Sepanjang Jalan Di Sibu

@Facebook ~ "Tinta Dakwah Al Maranji"

~ Salam Persahabatan , Terima Kasih.

Wednesday, August 11, 2010

BADAI (Badan Agama Islam, SMK Rosli Dhoby, Sibu) : Aktiviti Mutakhir Sebelum Ramadhan

Oleh isma daud


Tiga minggu mutakhir sungguh padat program BADAI samada di Masjid An-Nadwah ataupun aktiviti rehlah bagi merihatkan minda ahli-ahlinya. Dalam kesibukan itu banyak aktiviti tidak sempat dihebah-hebahkan di blog ini.

Mengambil kesempatan cuti sempena awal ramadhan hari ini, saya suka melaporkan sedikit perkembangan aktiviti warga Muslim SMK Rosli Dhoby dan program BADAI itu sendiri. Untuk pengetahuan semua; semua aktiviti Masjid An-Nadwah telah melibatkan dua buah sekalah berjiran; SMK Rosli Dhoby dan SM Teknik Sibu. Uniknya dua sekolah ini mereka banyak berkongsi dalam banyak hal walau pentadbiran berbeza-beza. Apa pun masjid An-Nadwah cuba meroboh tembok pemisah itu dan menjadikan masjid sebagai pusat penyatuan hati umat Islam.

Diantaranya;

1. Ceramah Israk Dan Mikraj

Ustaz Mohd Isa selaku Pengerusi Masjid An-Nadwah memberi ucapan alu-aluan kepada majlis
Ustaz Nazri Ismail dari SMK Agama Sibu selaku penceramah jemputan
Pelajar Muslimah Dari SM Teknik Sibu Turut Sama Dengar Ceramah
Ustaz Nazri sedang menyampaikan ceramahnya. Menarik malam itu Ustaz menceritakan akibat berjudi ada orang rumahnya tinggal tangga batu saja, rumah hilang entah ke mana.
Panjangnya ucapan aluan ni.... taklah ni Ustaz Isa bagi ulasan sikit selepas ceramah Ustaz Nazri malam ni..... jemput hadirin dan hadiran ke majlis jamuan makan selepas solat Isyak nanti.
Mengambil makanan yang disukai masing-masing
Guru-guru perempuan yang turut hadir malam tersebut
Guru-guru berjamu selera sebagai tanda syukur atas nikmat Allah SWT

2. Rehlah Bina Insan; Kabong

Rehlah kali ini adalah usahasama di antara Badan Agama Islam dengan Kelab Pelancungan. Sejumlah 58 peserta mengikuti rehlah ini ditemani oleh 10 orang guru dan ahli keluarga masing-masing. Semua rumah kami booking semua termasuk dewan untuk aktiviti selama dua hali satu malam. Oleh kerana penglibatan dari peserta bukan Islam, kami ada dua tentetif program yang berbeza. Acara pantailah di antara aktiviti paling memikat hati pelajar khususnya mereka yang tidak pernah bermain pantai. Sebelah malam mereka membuat pesembahan pelajar sebelum mereka berjamu selera dengan ayam, hotdog dan ikan-ikan bakar, BBQlah tu.

Guru pembimbing dalam rehlah kali ini
Ustazah Siti Fatimah Dari SK Deshon turut memberi bimbingan kepada peserta dalam LDK Solat Musafir. Dalam LDK peserta diberi penerangan tentang solat jamak dan qosar. Mereka diminta menghafaz setiap lafaz niat, syaratnya dan menyelesaikan masalah serta amali solat tesebut dengan bimbingan guru.
Peserta melaksanakan tugasannya
Rehat dan menikmati juadah yang sederhana
Cikgu Mat ambil kesempatan memukat ikan di Laut Pantai Kabong
Persembahan Peserta ; Rehlah kali ini turut diserta oleh pelajar bukan Islam dari Kelab Pelancungan
Berkesempatan melawat pekan Kabong; lihat makcik Maznah buat Suman ala otak-otak.
Pelajar Islam dan Bukan Islam ceria bersama makan tengahari di rumah Cikgu Mat Tani, 4km dari Pantai Kabong


3. Ceramah Ambang Ramadhan : Bersama Pen. Pengarah JAKIM, Sibu; Ustaz Johari

Ustaz muda yang baru  setengah tahun berada di Sibu khusyuk berceramah
Adab belajar mencatat apa yang diajar
Adab-adab Puasa diteliti agar dapat melaksanakannya dalam bulam Ramadhan nanti
Pesanan Ustaz Penceramah ; "jangan beramal dengan hadis-hadis dhaif lagi madhu' perihal puasa"
Penghargaan kepada penceramah, "terima kasih"

No comments:

Related Posts with Thumbnails