju, berwudu' dan berjalan lagi menuju masjid. Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu. Dia menyapa lalu lelaki itu menjawab "Saya melihat kamu jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan kamu.' Lelaki muda mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid. Saat sampai di masjid, lelaki muda itu mengajak teman barunya yang membawa lampu untuk masuk bersolat subuh bersamanya. Lelaki tadi menolak

Pelajar Muslim Bakal Duduki PMR , SPM Dan STPM 2011 Solat Hajat

Image
Oleh isma daud Majlis Solat Hajat bagi pelajar PMR, SPM dan STPM tahun 2011 Bahagian Sibu telah dianjurkan bersama Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Sibu dengan Persatuan Graduan Bumiputera Sibu (PGBS) telah selamat di adakan petang tadi di Masjid An-Nuur, Sibu. Turut bersama dalam majlis ini ADUN N49 Nangka, Dr Annuar Bin Rapaee dan tetamu undangan Personaliti Popular dan Pelakon Fahrin Ahmad. Program asal disebut-sebut sebagai Ceramah Pengayaan Minda bersama Imam Muda Muhammad Asyraf. 9 buah sekolah menengah di daerah Sibu terlibat dalam majlis ini. Sekitar 4000 orang hadir menjayakan program ini. Sementara itu, seramai 115 orang pelajar SMK Rosli Dhoby turut serta. Solat Hajat telah diimamkan oleh Ustaz Abdul Karim dari SMK Agama Sibu, Sibu. Bacaan Yaa Siin pula dikendalikan oleh pelajar-pelajar SMK Agama Sibu memimpin pelajar-pelajar lain. Cuma program sebesar ini dengan kos yang besar saya kira, agak mendukacitakan disebabkan oleh sistem audio yang tidak memuaskan. Peng

Suasana Sambutan Ramah Tamah Aidil Fitri SMK Rosli Dhoby 2011

Image
Oleh isma daud 24/09/2011 Program Solat Hajat Peperiksaan Awam Peringkat SMK Rosli Dhoby diadakan serentak dengan Sambutan Ramah Tamah Aidil Fitri. Walaupun bulan Syawal hampir kepenghujungnya, sambutannya masih hangat di sana sini. Pelbagai program sambutan dirancangkan agar sambutannya menjadi meriah dan bermakna sekali. Untuk menjimatkan masa, dua program diadakan serentak. Bermula jam 8:00 pagi masjid An-Nadwah telah dipenuhi oleh para ibu bapa, pelajar dan warga sekolah. Tepat jam 8:20 pagi Yang Dipertua PIBG SMK Rosli Dhoby telah mengambil tempat bersama tetamu jemputan lain. Di antara yang hadir pada pagi ini ialah En Aziz Bin Arshad (Nazir, PPD Sibu), Ustaz Hasbullah Bin Sabli (JAIS) dan Ustaz Ahmad Syukri Bin Yusof ( Guru Agama, SMK Lanang, Sibu). Program solat hajat dimulakan dengan bacaan Yaa Siin, dipimpin oleh Ustaz Hasbullah dan imam solat Hajat ialah Ustaz Ahmad Syukri. Selesai sahaja solat hajat di Masjid, para tetamu semua beredar ke Dewan Seri Perkasa un

Ramah Tamah AidilFitri GPI Sibu Anjuran JaPS, Sibu Meriah

Image
Oleh isma daud Sambutan Aidilfitri Bagi Guru-Guru Pendidikan Islam Daerah Sibu cukup meriah. Kesempatan berjumpa seperti ini cukup bermakna sekali bagi warga pendidik yang datang dari ceruk rantau Bahagian Sibu ini. Setelah sebulan berpuasa dan pulang berhari raya di kampung halaman masing-masing dan kini kembali bertugas, inilah masanya  ustaz-ustazah kita untuk bersua muka dan beramah mesra disamping bermaaf-maafan diantara satu sama lain. Majlis Ramah Tamah Aidil Fitri ini bertujuan untuk merapatkan ukhuwwah dan silaturrahim di antara semua GPI di Daerah Sibu. Program ini adalah anjuran Unit Pendidikan Islam dengan kerjasama Jawatankuasa Perancangan Strategik Sibu ( JaPS ) serta semua GPI Daerah Sibu. Tahniah kepada semua yang hadir ke majlis ini. Lokasi majlis pada tahun ini ialah Dewan SMK Kampung Nangka Sibu. Dalam majlis ini turut sama diadakan Majlis Perpisahan dengan Mantan Penyelia Agama [Unit Pendidikan Islam] , Daerah Sibu; Puan Hajjah Fatimah Bt Hj Razali yang t

Ke Mana Arah Tuju Kurikulum Pendidikan Islam Selepas Ini ???

Image
Oleh isma daud : Kurikulum Pendidikan Islam telah disemak semula kali terakhir seingat saya ialah sekitar tahun 2005. Saya mengharapkan akan impak yang lebih berkesan dengan semakan terbaru ini dengan memperkenalkan tajuk-tajuk yang lebih releven dengan keadaan semasa khususnya di Bahagian Tilawah, Hadis Dan Adab Islamiah. Sebelum ini ada kelemahan dapat saya kesan apabila ada pertindihan tajuk di bahagian-bahagian ini seperti tajuk Dakwah, Adab Ibu Bapa dan beberapa tajuk lagi. Dengan keterbatasan waktu P&P yang hanya 6 masa (3 + 2 + 1) seminggu bagi PMR, 4 masa (3+1) seminggu bagi SPM dan Pendidikan Islam tidak disenaraikan sebagai subjek wajib ambil di peringkat UPSR, apakah mampu meletakkan Pendidikan Islam berada ditempat yang sewajar dan sepatutnya di hati orang Islam? Di bahagian Akidah; adakah diperkukuhkan dengan tajuk yang menepati cabaran semasa hari ini? Batas-batas iman dan kufur apakah akan dimasukkan sebagai sebahagian daripada sukatan matapelajaran? Kega

Bumbung Bangunan Pentadbiran SMK Rosli Dhoby Kena Serangan Ribut

Image
Oleh isma daud Catatan Peristiwa : Bumbung Bangunan Pentadbiran SMK Rosli Dhoby kena angin ribut dan menyentap atap sehingga jatuh di Gelanggang Permainan lewat petang semalam (Ahad). Tiada kecederaan jiwa berlaku kerana pada masa itu tiada pelajar bermain di kawasan tersebut dan sudah hampir ke waktu berbuka puasa. Angin kencang yang datang secara tiba-tiba mengakibatkan kerosakan teruk bahagian bumbung yang menempatkan buku teks dan perpustakaan. Usaha membersih dan memastikan keselamatan harta-benda dan pelajar telah diambil tindakan sewajarnya. Walaubagaimana pun, kerja membersih dan membaik pulih bahagian kerosakan tersebut memakan masa yang memerlukan tindakan segera pihak yang terbabit. Musibah adalah satu tragedi.... Pada hari yang sama tragedi tanah runtuh di di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di Brinchang , Cameron Highland telah meragut tujuh nyawa termasuk empat wanita, manakala dua lagi parah. Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil yang terletak kira-kira dua

"Ini Bukan Gaji, Ini Saguhati, Cukup Bulan Baru Dapat Gaji" ~ Dialog Dalam Filem Nasib Do Re Mi

Image
Bonus setengah bulan untuk penjawat awam, RM500 untuk pesara KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan. "Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini. Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara. Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri. "Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga satu pengha

SAPS Dan Rungutan Para Guru Yang Di Bawah... Dengar-dengarkanlah!!!

Image
isma daud : turut menyelami dan merasai apa yang guru-guru lain rasa... begitulah nasib guru yang kerjanya tidak pernah berkurangan malah bertambah dari semasa ke semasa walaupun seringkali diwar-warkan akan diusahakan agar beban tugas guru dikurangkan.   Terbaru SAPS ini. Guru tidak bermasalah kalau sekadar mahu isi markah ke dalam sistem, tapi server kepada sistem itu biarlah kuat menampung bebanan pelayar dalam satu-satu masa. Ini baru 500 orang sudah kacau-bilau bila sistem down. Sudahlah para guru diberi dateline dalam menyiapkannya dan ada guru besar atau pengetua ambil sikap tidak memahami orang bawah yang menghadapi langsung bebanan tugas ini.  Saya sedih bila pengetua anggap mereka yang tidak siapkan dalam tempuh ditetapkan sebagai tidak bertanggungjawab kerana sekolah kena jawab dengan jabatan nanti.... siapa kena jawab? Jawabnya; Pengetua, pengetua akan salahkan mereka yang dibawahnya pula.... kasihan guru-guru kita, mereka sentiasa berada dikandang orang yang bersalah.

Ramadhan Karem 1432H ~ Mendidik Nafsu Taatkan Allah SWT

Oleh isma daud "Walaupun berpuasa dengan menahan lapar dan dahaga, dalam masa yang sama larangan Allah SWT diteruskan juga, contohnya; ramai yang berpuasa tetapi tidak mendirikan solat fardu, masih tidak menutup aurat, tidak berhenti daripada kerja-kerja jahat dan membuat fitnah, masih kedekut dan bakhil membelanjakan harta pada jalan Allah SWT sebaliknya suka membazirkan wang pada jalan sia-sia dan tidak berfaedah..... maksudnya puasa itu tiada mengesan pada hati dan dirinya sedikitpun. Malah puasanya tidak mampu mendidik dirinya untuk taatkan Allah SWT sebaliknya nafsunya itu terus bermaharajalela menguasai dan mencengkam dirinya. Biarpun Syaitan sudah terbelenggu dalam bulan Ramadhan, namun asuhan syaitan dan cengkaman syaitan pada hati dan nafsunya amat berjaya sekali." Bulan Ramadhan yang mulia datang lagi. Ia datang dengan membawa hidangan rahmat dan keampunan Allah SWT. Kandungan Ramadhan yang utama ialah puasa selama satu bulan. Matlamatnya melahirkan insan bertaq

Mahu Bersukan , Tiada Alasan Tidak Menutup Aurat

Image
Oleh isma daud Tekong Regu Sepak Takraw Wanita Indonesia bertutup rapat auratnya. Semoga jadi contoh kepada yang lainnya. Jadi tiada alasan bahawa mahu bersukan mesti buka aurat. Bukan buka aurat menen t ukan skill seseorang dalam bersukan. Malah buka aurat itu adalah jalan ke neraka saja. Kalau kita mahu mengambil contoh, kita contohilah yang baik-baik. Cahaya Permata Fahrani telah buktikannya... KUALA LUMPUR 22 Julai – ” Hijab ” dan pakaian yang menutup aurat tidak menghalang tekong dari skuad wanita Indonesia, Cahaya Permata Fahrani membuat libasan kencang ketika beraksi di Kejohanan Sepak Takraw Piala Dunia Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) 2011 yang berlangsung di Stadium Titiwangsa hari ini. Cahaya Permata, 18, berkata, beliau tidak merasa kekok walaupun memakai ”hijab” dan seluar panjang ketika beraksi di mana-mana kejohanan sekalipun. "Sebagai Muslimah saya rasa bangga beraksi di gelanggang tanpa mendedahkan aurat,” katanya kepada pemberita di

Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Rosli Dhoby Kali Ke 35 , 20-21 Julai 2011

Image
Oleh isma daud Sukan Olahraga SMK Rosli Dhoby Sejak semalam saya terlibat dalam menjayakan sukan tahunan sekolah di Stadium Tun Zaidi, Sibu. Tahun ini saya ditugaskan sekali lagi di bahagian Penyelia Peserta bersama dengan Tn Hj Hamzah Bin Beeran selaku ketua. Kami dibantu oleh pembantu pegawai di kalangan pelajar-pelajar tingkatan 6. Tuan Pengetua Dan YDP PIBG Di sini saya masukkan beberapa keping gambar berkaitan tugasan saya kali ini. Nak cakapnya, dua hari ini berada di Stadium Tun Zaidi. Kami Warga SMK Rosli Dhoby berkumpul  , bertugas dan bersukan di situ. Makluman Penting : Pada Hari Jumaat nanti sekolah macam biasa, cuma pelajar sesi pagi akan balik pada jam 9:00 pagi dan pelajar sesi petang akan sambung pada jam 9:10 pagi sehingga jam 11:30 pagi. Sementara guru ada sesi taklimat di bilik Komputer (ICT).  Bagi yang ada masa kosong boleh mengikuti sesi ini bermula jam 7:00 pagi di tempat yang sama. Sesi taklimat dipecahkan mengikut kekosongan jadual m