Nasib Guru

Oleh isma daud

Berita mengenai guru ni bolehlah saya petik dari TV3, kalau pasal politik tu dengar boleh... percaya tu tengok2 jugaklah...
Berita TV3 16/12/2010;
Seramai 100 guru di Selangor terlibat dalam penyusunan semula tidak mahu berpindah ke daerah lain. Alasannya, tiada elaun mahupun pampasan, selain kawasan yang dihantar sehingga 100 kilometer dari jarak sekolah asal. Malah menurut Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan, NUTP, Lok Yim Pheng, guru merintih notis yang diberi oleh Jabatan Pelajaran Negeri Selangor tidak sampai 24 jam. Selain itu, pergerakan guru-guru ke daerah lain turut melibatkan kos perbelanjaan dan pengangkutan yang tinggi. Justeru, Kementerian disaran mengambil kira faktor usia, penyakit serta masalah keluarga dalam menimbang rayuan oleh semua 100 guru yang diarah pindah daerah.

Begitulah nasib "seorang" guru, bukan sekadar lilin, kekadang dibuat macam bola, dilambung ke sana-sini dan di sepak sesuka hati. Suara hati mereka siapalah yang mendengarnya? Terkenang dengan nasib rakan2 di Sarawak ni yang bertahun berkhidmat, nak balik Semenanjung tidak dapat2 lagi. Kasihan kepada mereka yang berjauhan dengan anak-anak, berjauhan dengan suami atau isteri yang bertahun2 lamanya berpisah, seorang di Semenanjung, seorang di Sabah/Sarawak. Kasihan kepada ibu tua yang entah bila anaknya dapat berbakti dan menjaga mereka diusia tua yang bersisa, sedang anak mereka jauh di mata. Siapakah yang dapat membela nasib mereka? Siapa yang dapat mendengar suara batin mereka?

Dan jika kurenung kepada diriku,bilakah aku sendiri dapat berbakti di tanah tumpah darahku? Pejam celek , pejam celek sudah 11 tahun berada di bumi Kenyalang ini.

Dalam keadaan sekarang biar bertahun berkhidmat, elaun dan pampasan pertukaran tidak diberi... kenapakah ini yang terjadi? Gaji guru sudah tinggi sangatkah sehingga diri mereka tiada harga lagi. Sayangnya yang buat begitu tu pun mereka yang jadi guru juga dulu, bila sudah berada diatas lupa kepada yang dibawah... Ke kadang terfikir juga sistem pertukaran guru ni macam tidak adil, yang duduk selesa di satu2 tempat terus selesa, yang menderita ni terus sengsara.

Kena semaklah berapa lama sudah seseorang guru ber"tapa" di satu2 tempat apatah lagi yang berada di zon selesa, mana adilnya kepada yang terpaksa berkhidmat di kawasan2 pedalaman dan terpisah jauh daripada keluarga mereka. Namun arahan pertukaran 24jam adalah satu tindakan tidak berperikemanusian.

Masihkah kita berharap kepada slogan ; "Rakyat Didahulukan?" , kalau jiwa sakit berkhidmat dengan jiwa tidak rela mampukah menterjemahkan "Pencapaian diUtamakan?".

Hanya kepada Allah SWTlah tempat kami berserah....

Comments

Anonymous said…
Bak kata pepatah malayu,........... bersakit2 dahulu, bersenang2 kemudian. Tak pun di dunia, di akhirat nanti pun syukurlah....
Anonymous said…
MasyaAllah ya Ustaz..saya sungguh terharu mengetahui yg Ustaz dah sekian lama brkhidmat di bumi kenyalang ini... selain telah byk brbakti dan pengorbanan, tentu juga trlalu byk pahit maong susah senang yg d tempuhi...dpt di lihat dari raut wajah begitu rindu dgn tanah halaman ibunda trcinta...harapan saya Ustaz dn keluarga dapat terus brsabar kerana Ustaz lebih maklom Allah akan sentiasa bersama orang yang bersabar.....
isma daud said…
siapapun anda, saya ucapkan terima kasih atas sokongan moral dan doa yang ikhlas, semoga segala amal soleh yang dilakukan oleh kita semua benar2 mendapat perhatian Allah SWT bagi memperolehi keberkatan dan ganjaran syurgaNya.

- sungguh kerinduan kepada ibu dan keluarga tidak dapat diungkap dengan kata-kata, hanya Allah SWT yang Maha Tahu segala isi hati hambaNya. Dalam hati selalu berdoa agar ibu saya sentiasa redha dan diberi kekuatan dan pahala atas segala penderitaan batinnya.

- memang lumrah dunia, kita tidak akan dapat segala yang kita minta. Hanya kesabaran menjadi penawar kepada jiwa.
muzaha said…
setuju apa yg diulaskan oleh ustaz tu. kalau dilihat pun yang baru menjadi guru,ada yang dihantar ke negeri sendiri. Disekitar semenanjung je. Beberapa kerat saja yang dihnatar ke sabah/sarawak. Selalu kita dengar...transfer dibekukan ke semenanjung.Tapi ada juga yang dapat pindah. Main kabel ?
Al - Mu'allim said…
Apabila tidak melibatkan diri atau keluarga mereka, mereka tidak kisah langsung apapun yang berlaku biarpun menzalimi orang lain.

p/s : saya suka nama blog ustaz. nama seorang pejuang yang sudah dilupakan dan dighaibkan dlm sejarah. Padahal susuk tubuh itulah yang berjuang untuk negerinya.

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?