Anak Muda Melayu Benci Puasa Ramadhan Dan Tuhan di Facebook

Oleh isma daud

Dalam usaha saya mencari bahan ceramah untuk bulan Ramadhan, tidak semena-mena terjumpa satu blog yang memaparkan dinding Facebook(FB) yang menunjukkan sikap mereka yang bencikan puasa Ramadhan dan Allah SWT yang memaksa mereka untuk berpuasa. Dengan berani mereka berbincang bahawa mereka benci jadi Islam dan terpaksa berpuasa. Jadi secara terus terang mereka berbicara bahawa mereka benci puasa.

Buatlah engine google ; salleh gregor samsa, banyak orang tulis pasal dia hina Islam.

Klik gambar untuk baca dan besarkan

Saya ada memberi sedikit komenter saya di FB saya; setelah membaca tulisan mereka ini, rasa sedih mengatasi perasaan marah kepada mereka. kerana kita tidak boleh berbuat apa2 kerana tiada hukuman buat mereka ini, melainkan mengharapkan mereka ini bertaubat.... ramai sungguh orang melayu yang tidak kenal agama sekarang dan melanggar hukum2 Allah. Mereka buat main2 saja dengan perintah.. Mereka berani kerana pemerintah pun berani melanggar hukum Allah... Oleh kerana di Malaysia, sebut Melayu mereka itu adalah Islam biarpun tidak solat, tidak puasa bahkan menolak perintah Allah secara terang-terangan... mereka tetap Islam dalam kad penganalan mereka. Ada yang menolak ketuhanan seperti dalam perbualan mereka ini atau kita panggil atheist ataupun lebih sinonim dengan free thinker.

Ni gamaknya budaknya tu...

Apa nak jadi dengan anak bangsaku yang bertitle Muslim? Begitu rapuhnya aqidah mereka.
 

Sekadar renungan dan muhasabah bersama, baca apa yang beliau tulis di blognya; Hai Salleh saya kena ambil ayat anda sendiri diblog anda;

Salleh menulis;

Apapun, aku sendiri tak pasti apa yang membuatkan aku terlalu liat untuk bangkit dari tidur pagi tadi. Masa aku dikejutkan untuk menikmati makan sahur pagi tadi pun, aku macam liat nak bangun. Entah kenapa. Mungkin, aku kepenatan dan di dalam kepala aku, terlalu banyak ruang kosong yang tak terisi dengan apa sekali pun. Mungkin, itu memainkan peranan di dalam kelewatan aku hari ni.

Apapun, pagi tadi kami semua bersahur dengan menikmati Makaroni. Dan, aku tak menyesal bangun di dalam keadaan yang mengantuk sangat. Dan, aku tak menyesal walaupun aku terpaksa bangun di dalam keadaan yang tak cukup tidur.

Walaupun aku mengantuk, aku masih mampu menikmati keenakan makaroni yang dilimpahi dengan kuag Prego dan juga daging cincang yang selalu memberikan aku kenikmatan yang sangat.

Jadi, terima kasih pada mak si Fah dan Far yang menyediakan makanan sahur tu, untuk semua, dan memberikan aku ruang untuk menyelit dan menikmatinya, walaupun aku tak berpuasa.

Ya, memang aku tak berpuasa. Puasa, hanya untuk mereka yang menganut ajaran Islam, kan?

Tapi, apa yang pelinya, ramai yang bertanyakan aku, kenapa aku tak berpuasa, sedangkan mereka sendiri tak tahu menahu tentang kepercayaan, ketidakpercayaan, anutan atau apa sekali pun tentang aku. Aku diadili berdasarkan siapa ibu bapa aku, apa warna kulit aku, dan apa bahasa yang aku tuturkan.

Lemas!

Kenapa, bila datangnya bulan puasa, Ramadhan, aku terpaksa tak makan di khalayak ramai sedangkan, itu bukanlah kepercayaan aku? Kenapa aku selalu dipaksakan untuk melakukan sesuatu yang bukan pengamalan aku, hanya kerana warna kulit aku, dan siapa ibu bapa aku?

Mak aku sendiri, tak pernah memaksa aku untuk melakukan semua itu. Aku ulangi, mak aku!

Mak aku, adalah seorang manusia yang terpaksa mengalami kesakitan yang sangat bila nak melahirkan aku. Dan, bagi aku, aku dan dia masih ada perhubungan kerana itu. Jadi, jika nak dibandingkan dengan manusia lain, dia lebih bermakna untuk aku. Dan aku hormati dia.

Tapi, kebelakangan ni, sejak beberapa tahun ni, dia sendiri tak pernah nak paksakan aku untuk melakukan semua itu. Jadi, kenapa manusia lain, yang tak merasai azabnya mengeluarkan aku ke dunia ni, nak bising-bising menyuruh aku melakukan itu, dan ini. Begitu dan begini?

Manusia, memang tolol, kebanyakkan mereka.

Lagipun, bagi aku, tak ada gunanya kalau kamu semua berpuasa, atas niat yang salah. Atas nawaitu yang bukan-bukan.

Dan, kamu semua perlu sedar. Kamu semua, sama seperti aku, pendosa. Kamu (jika diikut agamanya) juga melakukan dosa. Cuma, kering atau tidak dosa kamu tu, terletak pada apa yang kamu lakukan.

Kalau aku dikatakan berdosa mencintai seseorang yang datang dari kelamin yang sama dengan aku, kamu juga mungkin pernah melakukan dosa kerana berbual hal yang buruk tentang orang lain. Atau, tak memakai tudung. Atau mewarnakan rambut. Atau, menonton pornografi. Atau, meneguk alkohol di bulan selain bulan Ramadhan. Atau, mengambil rasuah, atau memfitnah seseorang yang lain, meliwat si pembuat kopi.

Jadi, kalau kamu nak berbicara mengenai agama dengan aku, tak payah. Lupakan. Sebab, kita semua ni pendosa. Kita pergi terbang ke mekah sekali pun, kita akan terbang dengan dosa sebab, aku yakin, pastinya ada syarikat-syarikat yang mempromosikan dosa ada melabur sekali di dalam saham syarikat penerbangan tu.

Apapun, aku tak percayakan kepada dosa yang datang dari persepsi agama. Itu semua bullshit! Apa yang aku percaya, adalah dosa kemanusiaan.

Jadi, lupakanlah, kalau kamu nak dekatkan diri dengan aku, hanya untuk menegakkan benang yang basah di dalam kolam dosa aku ni. Jalani hidup kamu, sebaik mungkin, dan biarkan aku bergelumang dengan dosa ni. Nescaya, kita semua akan dapat hidup dengan lebih baik. Dan, kita semua akan dapat menikmati kehidupan ni, dengan bahagia sekali, bersama-sama sebab, aku tak akan ada masalah dengan mereka yang masih lagi beragama, atau bekepercayaan dan di dalam masa yang sama, masih punyai saniti yang percaya bahawa setiap manusia masih lagi punyai pilihan.

Apapun, aku terasa pelik sebab sekarang ni adalah hari yang mana sekolah masih lagi dibuka, dan sekarang masih lagi belum jam 12 tengahari, dan aku di dalam Cyber Cafe yang mana, tak ada satu pun pelajar sekolah melarikan diri mereka (ponteng) dari sekolah, dan menuju ke sini. Pelik!

Comments

Anonymous said…
kurang ajar betul lelaki ni . kenapa tak hebohkan dalam berita ja perangai buruk dia ni . biar kena tangkap polis, masuk jail .

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?