Sepanjang Jalan Di Sibu

@Facebook ~ "Tinta Dakwah Al Maranji"

~ Salam Persahabatan , Terima Kasih.

Wednesday, August 04, 2010

Syukur... Masih Mampu Berlari

Oleh isma daud

Terima kasih dan penghargaan kepada Cikgu Mohd Azam yang merakamkan gambar ini sempena Sukan Olahraga SMK Rosli Dhoby tahun ini.  Izinkan saya melekatkannya di sini yang saya ambil di laman Facebook tuan yang di"tag"kan ke facebook saya...


Sengaja saya letakkan gambar ini di Blog Ustaz Rosli Dhoby ini, bagi menzahir dan melahirkan rasa syukur kehadrat Allah SWT kerana sehingga saat ini saya masih sihat dan mampu berlari.... menginsafkan saya atas nikmat dan kurnia Allah SWT yang tidak terhingga ini.

Ketika Hari Permuafakatan sekolah baru-baru lalu masih mampu menderma darah kerana tekanan darah saya berada ditahap masih normal.... syukur buat sekian kalinya saya masih mampu berbakti walaupun pada hari itu ramai yang mahu menyumbang tetapi disebabkan tekanan darah mereka tinggi, mereka tidak mampu melakukannya. Mudah-mudahan setitis darah saya dapat memberi peluang kehidupan kepada insan lain yang sangat memerlukannya.

Insya Allah dengan kesihatan yang Allah SWT kurniakan ini saya akan lipat-gandakan usaha untuk meneruskan usaha dakwah bagi menegakkan agama Allah SWT. Insya Allah selagi usia dikandung badan... Sesungguhnya kesihatan itu bukan sahaja datang dari usaha kita menjaganya bahkan ianya datang daripada kurniaan Allah SWT kepada hambaNya. Jadi sehingga saat ini saya bersyukur.

No comments:

Related Posts with Thumbnails